20110629

Spray & Paint by The Super Sunday and Fixie Gathering

Pagi di Stadium Larkin. Petang di Dataran Bandaraya.

Banyak benda ada tapi paling menarik car boot sale and library bergerak Sultan Ismail.

Dataran Bandaraya Johor Bahru Spray & Paint Fixie Gathering Car Boot Sale

Event yang best. Cuen shopping banyak gila siap belanja lagi hiks. Thanks sayang :D

Unfortunately (ke fortunately??), mood shopping tak datang masa tu. Penat seru sampai tawaf dataran dua tiga empat lima kali. Makanya, cuma pergi library bergerak and derma buku-buku Ben Elton yang extra. Simpan yang Debot bagi je. Abang library terkejut sebab bagi buku brand new tapi sayang lah nak bagi buku second hand orang bagi. Saya sentimental.

The only thing aku beli adalah, sebotol air mangga dekat one stall ni. Ingatkan air kordial tapi mangga real!!! RM2.00 sebotol saiz botol air mineral sumpah sedap. Bayangkan lah daripada pagi tak makan apa-apa, bila minum air mangga sebotol terus kenyang. Next time if kat JB ada event and korang nampak orang jual air gas dalam botol kaca and air mangga/jambu dalam botol mineral WAJIB BELI OK!

Kisah belakang tabir:

Everything didn't go as planned. Aren busy. Ofee busy. Cuen sahaja ada tapi aku sampai lambat atas sebab-sebab tertentu. Sorry babe kena tunggu lama.

However, tu semua tak menghalang aku untuk happy.

Datang, terima apa yang ada. Jumpa siapa yang ditakdirkan berjumpa. Kawan-kawan lama yang tak terfikir akan bersua muka.

Jumpa Azie terjerit sikit lima minit peluk-peluk depan orang ramai macam dah sepuluh tahun tak jumpa padahal baru jumpa dua bulan lepas.

Dapat tepuk tampar si Ayam lelaki paling gedik dalam dunia pun happy sebab memang tahun lepas kot last jumpa dia.

I was stressed out at first tapi familiar faces eased my mind. Yaya, Mama, juniors, batch mates… thank you.

Oh and jumpa Hentak Berlipat live! Tak tau lah nama dia sebenarnya apa. Lupa nak cakap aku baca blog dia straight away tanya…

Girlfriend tak datang?

Macam stalker tak? o_O

20110627

Of death and endings…

…we all know the people we love are mortal, we know it's going to end - you can't prepare yourself for it.

- J. K. Rowling on Oprah

20110626

2005/2007/2011: Sports Day SIGS

Pagi Sabtu terjaga dengan keadaan blur tetiba teringat mimpi. Mimpi pergi Sports Day lah siaa. Ini tak boleh jadi. Kena pergi ni.
Sampai Stadium dijemput dengan tragedi makanya 10 minit sahaja dapat berdiri dalam staidum tengok kiri kanan tengok bebudak cheer nampak muka-muka familiar, Puan Wong, Puan Aerma tapi tegurnya tidak sebab kena bergegas ada urusan emergency.
Thanks to technology, dapat juga merasa kemeriahannya.

Goosebumps tengok video ni. Reminds me of 2005 when rumah merah a.k.a Fatimah was the champion. The best part is we didn't even expect it :')

In 2007, I was selected as AJK Keceriaan and we got 2nd place for Perhiasan and overall, 3rd place which was considered a win sebab masa 2006 we got last place.

Memori hari sukan memang best. Compare hari sukan sekarang dengan dulu, banyak yang dah berubah.
Bendera and sepanduk dah baru. Pemegang sepanduk rumah merah sangat cantik *click* Maskot semua comel gila eii kreatifnya la hai budak-budak SIGS nih.

Back in 2005…

Cheer and marching nombor 1. Hebat tak hebat lah rumah merah masa tu. Sampai sekarang pun still got goosebumps bila ingat balik that moment when we were announced as winners.


Meminjam lagu Manchaster United
Glory, Glory Red United.

20110624

Best juga ada ability to be at multiple places dalam satu masa.

This weekend ni banyak gila event. BANYAK GILA serius tak tipu punya banyak. Terbanyak and semua tahap best dari 'MACHAM best' sampailah 'BEST GILERR'.

Haha macam gampang type kecik besar kecik besar siap double r.

