20110529

Attachment | Week 4

One of the perks as an attachment student is free lunch. Selalu kalau ikut officers pergi court mesti stop by makan-makan and mesti diorang yang belanja. Kalau kat office pula, ada masa staff masak-masak and tinggalkan kat pantry. Everybody is welcomed to eat. Tak payah risau apa-apa. Last Friday pula ada farewell party for one of the staff yang akan berpindah ke Putrajaya. Makan sedap juga.

See. Tak adalah depressed sangat even though asyik menghadap divorce cases.

This week aku handle two joint petition cases. Clients nak datang sign papers before failkan ke high court. Both couples buat aku terkejut.

First couple. Aku ingatkan diorang taknak datang dah sebab setahu aku Pempetisyen Suami dekat Sarawak hari tu and taknak balik Johor. Banyak kali juga aku call dia masa siapkan divorce papers tu and dia berkeras taknak balik. Call Pempetisyen Isteri pula, tak diangkat. Tup-tup after Program Membudayakan Al-Quran, ada kakak clerk ni panggil cakap klien nak jumpa. Rupa-rupanya diorang. OK lah tak ada masalah. Dalam masa 3 bulan (masa tu aku dah kat UKM) selamatlah diorang bercerai.

Second couple pula lain ceritanya. Aku panggil masuk bilik, dua-dua tersengih-sengih. Bila suruh sign papers, sengih lagi. Dua-dua main tolak-tolak kertas, tulis-tulis atas angin. Tiba-tiba Pempetisyen Suami tanya, boleh tak postpone to another date? Another month perhaps? Aku cakap boleh je tapi kalau ikutkan officer mesti tak bagi sebab nanti HQ bising case tak settle on time. Long story short, actually diorang tak nak bercerai tapi family Pempetisyen Isteri yang suruh cerai. Diorang sweet gila kot siap main cubit-cubit pipi depan aku. Rasa macam nak hilangkan fail je *sigh* Aku harap diorang tak jadi cerai sebab diorang ada tanya juga macam mana nak tutup fail. Still young kot. Pempetisyen Isteri 27, Pempetisyen Suami 29.

Bila banyak sangat jumpa klien and dengar problem diorang, baru rasa sebenarnya drama kat TV tu tak adalah tak logik sangat. Memang ada real cases macam tu.

Post a Comment