20110704

Jangan kedekut dengan famili sendiri

Satu hari di kedai mamak, adik aku yang dua ekor M and N berebut air. Lantas Abah mengeluarkan satu statement…

Apa salahnya share? Keluar dari lubang yang sama juga!

Tergelak satu family.

Tu first time aku dengar orang keluarkan statement macam tu. Benda tu sangat betul ok. Benda tu juga yang buat aku terfikir, kenapa kadang-kadang kita kedekut sangat dengan family sendiri.

For example, kau lawyer berjaya and extended family kau memerlukan lawyer at that time. Maybe some advice ke, guidance ke kan. Tapi sikit pun kau tak ambil tahu. Why is that?

Dalam kes extended family memang lah tak keluar dari lubang yang sama tapi blood is thicker than water, no?

Whateverpun, aku bersyukur ada pakcik macam Wak A. Dahlah bagi aku tumpang tidur rumah hari tu siap hantar/jemput pergi/balik office during attachment. Ada one time, a few weeks before Nya'i meninggal, dia masakkan sambal goreng sebab last time aku balik kampung tak ada sambal goreng.

Sambal Goreng Ikan Goreng Kari Ayam

Kena belajar masak sambal goreng dengan dia lah cemni.

Post a Comment