 

- Chic Pop Street Market 8. Venue: Jaya One Petaling Jaya. Hari tu pergi Chic Pop Street Market 7 cam 'Best jugak' kan so, teringin nak pergi lagi. This time banyak lagi kedai bukak.

Markets at Jaya One Chic Pop Crafty bettr

- KL Younity Street Fest 2011 dekat Bukit Bintang. 'Macham best'.

- NAFAS 2011. 'Macham best'.

NAFAS Karya Dioksida 2011 Shah Alam

- Krusty Market. 'Macham memang best' je! Damn.

Krusty Market Millenium Square Petaling Jaya

Eh tapi tak apa. Ingat KL/Selangor je ke ada event best? JB pun ada lah.

- Sports Day SIGS dekat Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos a.k.a Stadium Larkin. Ni best untuk budak-budak SIGS and budak-budak yang dah habis sekolah yang tak tau malu nak pergi juga. Aku lah tu. Haha. 'Best jugak'.

- Spray & Paint by The Super Sunday and Fixie Gathering dekat Dataran Bandaraya. Note to self: bring books to donate. 'Best Gilerr'.

JOHO Car Boot Sale Dataran Bandaraya Johor Bahru

- Hospital Sultan Ismail Open Day. Ni tak tau best ke tak tapi ada schoolmate invite sebab dia buka booth. Boleh ajak family. 'Macham best'.

- BERSIH 2.0 Road Show. Yang ini, confirm tak ada siapa nak bawak pergi. Confirm. Tapi best juga. 'Memang best'.

 

Last but not least;

 

- Wedding! Anak babysitter kahwin on Sunday. Disebabkan diorang dah membesarkan aku macam anak sendiri siap panggil 'mak' haruslah hadir. Harus! 'Best gilerr' tapi kalau tak best pun kena pergi.

 

Bila dah list out macam ni tak adalah banyak sangat kan sebenarnya. Hahaha. Exaggerate je lebih. Pui.

20110623

Man Cathay's Asam Pedas @ Bandar Penggaram

*Cerita dua minggu sebelum Arwah Nya'i meninggal dunia

Man-Cathays-Asam-Pedas-Batu-Pahat

Sementara menunggu waktu melawat nak jumpa Nya'i, kitorang singgah Bandar Penggaram sebab adik ku yang mok mok tapi cantik, M, nak makan asam pedas.

Location – sebelah panggung Cathay yang lama tu, depan Dataran Bandar Penggaram (kot) and berdekatan dengan Pejabat Pos Batu Pahat.

Ada banyak berderet kedai makan kat situ and semua jual asam pedas. Kitorang choose the first stall, Man Cathay's Asam Pedas.

Asam Pedas Ikan Merah & Ikan Pari (2 potong each)
Rojak Tahu
Sayur Campur
Telur Dadar
Nasi 6 pinggan
Assorted Drinks
TOTAL = RM34.00

Asam pedas dia letak pepper. 

Right now, mengidam nak makan dekat Restoran Nasi Ulam Kota Bharu Kelantan yang dekat Kampung Kraftangan tu. Maigosh last time asa ikan patin yang lemak berkrim *slurppp* Dah lah sangat murah! Makan 3 family bayar RM20++ sahaja. Kat mana lagi nak dapat? Sangat jealous my family pergi makan sana masa balik Kelantan without me. Mek down!

Nak makan mi siam dekat Kluang Rail Coffee (dah ada sijil halal YEAY), nak karaoke, nak makan Tutti Frutti, nak pergi picnic, nak lepak dengan member. Kacang pool tak dapat lagi ni.

Macam dah tak banyak masa since I'm gonna start my attachment next Friday. Busy days ahead!

20110622

Emosi Tak Tak Stabil

Semua benda nak buat hal lah.

Windows Live Writer isn't working.


Kengkadang rasa macam okay tapi bila dah happy-happy suddenly dapat tahu ada yang mendengki, muncul satu perasaan yang sangat tidak cool. Terlalu memikirkan what others think about me. So far, it brought me nowhere tapi sifat tu sangat susah nak dibuang.

I am an ordinary human being constantly trying to better myself. Perlu ke apologize kat other people if my way is different from theirs? 

We live a different life, we've been with different people, following different paths and in different phase of life. Why the constant criticism? I know you're so good at everything you do (honestly, bukan menganjing) tapi tak perlu kot nak cakap your way is the best way. Sangat ironi bila you don't practice what you preach.

