20110614

Vintage x Vivo

Jumaat adalah hari paling membahagiakan bagi ahkak-ahkak gomen sekalian kerana rehat selama 2 setengah jam! Makanya kalau dekat Johor Bahru tu, pada hari Jumaat berpeleseran lah mereka dekat Kotaraya (terutamanya) selain Plaza Seni dan City Square. Sonang kan. Jalan kaki sampei.

Virus gembira-rehat-lama ni turut berjangkit kepada budak-budak practical kat gomen. Ternyata hari Jumaat sangat dinanti-nantikan untuk cuci mata dan kenyangkan perut.

Last Friday as an attachment student at a government department, kitorang berjalan-jalan ke Kotaraya sebab nak amek jam Ofee yang siap dibaiki. Lepas tu kitorang decide nak jalan ke City Square sebab… entah aku pun tak tahu kenapa. Nak pergi City Square daripada Kotaraya kena lalu Plaza Seni.

Dalam Plaza Seni memang ada kedai-kedai bundle jual jeans RM5, RM10 dan ke atas. Tapi yang menarik pada Jumaat lepas adalah kedai I ❤ Vintage. Whoa first time nampak. Whoa ada sekurang-kurangnya 3 heels Salvatore Ferragamo yang tak mungkin termiliki walau seribu tahun lagi dekat situ.

I-Love-Vintage-Plaza-Seni-Salvatore-Ferragamo-Vintage-Heels

Hanya mampu untuk mencuba. Nak mengeluarkan RM60 pun ahkak tak mampu dek non. Kasut yang beli dekat The Scandalist pun tak pakai lagi.

Lepas tu terus ciao pergi City Square; tempat budak-budak agas dulu, kini dan selamanya.

Masa sampai tu rasa menyesal sangat tak makan je dekat Kotaraya sebab kedai kat City Square memang tak ada nya yang murah. Paling murah McDonald's. McDonald's adalah bosan. Setelah tawaf City Square dan buat price comparison, we decided to have lunch at Vivo.

Volcanic-Chocolate-Vivo-City-Square-Johor-Bahru

Cara order dia memang lain macam semacam tapi tak ada GST so, kira OK lah. Kena tulis order kat paper yang disediakan atas meja, bawa paper tu pergi counter and amek cutlery sendiri. Food je yang dia hantarkan.

We ordered:
Set AAA (Spaghetti Chicken Bolognaise, Garlic Bread, Soup of the day) = RM11.90
Set E (Tropical Chicken Chop, Garlic Bread, Soup of the day) = RM16.90
Sprite = RM2.80
Volcanic Chocolate = RM10.90
TOTAL = RM42.50
Garlic bread sedap sangat-sangat. Even dah bungkus bawak balik rumah, tak crispy pun sangat menyelerakan.
Soup dia, Mushroom Soup, guna shitake mushroom. Bila cecah dengan garlic bread, memang terbaik!
Tropical Chicken Chop, ayamnya very moist. Tak ada gravy that's why kena moist.
Volcanic Chocolate memang terbaik! 
Overall, kitorang puas hati, happy and kekenyangan.
Post a Comment