20110716

Aktiviti Dalam Bas

Tidur
Aktiviti utama semenjak hampir setiap hari pergi balik kerja naik bas. Tidur lambat, bangun lambat siap berlumba dengan lampu merah dan bas takut-takut terlepas. Haruslah lepas bayar tambang, terus duduk sambil menarik nafas dalam-dalam. Penat wok.
Bila dapat tidur, walaupun bas bergegar dan punggung beralaskan kerusi plastik yang keras, masih heaven.
Pakai Makeup
Tak pernah lagi cuba try test sebab alangkan dalam kereta pun aku tak lepas nak makeup inikan lagi dalam bas. Elak compact powder pecah. Paling minta dijauhkan, eyeliner tercucuk mata.
Sangat kagum tengok seorang perempuan, junior sekolah aku, menata rias muka dalam perjalanan dari Setia Indah ke City Square dalam bas. Cantik tak ada cacat cela. Siap pakai liquid eyeliner. Mampu?
BBM/Twitter/Texting
Sekejap sahaja bergelumang dengan telefon kalau on the way to work. Sebelum naik bas dan selalunya ten minutes tops sebelum aku melelapkan diri memang telefon melekat di tangan. Dalam perjalanan balik rumah lebih banyak masa dihabiskan dengan telefon kot. Entah kenapa. Bosan mungkin?
Tapi tidur tetap jadi priority. Tewas dengan nafsu dan perasaan kantuk.
Berangan
Sudah semestinya bila dah boring tahap dewa tapi tak terlelap matanya, berangan resolusi terakhir. Semenjak dua menjak ni anganan agak kurang. Masa banyak habis fikirkan hala tuju hidup. Nak kerja apa. Nak sambung study ke tak. Etc. Bosan.
Memerhatikan Gelagat Manusia
Banyak orang banyak ragam. Lagi-lagi dalam bas. Pernah sekali ternampak seorang leng chai hampir jatuh dari kerusi sebab terlalu khusyuk tidurnya.
Pernah juga menyaksikan drama lelaki yang nak naik bas free dengan buat-buat tak faham bahasa melayu. Foreigners. Biasalah.
Most of the time, muka-muka sama juga yang naik bas tu. Semua pun kerja mula pukul 9.00AM balik 5.00PM. Nak diapakan.

Tak penat ke?: Penat tapi nak buat macam mana. Life must go on!
Post a Comment