Berpada-pada dalam memberi kritikan dan bermurah hatilah dalam memberi pujian - pinjam dari status Facebook someone.

Anyhow, sometimes rasa fobia nak make (new) friends sebab banyak yang plastik. Keikhlasan adalah satu nilai yang sangat rare nowadays. 
Regina: I love your skirt! Where'd you get it?
Girl: It's my mom's old skirt from the eighties.
Regina: Oh, vintage. So adorable.
Girl: Thanks.
Regina(to Cady) That is the ugliest effing skirt I have ever seen.
I'm the Girl. You're Regina. Everybody else is Cady.

Why would you say anything if you don't really mean it?

Yes. I'm talking to you mean girl (or guy if you have a penis).

20110621

Nya'i II : 22081931 - 17062011

Mak dah tak ada?!
Soalan Ma kepada Mak I (kakak ipar Abah, isteri Wak A). Soalan tanda denial. Peringkat pertama grief based on K├╝bler-Ross Model.
Seluruh isi kereta terdiam kecuali N. N yang masih membentak hendak ke Melaka. N yang mungkin belum faham how serious the situation was until…
Faham tak Nya'i dah meninggal. NYA'I DAH MENINGGAL!
FAHAM TAK?
Kisahnya, Abah sepatutnya attend his high school reunion dinner kat Tanjung Keling on Saturday. Jumaat, singgah kampung jenguk (arwah) Nya'i. Tak sangka tak sempat berjumpa dah berpisah. Tak sangka percutian jadi kematian. Macam masa Arwah E, but her story deserve another post. Moving on…
Terdengar sedu-sedan Abah.
Kalaulah balik awal sikit tadi…
Tak elok mempersoal takdir Tuhan tapi apa daya seorang anak yang baru kehilangan emak?
Nya'i pergi tak kembali bersaksikan dua cucunya. Masing-masing berusia bawah 10 tahun. Ucu sendiri tak sedar pemergian Nya'i. Arwah menghembuskan nafas terakhir masa kami sekeluarga bertolak. Kalau mengikut cerita sepupu yang dekat dengan Nya'i masa kejadian, lepas Nya'i sembahyang Isya' dia nampak Nya'i seakan menarik nafas kuat-kuat. Maybe masa tulah nyawa nya dicabut.
Semua macam terkejut tapi bila diingat-ingat, tanda-tandanya dah ada. Hari tu Nya'i memang tak buka mata langsung. Buat apa-apa, mata terkatup. Mulut memanggil-manggil nama anak-anak dan menantu perempuannya yang duduk sekampung. Siapa mampu terima hakikat hayat insan kesayangan bakal berakhir? Ada tapi tak ramai.
Jenazah sudah dikebumi. InsyaAllah semua pun dah terima kenyataan, Nya'i dah tak ada. Perit tapi itulah hakikatnya. Tak dapat dinafikan, at least dia tak perlu menderita lama.
Mungkin kalau ada yang betul-betul follow this blog, pernah terbaca aku samakan wedding dengan funeral; both depressing. Ternyata, persamaan tak berhenti kat situ.
Dua-dua occasion, masa family berkumpul, masa untuk rewang dan masa untuk makan-makan.
Bezanya, kahwin belum tentu tetapi mati itu pasti. Perkahwinan membina ingatan baru whereas kematian mengimbau kenangan silam.
Semasa memikirkan menu untuk kenduri sehingga hari ketujuh tiba-tiba Mak W (balu arwak Wak MS - abang Abah) cakap pada Cik M (adik Abah), Apa kata uli tepung buat roti canai lepas tu Cik M jawab dengan senyum sayu…
Haah ek. Lepas ni tak dapat rasa roti canai Nya'i.
Terkenang Big Breakfast setiap pagi raya. Dengan lontong nya, lemangnya, roti prata yang dibuat khas oleh Nya'i untuk anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicitnya, mi goreng, nasi lemak. Siapa tak kenyang memang nafsu panda.
Apa-apa pun, kehadiran hampir seluruh isi keluarga (lebih kurang 4 orang cucu dan seorang cicit – new born baby – sahaja yang tak dapat hadir) ternyata penenang paling mujarab. Segala air mata bertukar jadi hilai tawa. Bukan terlupa realiti but simply appreciating what we have right now, a big happy family.
Kenduri sampai hari ketujuh mungkin peluang untuk mensibukkan diri dan merehatkan mata yang penat menangis. Comfort food. Nasi ambeng dua hari berturut-turut. Semalam mee rebus pula. Hari ni soto nasi. Lusa roti dan kari ayam. Malam terakhir nasi lemak dengan rendang daging.
Family-and-the-deceased
Bersyukur balik kampung (after a few months juga tak jumpa Nya'i) habis semester lepas before start attachment. Masa tu Arwah masih sihat, Masa tu juga mencari-cari sambal goreng. Sekarang dah dapat sebab kenduri Arwah. Tragic.
Masih rasa janggal tak salam Nya'i before balik JB semalam. Masih belum biasa. Masih ingatkan diri sendiri Nya'i dah tak ada.
Semoga roh Nya'i ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

