20110318

assignment kompeni lima belas markah

plan nak siapkan assignment kompeni lima belas markah semalam. tapi clueless gila. so hari ni baru settle.

sedih.

plan nak siapkan assignment kompeni lima belas markah semalam sebab family naik KL hari ni (khamis). esok (jumaat) diorang dah balik JB.

tadi ada discussion/class/meeting sampai 4PM tadi.

diorang singgah Bangi 3PM jumpa lima minit tu pun adik aku taknak tengok aku. sebab dia takut kot ada besi kat gigi entah aku pun tak faham lah.

sedih.

and esok pagi ada kelas petang pula ada dinner fakulti. dah bayar RM75.00 masakan nak skip? ma and abah pun marah buang duit macam tu. bayar besi pakai simpanan sendiri a.k.a scholarship money so, haruslah beringat ketika berbelanja untuk elak situasi menaip SMS mengharap duit dari akaun abah masuk ke akaun sendiri.

makanya, tak dapatlah berjumpa dengan famili.

aku mengharap sangat diorang stay kat the same hotel aku akan pergi untuk dinner esok. tapi harapan hancur.

sedih.

selalu kalau dah siap assignment harus rasa lega.

tapi not this time kot. this time, sedih.

bila kau sibuk fikir nak habiskan assignment yang kena hantar esoknya paling lewat 12PM dah tentu tak fikir soal rindu, soal kecil hati ada orang tertentu unfollow dekat twitter. bila assignment dah siap?

sedih.

semoga bila bangkit dari lena esok pagi, hati takkan gundah lagi.

Post a Comment