20110504

Attachment | Day 1

Mula-mula bosan tak ada buat apa just jumpa pengarah, jumpa pegawai undang-undang, pergi toilet, berbual, salam-salam akak-akak kerani dan lain-lain benda tak penting.

Tiba-tiba datang seorang senior ex-UKM yang baru balik dari court,

saya bagi awak buat petition OK? :)

Kitorang pun jawab

OK! :)

Gila poker face. Dalam hati seram, gugup, semua ada.

6 fail untuk dibereskan dalam masa dua minggu. Mampu ke? InsyaAllah.

Sekali-sekali memerhatikan pegawai undang-undang consult client.

Setakat hari pertama, aku dapat rasakan betapa aku tak sesuai bekerja dalam bidang ini. Bukan sebab the workload tapi the emotional part.

Aku nak nangis dengar cerita pasal parent yang spent RM20,000 untuk lepaskan anak dia from the gallows but end up prosecutor appeal so, disebabkan Legal Aid Bureau tak ada jurisdiction nak handle that case, the parent kena spend more money.

Makin sedih tengok fail-fail cerai. Kahwin 3, 4 tahun dah cerai. Muda-muda lagi semua. Other than that ada domestic violence cases sampai ugut nak pecah kepala wife.

Tengok juvenile cases pun sedih. Teringat adik aku kat rumah. Janganlah diorang terlibat benda-benda macam ni.

Muram durjana lah hidup kalau one day aku kena betul-betul hadap semua tu. Realiti betapa kejamnya manusia dan betapa crooked nya dunia.

On a different note, dari segi working environment memang sangat OK macam kat office abah. Aku memang impikan that kind of thing. Happy semacam. Lagipun, aku rasa selamat sebab pakcik aku kerja kat Wisma which is situated right beside the building I'm working in.

I really had fun working with KK and Ofee + gembira terserempak dengan a few familiar faces.

Dan esok bakal menyaksikan divorce cases dekat court. Selasa sampai Khamis hearing untuk divorce cases SAHAJA. Bayangkan berapa ramai orang bercerai. Ni baru civil. Belum syariah.

 

 

 

 

The thing I dread the most: The bus rides back to home. 34 more days… or less. Sabar.

Post a Comment