20110617

Meltdown - Ben Elton

Congrats to myself. After a fruitless semester, I have come to my senses and finished reading Ben Eltons 12th book. FYI, he's my favourite writer.
Ben-Elton-Meltdown
I'm kinda lazy to put words together into a sentence right now so, I'll just copy a draft I saved on my handheld device. Please excuse the repetition of words/facts and grammatical errors.
I have always been a fan of Ben Elton. Last weekend, I finished reading his 12th book; 'Meltdown'. Each an every book of his are based on a theme. Meltdown revolves around money problems, specifically, speculation/stocks/shares sort of Wall Street stuff.
It looks into the life of a bunch of friends dealing with money and speculation in every aspect including bank governer, stockbroker, business women, land dealers and minister; during their richest days and poorest moments. How friendships gone sour because of money and how previously posh family suffer through life without a nanny after a financial meltdown.
'Meltdown' certainly have it's element of surprise like the rest of his writings, but this time, instead of putting it in the end, it was put towards the ending. It is certainly the less radical and cleanest book written by Ben Elton.
Overall, it's not my favourite book from Ben Elton but I love it. It's different from the rest of his books, in a good way. I like how the story sometimes focus on raising children.
I would love to quote from the book but, like I've mentioned earlier, I'm in lazy mode.
You might want to read a proper review here *click*

20110616

The long wait is over!

GCB-McDonalds

The most anticipated GCB is back in McDonald's today! Come and savor the unique chicken experience of GCB! See you there.

The only time I have ever tasted it was during F&N Fun Fest. One of the most memorable event of my life. Sebelah stage, sambil tengok Yuna perform. Memang rasa yang mantap dan sedap. Tekstur berminyak dengan daging bersalut kulit ayam memang sesuai untuk peminat-peminat kulit ayam sekalian. Guarantee puas hati!

It's almost lunch time. Jom!

20110615

Pappa Rich

Pappa-Rich-City-Square-Johor-Bahru

20110614

Vintage x Vivo

Jumaat adalah hari paling membahagiakan bagi ahkak-ahkak gomen sekalian kerana rehat selama 2 setengah jam! Makanya kalau dekat Johor Bahru tu, pada hari Jumaat berpeleseran lah mereka dekat Kotaraya (terutamanya) selain Plaza Seni dan City Square. Sonang kan. Jalan kaki sampei.

Virus gembira-rehat-lama ni turut berjangkit kepada budak-budak practical kat gomen. Ternyata hari Jumaat sangat dinanti-nantikan untuk cuci mata dan kenyangkan perut.

Last Friday as an attachment student at a government department, kitorang berjalan-jalan ke Kotaraya sebab nak amek jam Ofee yang siap dibaiki. Lepas tu kitorang decide nak jalan ke City Square sebab… entah aku pun tak tahu kenapa. Nak pergi City Square daripada Kotaraya kena lalu Plaza Seni.

Dalam Plaza Seni memang ada kedai-kedai bundle jual jeans RM5, RM10 dan ke atas. Tapi yang menarik pada Jumaat lepas adalah kedai I ❤ Vintage. Whoa first time nampak. Whoa ada sekurang-kurangnya 3 heels Salvatore Ferragamo yang tak mungkin termiliki walau seribu tahun lagi dekat situ.

I-Love-Vintage-Plaza-Seni-Salvatore-Ferragamo-Vintage-Heels

Hanya mampu untuk mencuba. Nak mengeluarkan RM60 pun ahkak tak mampu dek non. Kasut yang beli dekat The Scandalist pun tak pakai lagi.

