20110315

Versi Saya Sayang FUU IX

melompat dari blog ke blog rakan-rakan sefakulti, semua dah mula feeling touching sesedih. baru nak habis third year. belum nak grad lagi ni. chillax everybody. buat kerja and enjoy sesama.

actually, aku pun kengkadang hampir menitiskan air mata juga bila terkenang mengenang segala kenang kenangan sepanjang berada di fakulti hujung dunia ini. terbayang camne agaknya future nanti. berjumpa lagi ke kita? bertegur sapa ke? baik lagi ke? dah lupa kawan ke? wallhualam.

*stops wandering and starts writing.

al kisah last weekend kami bersukaneka a.k.a KREW (tak ingat lah apa kebenda nama panjang kejap bukak blog ira nak copy gambar). event kesinambungan dari karnival futsal and netball bulan satu hari tu.

tadaaaaaaaaa!! :D comel poster dia ;)

dalam bebanyak acara yang tersenarai dalam gambar, lari kepit bola and lari ikat kaki tak ada. tak ramai pun yang datang lagi-lagi rumah hijau. so kesian hokay. nasib baik ada abang-abang pascasiswazah dok join. di kesempatan.






sesungguhnya sangat memeritkan tengok orang tergolek dog lelagi masa event tarik tali. siap tersembam tercium tanah terkapai-kapai di tali bagai baju disidai atas ampai. ganas betul bebudak ni. tapi semua happy so, walaupun hari sebelumnya punya sakit pinggang tak habis rawat, aku tumpang happy sekaki.

lepas dah perabih semua hamper (Red Dragon dapat LIMA hamper!!!!!), acara seterusnya adalah membaling tepung kepada pihak urusetia, Kimi, sempena belated 21st birthday nya. SURPRISE!! haha!


all in all, puas hati gilaaaaaaaaa. aku memang masuk dua game je tapi sakit pinggang kemain lagi. mengada sangat tau badan dah lama dimanja tak turun stadium berlari memang jadi cemni. isy.

sangat berharap next year program cemni diteruskan tapi tak tentu lagi dapat join. al maklumlah final year busy bee.

psst… bacalah pasal Jepun. rasa macam nak jadi rakyat Jepun. sangat mengharukan. boleh nangis. #prayforjapan.

(picture source: Facebook mastur, hasan, ariey etc.)
Post a Comment