20110612

Nya'i

Plannya, balik kampung untuk majlis perkahwinan anak sepupu Abah. Twist of fate, dapat tahu Nya'i admitted dekat Hospital Batu Pahat. Quite a shocker. I've never seen her in a hospital bed before. She was always so strong, so reliable. Tiba-tiba bangun dari tidur tak boleh bergerak sebelah kiri; angin ahmar. Nobody saw it coming.

Grandmother-Stroke-Hospital-Batu-Pahat

Masa sampai, Nya'i cakap kat Abah, mak sakit… Nampak air mata mengalir pelan-pelan.

Makin lama makin ramai datang. Makcik-makcik, sepupu-sepapat. Budak bawah 12 tahun semua kat bawah.

Tengah berbual dengan cousin, tiba-tiba Nya'i nangis. Semua dah risau. Makcik-makcik aku cuba tenangkan. Dia senyap, terbaring dengan muka lemah. Hati aku yang memang sedia ada tisu ni penat tahan air mata. Nasib baik Nya'i tak nangis lama-lama. Kalau tak mesti aku pun join sekali nangis.

Wak A sampai, dia salam cium tangan Nya'i. Nya'i meraung…. mak sakit, mak sakit nak mati… Ya Allah satu wad dengar. Terdengarlah suara-suara suruh Nya'i istighfar banyak-banyak. Semua tunduk. Semua tahan nangis. Aku berdiri depan katil, cuba tahan nangis tapi aku tewas. Cepat-cepat keluar dari wad yang sesak tu. Cepat-cepat turun bawah. Aku taknak nangis depan dia. Nanti dia ingat dia betul-betul sakit nak mati…

Nya'i takut. Dia tak pernah masuk hospital masa dah tua-tua ni. Itupun dipaksa Wak S, pakcik aku yang sulung.

Cuba cerita kat Abah dan Ma yang tunggu kat bawah apa yang berlaku tapi aku tak boleh nak ulang kata-kata Nya'i.

Lepas tu family Wak L dari Perak sampai. Aku stay kat bawah jaga cucu-cucu Wak L. Terhibur lah sekejap hati melayan si A and H tu. Bila Abah turun bawah, katanya situasi dengan Wak L lagi sedih. Dengan Wak L sekali nangis. Haih. Abah anak last-last kot. Macam, Abah tak tunjuk sangat emosi dia. Tapi aku rasa dia mesti sedih. Anak. Takkan tak sedih tengok mak nya sakit macam tu. Budak-budak yang kecik semua sibuk nak tengok Nya'i/Moyang diorang. Last-last aku tunjuk gambar yang aku snap je. Kesian diorang.

Yang sebenarnya aku pun tak sangka aku akan menangis. Tapi benda tu memang menakutkan. Nya'i dah tua. Kakinya dah tak kuat. Walaupun separuh badan sahaja yang affected, separuh badan lagi memang dah sedia ada lemah.

Nya'i sekarang kat rumah. Haritu cuti sekolah, boleh lah Ucu jaga. Esok makcik-makcik aku kerja. Siapa nak jaga dia? Sekarang dia memang tak boleh bergerak sendiri. Tapi dia taknak buang air dalam pampers. Tak ada orang kuat nak angkat dia. Anak-anak and cucu-cucu semua dah berhijrah daerah/negeri lain. Sibuk berkerja dan belajar.

Wak A ada cadangkan Nya'i dibawa ke Johor Bahru. Ada family aku, family Wak A, family cousin aku. Tapi semua sibuk. Kena juga ada caretaker.

Hampir seminggu aku duduk dengan Wak A, aku boleh nampak yang dia sangat stress memikirkan perkara ni.

Honestly, aku pun tak tahu apa yang aku boleh sumbangkan. Aku habis study next year, mungkin aku kena berhijrah ke Batu Pahat kalau tak ada penyelesaian lain. Mungkin tak?

Post a Comment