20110307

IKEA-virgin no more!

Sampai sekarang aku tertanya-tanya - lucah/offensive sangat ke word 'virgin' sampai ada satu stesen radio tempatan bleep that word dalam lagu Hey Soul Sista?

That question aside, akhirnya menjejakkan kaki juga ke IKEA thanks to Kak Bie!!

Oh best sangat ke tempat tu yang sampai orang berbondong-bondong pergi? Hebat sangat ke? The truth is, I installed IKEA Home Planner application long before just because I think IKEA stuff are cool. Simple tapi cantik and practical. Ala-ala art exhibition yang aku tengok kat KLCC last weekend, Somewhat Different. Maybe orang-orang belah sana memang kreatif bab-bab interior design ni sampai boleh reka multi-purpose furniture bagai.

Sebagai first timers. Haruslah kami (aku dan Ofee) jakun ambil gambar setiap sudut IKEA. Cha tak jakun.


Ofee kengkonon boss tapi more to secretary.

Gambar dalam full-length mirror is a must.

Kengkonon tengok TV atas sofa empuk.
Lepas rindu dah lama tak memasak.

Kengkonon makan padahal ada angin je dalam mangkuk.
Kengkonon tengah pilih baju kerja untuk suami. HAHA

Testing tilam hehehehehe.

Main sembunyi-sembunyi dalam comforter.

Selain berangan, datang IKEA mesti makan. Sesampai before shopping dan bergambar bersama display, kitorang breakfast dulu…
Fried Kuey Teow
Spring Roll
Almondy Tart – Daim Cake
Chicken wings (not in picture)
Cappuccino
Orange Juice

IMO, Daim cake and spring rolls (popiah) tu sangat sedap. Inti popiah lebih kurang sama dengan inti pai tee The Chicken Rice Shop.

WE stayed for lunch sebab nak merasa IKEA Swedish meatballs. Sedap sangat ke? Best sangat ke?

Chicken Leg with Swedish Herb and Lemon Sauce

Swedish Meatballs

I had the chicken leg with swedish herb. It tastes a little bit like tea. Nama pun ada herba kan so, tak peliklah. Aku rasa ok je. Bolehlah kalau nak order lagi kan sebenarnya :)

Yang lain makan meatballs. Tak best pun. Penat aku psiko diri sendiri untuk merasai keenakan meatballs tapi, nothing special. Dah try cecah jam segala bagai still, blahhh. Tak rasa kepingin pun nak makan benda tu lagi. Maybe sebab before tu dah melantak dessert dekat kedai lain tapi entahlah. Kena try lagi sekali kot? Teringin Daim cake je sekarang ni!!

TERINGINNYAAA NAK DAIM CAKE GEWAMMNYAA ITEEE!

Sesiapa nak pergi IKEA nak kirim Daim cake thanksss!
Post a Comment