20110722

TGV Aeon Tebrau City vs MBO Cinemas KSL City

Based on my experience masa tengok Harry Potter 7 Part II:-

Popcorn – TGV

Kerusi – MBO Cinemas

Customer Service/Technicalities – TGV

Teruk tau MBO Cinemas dekat KSL City. Pergi tengok page diorang dekat Facebook and baca sendiri berapa ramai orang complain pasal service macam haram jadah. Tak direply pulak tu. Panas je!

Dengan pekerja takde disiplin, memekak bukak lagu kat handphone boleh dengar sampai movie hall and asek masalah teknikal tak habis-habis.

Memang tidaklah nak tengok movie kat sana lagi dalam masa terdekat ni.

Hantar e-mail complain pun lepas tiga hari baru reply lah siamang punya MBO Cinemas! Bagi surat rasmi lapan perenggan dia reply segini je…

Kepada Cik Nadira,

Pihak pengurusun amat berdukacita terhadap masalah yang berlaku dimana telah menyebabkan pelanggan kami tidak mendapat kepuasan yang sepatutnya. Kami akan mengambil tindakan seperti latihan dan pemantauan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara-perkara yang dinyatakan dari berlaku semula. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih diatas maklum balas yang diberi dan semoga dengan tindakan susulan kami, matlamat syarikat untuk memberi kepuasan maksima kepada setiap pelanggan dapat dicapai.

Terima kasih

Halmi Halim

Operation Manager

Mcat Box office Sdn Bhd

D-202 2nd floor Kelana Square

No 17 Jalan SS7/26,Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

03-78802808/01112161210

 

Bagilah tiket refund ke, free membership ke. Kedekut!

Dah lah takde online and phone booking! MEMANG FAIL!

 

 

Sekian rage pada hari Jumaat yang mulia ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Post a Comment