20110303

semakin hari semakin malas

balik dari Johor Bahru hari Ahad. tapi hati masih di sana.

hari-hari seterusnya diluangkan bersama laptop. nak kata online 24/7 tak juga. menghabiskan masa tengok Ugly Betty Season 1 – 4. kalau ada assignment/tutorial baru lah CD tak terpasang.

tak pernah-pernah skip law class. hari ini (semalam) dalam sejarah. bangun lambat satu hal. tiba-tiba ada masalah yang tak dapat dielakkan. last-last, penat-penat iron selendang bagai (hari Rabu black & white katanya) keluar pergi lunch makan laksa dan cendol pulut sahaja. perasaan yang agak weird memandangkan selalunya dari isnin sampai jumaat mesti ada dekat fakulti at least 2 jam.

Ugly Betty dah settle, langsaikan current series yang tertunda. semua episod Grey's Anatomy, Brothers & Sisters, Glee dan Gossip Girl yang sempat download masa berhujung minggu di Johor Bahru. lebih kurang 15 episod. satu hari habis. rasa sedih pula sebab lepas ni mesti bosan dah tak ada episod baru yang nak ditonton memandangkan dekat kolej memang tak dan lah nak download.

oh rindu JB. tak ada feel nak study. i miss my family. they're supposed to be here this coming weekend tapi, tadi ma call dia cakap tak jadi. kecewa!

Dataran Lang Langkawi Kedah


kerja langkawi still tak settle. takde orang suruh aku buat apa-apa tapi. entahlah. semua orang pun dah tak ada mood dengan benda alah ni.
Post a Comment