Lepas tu terus ciao pergi City Square; tempat budak-budak agas dulu, kini dan selamanya.

Masa sampai tu rasa menyesal sangat tak makan je dekat Kotaraya sebab kedai kat City Square memang tak ada nya yang murah. Paling murah McDonald's. McDonald's adalah bosan. Setelah tawaf City Square dan buat price comparison, we decided to have lunch at Vivo.

Volcanic-Chocolate-Vivo-City-Square-Johor-Bahru

Cara order dia memang lain macam semacam tapi tak ada GST so, kira OK lah. Kena tulis order kat paper yang disediakan atas meja, bawa paper tu pergi counter and amek cutlery sendiri. Food je yang dia hantarkan.

We ordered:
Set AAA (Spaghetti Chicken Bolognaise, Garlic Bread, Soup of the day) = RM11.90
Set E (Tropical Chicken Chop, Garlic Bread, Soup of the day) = RM16.90
Sprite = RM2.80
Volcanic Chocolate = RM10.90
TOTAL = RM42.50
Garlic bread sedap sangat-sangat. Even dah bungkus bawak balik rumah, tak crispy pun sangat menyelerakan.
Soup dia, Mushroom Soup, guna shitake mushroom. Bila cecah dengan garlic bread, memang terbaik!
Tropical Chicken Chop, ayamnya very moist. Tak ada gravy that's why kena moist.
Volcanic Chocolate memang terbaik! 
Overall, kitorang puas hati, happy and kekenyangan.

20110613

Braces Blues : Pink on Pink

Fakta #1

Warna o-rings dekat braces saya pink sebenarnya. Baris atas darker shade berbanding baris bawah. Colour macam dalam gambar ni *click* cuma dalam gambar ni *click* dia buat berselang seli.

Fakta #2

Saya akan berjumpa dengan dentist pada hari ini kerana Sabtu lepas sedang enak menjamu french fries, metal band saya tercabut daripada gigi, connected dengan archwire sahaja. If tercabut habis mesti dah tertelan ke tersedak ke tercekik ke...

Walaubagaimanapun, ketika menggosok gigi pagi tadi, dia telah melarikan diri daripada mulut dan terus jatuh ke dalam sink. Nasib baik appointment hari ni +_+

Braces-Diagram

Fakta #3

Saya kena lebih berhati-hati memilih makanan selepas ini. Pantang. Malas nya nak pantang. Selamat tinggal kekacang…

20110612

Nya'i

Plannya, balik kampung untuk majlis perkahwinan anak sepupu Abah. Twist of fate, dapat tahu Nya'i admitted dekat Hospital Batu Pahat. Quite a shocker. I've never seen her in a hospital bed before. She was always so strong, so reliable. Tiba-tiba bangun dari tidur tak boleh bergerak sebelah kiri; angin ahmar. Nobody saw it coming.

Grandmother-Stroke-Hospital-Batu-Pahat

Masa sampai, Nya'i cakap kat Abah, mak sakit… Nampak air mata mengalir pelan-pelan.

Makin lama makin ramai datang. Makcik-makcik, sepupu-sepapat. Budak bawah 12 tahun semua kat bawah.

Tengah berbual dengan cousin, tiba-tiba Nya'i nangis. Semua dah risau. Makcik-makcik aku cuba tenangkan. Dia senyap, terbaring dengan muka lemah. Hati aku yang memang sedia ada tisu ni penat tahan air mata. Nasib baik Nya'i tak nangis lama-lama. Kalau tak mesti aku pun join sekali nangis.

Wak A sampai, dia salam cium tangan Nya'i. Nya'i meraung…. mak sakit, mak sakit nak mati… Ya Allah satu wad dengar. Terdengarlah suara-suara suruh Nya'i istighfar banyak-banyak. Semua tunduk. Semua tahan nangis. Aku berdiri depan katil, cuba tahan nangis tapi aku tewas. Cepat-cepat keluar dari wad yang sesak tu. Cepat-cepat turun bawah. Aku taknak nangis depan dia. Nanti dia ingat dia betul-betul sakit nak mati…

Nya'i takut. Dia tak pernah masuk hospital masa dah tua-tua ni. Itupun dipaksa Wak S, pakcik aku yang sulung.

Cuba cerita kat Abah dan Ma yang tunggu kat bawah apa yang berlaku tapi aku tak boleh nak ulang kata-kata Nya'i.

