20110527

2004/2011: Nur Kasih The Movie [2011] & Kung Fu Panda 2 [2011]

2004
Bersama-sama Dewi, Cuen and Cukue (kalau tak silap) ke Pelangi Leisure Mall tengok Miss Congeniality 2 masa break dari duty Quarter Master dekat Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos a.k.a Stadium Larkin.

Movie tak best. Wayang buruk cam haram. Tapi murah. Sesuai budget budak sekolah yang tak berapa nak ada duit ni.

2011
Still short on money now tapi sempat juga tengok movie. It was the second (Nur Kasih The Movie - NKTM) and third time (Kung Fu Panda 2) tengok movie dekat Pelangi Leisure Mall. Kinda brings back old memories zaman sekolah yang agak suam-suam kuku nak nakal. Bak kata farahin samsudin masa menengah rendah tengah lepak-lepak dalam Dewan Budi, kau ni muka je innocent.

19.05.2011
Nur-Kasih-The-Movie-Poster 

Aku tak berapa nak follow the series tapi tak lost pun kalau tak tau cerita dari awal. Overall, best. There's a few things yang aku tak berapa nak berkenan antaranya:-

1. CGI (kot) dalam cerita ni nampak sangat tak real. Tak cantik gambarnya. Lagi-lagi part keretapi terbakar tu.

2. Pelakon tambahan yang pak-pak Arab tu. Ada yang tak kena tembak lagi dah kebelakang macam effect kena tembak. Tak tau lah. Maybe kelemahan CGI juga.

3. Budak perempuan yang join class ustaz tu macam bodoh sikit kan. Pasal dia orang cedera, mati. Tapi kalau budak lelaki tu tak mati, Adam mati. Ada juga pros dia.

4. Ada sikit macam The Notebook. Nasib baik bukan betul-betul macam The Notebook. Macam tak best pula kalau tiru cerita lain.

5. Jehan Miskin dan Norman Hakim. Aku memang tak suka diorang. Kenapa kena ada dalam cerita ni? Euw.

Apa-apa pun, aku nangis dan ramai juga orang lain yang dok kesat-kesat air mata masa keluar dari panggung. Puas hati lah juga even though aku lagi suka Cinta, LOVE and Sepi daripada NKTM ni.

27.05.2011
Kung-Fu-Panda-2-Movie-Poster

Aku bukanlah nak sangat tengok cerita ni tapi aku ada free tickets yang dah nak expired end of this month. Tak maulah membazir kan?

Cerita ni agak slow kot bagi aku. Ada lah scene yang kelakar, touching semua tu tapi certain parts macam, kalau tak ada pun tak apa. Watak-watak lain pun macam tak main peranan sangat. Tak ada dialog. Semua focus pada Po. Dah lah aku tak tengok lagi sebenarnya Kung Fu Panda.

Ending movie ni memang bagi hint pasal storyline Kung Fu Panda 3. Sangat tak sabar nak tengok. Po's family reunion gitu kan. Mesti comel tengok panda-panda semua.

Makin tak ada duit makin banyak pula movie best keluar: Nak tengok X-Men!
Post a Comment