20110327

kalaulah aku ada bakat dalam bidang seni.

… mungkin aku akan berbesar hati nak join We Are Malaysian Made (WAMM) memandangkan founder dia cakap diorang still perlukan orang untuk join diorang. so, kalau korang berbakat pergilah join. berlakon ke, direct ke, apa ke… macam best an?

 

anyway, last wednesday aku berkesempatan untuk pergi WAMM / The Actors Studio FUSED Screening #6, "The First of 2011" kat The Actors Studio untuk menonton short films from dua pengarah muda berbakat, Sharifah Amani (Nani) and Nadiah Hamzah. Nadiah Hamzah ni belajar dengan Spike Lee kot! korang tak kenal ke siapa Spike Lee? sila google.


Nani direct and berlakon dalam Sangkar. main character lelaki, Beto Kusyairy. aku tak pernah kenal dia ni siapa. aku tau dia berlakon Kashaf Amani pun sebab ada member aku bagitau. cerita Kashaf Amani tu pun aku tak pernah tengok. dia tak handsome macam Que Haidar or Jared Leto and tak banyak gossip kot pasal tu tak berapa nak popular tapi dia nampak sangat cool and lakonan fuhh! best gila!




Hujan Panas (by Nadiah Hamzah) pun Beto berlakon. Dari komen from Pete Abdullah, Khir Rahman (orang-orang seni ni so diorang lebih faham seni) terbukti kehebatan Beto untuk menjiwai watak sesuai dengan mood cerita.

kalau nak baca review sila TekanPlay *click*.

walaupun aku pergi untuk Hujan Panas, aku lagi suka Sangkar. maybe aku tak berapa suka watak perempuan dalam cerita Hujan Panas tu. entahlah ek. tapi Sangkar, aku hampir menangis.



other than that, ada performance by Rollin' Sixers and video kempen Violence Against Woman : When does the violence begin? by Stop Motion Project. best jugak ah. band tu kinda cool, relax-relax, chill. video tu pun cam membuka minda. pergilah tengok video tu ada tiga kesemuanya dekat sini *click*.


looking forward for WAMM's next screening :)
Post a Comment