Lepas tu family Wak L dari Perak sampai. Aku stay kat bawah jaga cucu-cucu Wak L. Terhibur lah sekejap hati melayan si A and H tu. Bila Abah turun bawah, katanya situasi dengan Wak L lagi sedih. Dengan Wak L sekali nangis. Haih. Abah anak last-last kot. Macam, Abah tak tunjuk sangat emosi dia. Tapi aku rasa dia mesti sedih. Anak. Takkan tak sedih tengok mak nya sakit macam tu. Budak-budak yang kecik semua sibuk nak tengok Nya'i/Moyang diorang. Last-last aku tunjuk gambar yang aku snap je. Kesian diorang.

Yang sebenarnya aku pun tak sangka aku akan menangis. Tapi benda tu memang menakutkan. Nya'i dah tua. Kakinya dah tak kuat. Walaupun separuh badan sahaja yang affected, separuh badan lagi memang dah sedia ada lemah.

Nya'i sekarang kat rumah. Haritu cuti sekolah, boleh lah Ucu jaga. Esok makcik-makcik aku kerja. Siapa nak jaga dia? Sekarang dia memang tak boleh bergerak sendiri. Tapi dia taknak buang air dalam pampers. Tak ada orang kuat nak angkat dia. Anak-anak and cucu-cucu semua dah berhijrah daerah/negeri lain. Sibuk berkerja dan belajar.

Wak A ada cadangkan Nya'i dibawa ke Johor Bahru. Ada family aku, family Wak A, family cousin aku. Tapi semua sibuk. Kena juga ada caretaker.

Hampir seminggu aku duduk dengan Wak A, aku boleh nampak yang dia sangat stress memikirkan perkara ni.

Honestly, aku pun tak tahu apa yang aku boleh sumbangkan. Aku habis study next year, mungkin aku kena berhijrah ke Batu Pahat kalau tak ada penyelesaian lain. Mungkin tak?

20110611

Attachment | Day 29, Week 6 : Finally

Program sangkutan ditutup dengan:-

  • Laksa johor dan popiah. Terima kasih untuk Ustaz. Staff memang suka buat jamuan free. Mantap.

 

  • Satu fail yang sia-sia sebab akhirnya Pempetisyen Suami tak hadir untuk sign document so kena buat documentation baru for unilateral divorce. Joint petition tu boleh buang tepi.

 

  • Satu insiden yang tak berapa nak fun hampir bergaduh dengan seorang Responden dan family sebab diorang ni tak reti bahasa dan bodoh sombong. In the end semuanya OK.

 

  • Bersalaman dan bermaafan dengan hampir seluruh isi office.

 

6 minggu je.

Tapi sedih nak tinggalkan.

Before this, I didn't even notice that building.

Criminal court, office, free food, staff

Sekarang, aku rindu nak turun kereta dekat belakang bangunan, naik lif ke tingkat 6.

Haih.

Terima kasih untuk semua staff . Boleh dikatakan 98% of the time, aku happy kat sana.

Alhamdulillah.

20110609

Result x Family

Result
06hb – Check result through SMS
08hb – Official result kat SMPWEB
13hb – Slip result sampai rumah (InsyaAllah)

Last semester, aim taknak repeat Jurisprudence. This time aim for no C's.
Ramai dapat 4.00. Ramai daripada biasalah.
I'm not one of them but I'm happy with my result sebab tercapai aim.
I do think I deserve what I get this time.
Mostly yang aku dengar semua result meningkat dengan mendadak compared to last semester. So, congrats uolls!


Family
Since malam Selasa, lokasi di rumah Wak A a.k.a Abah's older brother. Serius rindu family yang nun jauh di Kelantan. Attachment punya pasal kan, tak dapat balik kampung.
Tambah sedih bila semalam dapat tahu kaki N (my 8 year old brother) kena cekam dengan monyet peliharaan siapa entah dekat kampung. Luka teruk sampai terkoyak rabak jeans. Mesti menakutkan kan? Tak dapat bayangkan kena serang dengan monyet.
Now he's doing fine I guess. Dah berjalan the whole day makan dekat Nasi Ulam lah, pergi Pengkalan Kubor lah, Wakaf Che Yeh lah. Bukan main lagi semua bershopping without me :(

By the way, esok last day attachment. hiks! EXCITED!


