20110715

Bubble teas & froyos

Ramai orang ada favourite brand masing-masing. Ada orang yang sangat setia dengan sesetengah brand sampai dia rasa brand lain semua –> *thumbs down*

Aku bagi contoh, Roibo vs Cool Blog

Kalau orang yang membesar dan bersekolah di JB serta selalu melepak di Bandaraya terutamanya City Square, mesti tau apa itu Roibo. MERSTI! *inside joke - intentional typo*

Roibo jual air lebih kurang Cool Blog lah - milk tea ada pearl tu. Rasanya, choice dekat Cool Blog lagi banyak tapi aku tak pernah rasa nak beli Cool Blog walaupun nak dibandingkan dari segi harga, Roibo RM3.80, Cool Blog RM1.80. Terasa sangat skeptikal sebab mindset aku masih Roibo terbaik.

However, ada one time nak pergi tunggu bas baru aku perasan tak ada duit kecik nak bayar tambang so, dah nampak Cool Blog beli lah satu untuk pecahkan duit.

Cool Blog City Square

Tak sedap pun. Compare dengan Roibo, chocolate milk tea dia terlalu banyak chocolate sampai tak rasa milk tea. Ada serbuk chocolate yang mendap and terasa ke-tidak-smooth-an nya. Because of that, aku rela keluarkan extra RM2.00 and buy chocolate milk tea at Roibo instead.

Moving on to the second example, frozen yogurt.

Tutti Frutti is the in thing now. Semua orang nak makan. Aku dah pernah makan and aku tak suka. Bagi aku lah kan, yogurt J.Co lagi sedap. Tapi entah kenapa hari tu terasa teringin nak makan TF.

Nak dijadikan cerita, masa Metrojaya Sale, ternampak TF bukak stall dalam Persada. Small place. Choice pun tak banyak. Terus beli buat hilang ngidam.

Tutti Frutti Persada Johor Bahru

Ka-ching! Habis RM9.00. I thought, maybe after second try ni aku terjatuh hati. Akan tetapi, masih lagi rasa TF tak sedap siap pesan dekat diri sendiri, jangan makan TF lagi lepas ni (unless ada orang nak belanja lah *wink*).

I'm not sure whether my taste buds is working based on my brand loyalty or memang rasa Cool Blog and Tutti Frutti tak kena dengan tekak aku.

Whateverpun, selera masing-masing.
Post a Comment