20110621

Nya'i II : 22081931 - 17062011

Mak dah tak ada?!
Soalan Ma kepada Mak I (kakak ipar Abah, isteri Wak A). Soalan tanda denial. Peringkat pertama grief based on K├╝bler-Ross Model.
Seluruh isi kereta terdiam kecuali N. N yang masih membentak hendak ke Melaka. N yang mungkin belum faham how serious the situation was until…
Faham tak Nya'i dah meninggal. NYA'I DAH MENINGGAL!
FAHAM TAK?
Kisahnya, Abah sepatutnya attend his high school reunion dinner kat Tanjung Keling on Saturday. Jumaat, singgah kampung jenguk (arwah) Nya'i. Tak sangka tak sempat berjumpa dah berpisah. Tak sangka percutian jadi kematian. Macam masa Arwah E, but her story deserve another post. Moving on…
Terdengar sedu-sedan Abah.
Kalaulah balik awal sikit tadi…
Tak elok mempersoal takdir Tuhan tapi apa daya seorang anak yang baru kehilangan emak?
Nya'i pergi tak kembali bersaksikan dua cucunya. Masing-masing berusia bawah 10 tahun. Ucu sendiri tak sedar pemergian Nya'i. Arwah menghembuskan nafas terakhir masa kami sekeluarga bertolak. Kalau mengikut cerita sepupu yang dekat dengan Nya'i masa kejadian, lepas Nya'i sembahyang Isya' dia nampak Nya'i seakan menarik nafas kuat-kuat. Maybe masa tulah nyawa nya dicabut.
Semua macam terkejut tapi bila diingat-ingat, tanda-tandanya dah ada. Hari tu Nya'i memang tak buka mata langsung. Buat apa-apa, mata terkatup. Mulut memanggil-manggil nama anak-anak dan menantu perempuannya yang duduk sekampung. Siapa mampu terima hakikat hayat insan kesayangan bakal berakhir? Ada tapi tak ramai.
Jenazah sudah dikebumi. InsyaAllah semua pun dah terima kenyataan, Nya'i dah tak ada. Perit tapi itulah hakikatnya. Tak dapat dinafikan, at least dia tak perlu menderita lama.
Mungkin kalau ada yang betul-betul follow this blog, pernah terbaca aku samakan wedding dengan funeral; both depressing. Ternyata, persamaan tak berhenti kat situ.
Dua-dua occasion, masa family berkumpul, masa untuk rewang dan masa untuk makan-makan.
Bezanya, kahwin belum tentu tetapi mati itu pasti. Perkahwinan membina ingatan baru whereas kematian mengimbau kenangan silam.
Semasa memikirkan menu untuk kenduri sehingga hari ketujuh tiba-tiba Mak W (balu arwak Wak MS - abang Abah) cakap pada Cik M (adik Abah), Apa kata uli tepung buat roti canai lepas tu Cik M jawab dengan senyum sayu…
Haah ek. Lepas ni tak dapat rasa roti canai Nya'i.
Terkenang Big Breakfast setiap pagi raya. Dengan lontong nya, lemangnya, roti prata yang dibuat khas oleh Nya'i untuk anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicitnya, mi goreng, nasi lemak. Siapa tak kenyang memang nafsu panda.
Apa-apa pun, kehadiran hampir seluruh isi keluarga (lebih kurang 4 orang cucu dan seorang cicit – new born baby – sahaja yang tak dapat hadir) ternyata penenang paling mujarab. Segala air mata bertukar jadi hilai tawa. Bukan terlupa realiti but simply appreciating what we have right now, a big happy family.
Kenduri sampai hari ketujuh mungkin peluang untuk mensibukkan diri dan merehatkan mata yang penat menangis. Comfort food. Nasi ambeng dua hari berturut-turut. Semalam mee rebus pula. Hari ni soto nasi. Lusa roti dan kari ayam. Malam terakhir nasi lemak dengan rendang daging.
Family-and-the-deceased
Bersyukur balik kampung (after a few months juga tak jumpa Nya'i) habis semester lepas before start attachment. Masa tu Arwah masih sihat, Masa tu juga mencari-cari sambal goreng. Sekarang dah dapat sebab kenduri Arwah. Tragic.
Masih rasa janggal tak salam Nya'i before balik JB semalam. Masih belum biasa. Masih ingatkan diri sendiri Nya'i dah tak ada.
Semoga roh Nya'i ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.
Post a Comment