20110310

dugaan hidup yang dicari sendiri

kau nak Campbell's instant soup perisa apa? wild mushroom? mushroom chicken with croutons? mushroom pasta? chicken pasta? cream of chicken? mushroom cheese with croutons? cream of mushroom? semua aku ada!

apa yang sakit sangat entah. kenapa ngada-ngada sangat entah. orang lain relax je aku yang macam budak kecik. makan roti cecah nescafe pun macam nak nangis mengunyah. yogurt pun merengsakan.

jangan ajak aku makan please. rasa macam nak bunuh je siapa-siapa yang ajak aku makan. ye. kengkawan aku sibuk memasak hari ni. mengidam ayam masak asam pedas katanya. mak aih. lauk favourite tuh! melepas. kempunan. down!

and jangan main-main. mood memang ke laut. frekuensi perasaan diganggu kesakitan melampau. kalau boleh cabut segala rahang letak tepi, memang dah lama aku buat. siap termimpi-mimpi besi bersepai dalam mulut. bangun pagi terus pegang gigi. and then sambung tidur. baru malam pertama bibir dah dihiasi ulcer. thanks a lot.

for a greater good, bertahanlah naima. bak kata abah, beauty is pain. eh eh eh. beauty ke?
Post a Comment