Stop!: Don't compare your life with others. Berapa lama korang tidur, berapa lama korang belajar, berapa banyak ilmu korang boleh serap, simpan and hadam. Kemampuan dan rezeki berbeza-beza ok sayang-sayang. So, sila jangan down with result memasing. At least tak fail, tak repeat. Syukur!

20110604

7 Spice Restaurant @ Danga Bay

A few weeks ago, we were at Danga Bay and decided to have dinner at 7 Spice Restaurant.

7-Spice-Restaurant-Indian-Cuisine-Danga-Bay
We ordered:-
7 Spice Special Briyani Rice (Chicken) RM12.00
7 Spice Naan (Lamb) RM5.00
7 Spice Special Lassi RM6.00
Plain water RM0.50
Total = RM23.50
The food tastes amazing! I can't get enough of it.
Super hot briyani! The chicken was good too! If you don't eat spicy food, I advice you to order something else. Naan for instance. I really love it. With the yogurt and shallots dip, it's just awesome.
The lassi was good too! A combination of two flavours, mango and something pink (I can't recall but it's tasty).
Can't wait to try other dishes. The deliciousness of the food justifies the price on the menu.
-
G-01, Block 5, Danga Bay,
Jalan Skudai
80200 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
RSVP/Phone :  607-235 6969
Websites : www.7spicecuisine.com
Email : Enquiry@7SpiceCuisine.com


Hey women: I'm a bit baffled here. What were you thinking? *sigh*

20110603

Attachment | Week 5

This week boleh dikatakan minggu paling membosankan sepanjang tempoh attachment. There's not much work to do. Main game and online all day long. Ada lah sekali sekala dapat kerja tapi setakat copy paste replace apalah sangat kan.

Burger-Shop-Game-At-Office

Selepas berlatih empat hari main game, siang tadi kitorang ada three-way game tournament. I won by the way. KK memang hopeless main Burger Shop. Kalah je terus delete game. SOUR LOSER! :P

Selain tu, this week last Joey ada dekat sini. After this dia pergi court kat Jalan Dato' Onn. So, kitorang banyak bergambar and bergelak ketawa. Sampai kena sound dengan staff sebab memekak. Time tu dah tak boleh nak kesah apa dah memang sangat gembira masing-masing buat office tu macam sendiri punya.

For lunch, disebabkan Ofee mengidam chicken chop; kitorang pergi makan dekat IT Roo. The four of us, one officer merangkap senior FUU batch 21 and none other than Farine.

IT-Roo-Jalan-Dhoby-With-Friends

Random: Saw a cool store, labels; selling apparels (rasanyalah) dekat Jalan Dhoby. Baru tau masjid kubah besi dekat belakang deret kedai depan IT Roo tu Masjid India. JAKUN! MasyaAllah. Kat situ, macam kat Masjid India Kuala Lumpur; khutbah in Tamil.

Unfortunately, The Scandalous tutup! Tak berkesempatan mencuci mata dengan barangan vintage yang enak.

Balik office, banyak pula kerja. Awal-awal minggu terlalu lengang. Akhir minggu terlalu sibuk.

 

 

 

 

Benda-benda menarik next week: Final week for attachment & result exam Sem 2 Sesi 2010/2011 keluar 8 Jun 2011.

Julai & Ogos: Sambung attachment kat private firm, InsyaAllah.

Facebook reactivated: Menyesal :(

20110602

1998/2010

1998

guru besar nak bersara. baik orangnya. sangat baik. very fatherly. selalu bagi nasihat and semangat. tak pernah marah-marah.

sempena hari persaraan, aku join koir. hari-hari berlatih. semua lagu P. Ramlee. Saat Yang Bahagia, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku, Jangan Tinggal Daku.

sangat excited nak menyanyi. first song - Saat Yang Bahagia. nyanyi dengan begitu gembira.

next song… Di Mana Kan Ku Cari Ganti. dengar music, pandang his face, terus berderai air mata. tak boleh nak nyanyi. frust sebab berlatih hari-hari and then suddenly on the day kena perform tak boleh nak nyanyi. sampai habis semua lagu menangis…

and lagi sedih bila dapat guru besar baru yang tak best langsung =_=

 

2010

guru besar sekolah adik aku kena transfer sekolah lain. balik rumah dia pun bercerita…

kita nangis tau tadi

kenapa awak nangis?

lagu tu sedih…

kelakar. baru darjah 1 dah fe-feeling.