20110331

Annual UKM National Invitational Rugby 10's 2011 + Pre-Convocation Photoshoot

hari yang panas gila tak mematahkan semangat si girlfriend untuk turun ke padang memberi sokongan kepada si boyfriend yang bermain ragbi. makanya, kawan-kawan si girlfriend yang belajar di venur kejohanan ragbi pun harus temankan si girlfriend. tak gitu? :)

first day, disebabkan sibuk ke times square, tutti frutti dan pasar malam di seksyen 1 bangi, tak berkesempatan nak menyaksikan team si boyfriend beraksi di padang.
cuma sempat bergambar sendiri-sendiri sahaja.

Pre-Convocation Shoot UKM 2011

nampak macam rendah ye tapi sesungguhnya, bagi orang yang gayat, memerlukan kekuatan jati diri dan minda untuk berada di antara UKM dengan 2011. tak tau sanggup ke tidak nak merangkak lagi masa konvo nanti. bergambar kenangan katanya. by that time, insyaAllah nombor 1 kat hujung tu dah berganti dengan nombor 2.

Pre-Convocation Shoot UKM 2011 bersama si girlfriend

hari kedua barulah berbasah kuyup dek peluh bahana terik mentari. mula-mula malas juga nak duduk tepi padang. bila dah diumpan dengan KFC free, apa lagi. berdesup!! lantas dalam kamera penuh dengan gambar si boyfriend.


20110329

Tutti Frutti

Tutti Frutti Seksyen 8 Bangi

Tutti Frutti Seksyen 8 Bangi

Tutti Frutti Seksyen 8 Bangi

cendol pulut dekat Teras Jernang tu lagi sedap kot.

20110328

2004/2011

2004

dalam kelas biologi hari ni semua kena bedah katak. EUWW GROSS! menakutkan sumpah nanti mesti terjerit-jerit.
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"
hahahahhahahaha. ok aku tak jerit pun orang lain je yang jerit. kerja aku, gelakkan orang yang jerit and pergi tanam bangkai katak. untung-untung dapat masuk kelas lambat ;)

#masa form 6 dapat tahu budak BBU belah rabbit. tak adalah menggelikan sangat kan?

2011

Pendulum tu macam menakutkan je. jatuh menjunam ala roller coaster ride. seram seram. berdebarnya nak masuk dalam boya.
"kaki tahan dekat dalam pelampung. jangan keluarkan." 
HAH?? SERIOUS?? 
"serius lah. bahaya kalau keluarkan. tahan je." 
oh ok-ok
dalam hati dah gigil…
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"
hahahahhahahaha.

Melaka Wonderland Pendulum*boya naik ke atas, berpusing*
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"
hahahahhahahaha.
Melaka Wonderland Pendulum  *finally boya kat bawah*
"NAIMA CEPATLAH KELUARKAN KAKI STOPKAN BOYA!!!"

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHA. ok aku tak jerit pun orang belakang aku yang jerit. kerja aku, gelakkan orang yang jerit and saja taknak keluarkan kaki untuk stopkan boya sebab best duduk  macam tu swing-swing atas air *untuk gambaran yang lebih jelas ---> klik. dalam video nampak macam tak menakutkan tapi lelaki handsome muka macam fahrin ahmad pun (bak kata orang putih) squeals like a little girl. apecer?
eleh. tak menakutkan pun pendulum tu.

psst… Melaka Wonderland best. tak berapa nak thrill tapi best. Tornado Chaser belum buka lagi so buat masa ni Pendulum paling gerek aa. hehe

20110327

kalaulah aku ada bakat dalam bidang seni.

… mungkin aku akan berbesar hati nak join We Are Malaysian Made (WAMM) memandangkan founder dia cakap diorang still perlukan orang untuk join diorang. so, kalau korang berbakat pergilah join. berlakon ke, direct ke, apa ke… macam best an?

 

anyway, last wednesday aku berkesempatan untuk pergi WAMM / The Actors Studio FUSED Screening #6, "The First of 2011" kat The Actors Studio untuk menonton short films from dua pengarah muda berbakat, Sharifah Amani (Nani) and Nadiah Hamzah. Nadiah Hamzah ni belajar dengan Spike Lee kot! korang tak kenal ke siapa Spike Lee? sila google.


Nani direct and berlakon dalam Sangkar. main character lelaki, Beto Kusyairy. aku tak pernah kenal dia ni siapa. aku tau dia berlakon Kashaf Amani pun sebab ada member aku bagitau. cerita Kashaf Amani tu pun aku tak pernah tengok. dia tak handsome macam Que Haidar or Jared Leto and tak banyak gossip kot pasal tu tak berapa nak popular tapi dia nampak sangat cool and lakonan fuhh! best gila!




Hujan Panas (by Nadiah Hamzah) pun Beto berlakon. Dari komen from Pete Abdullah, Khir Rahman (orang-orang seni ni so diorang lebih faham seni) terbukti kehebatan Beto untuk menjiwai watak sesuai dengan mood cerita.

kalau nak baca review sila TekanPlay *click*.

walaupun aku pergi untuk Hujan Panas, aku lagi suka Sangkar. maybe aku tak berapa suka watak perempuan dalam cerita Hujan Panas tu. entahlah ek. tapi Sangkar, aku hampir menangis.



other than that, ada performance by Rollin' Sixers and video kempen Violence Against Woman : When does the violence begin? by Stop Motion Project. best jugak ah. band tu kinda cool, relax-relax, chill. video tu pun cam membuka minda. pergilah tengok video tu ada tiga kesemuanya dekat sini *click*.


looking forward for WAMM's next screening :)

20110326

Ramalan Kaji Cuaca #10



kalau ada problem, aku boleh dengar. nak luah apa-apa, aku sentiasa ada. untuk advice or solution, kena bagi aku masa untuk fikir. aku tak banyak pengalaman. lagi-lagi bab relationship. i can be your friend if you want. and once we’re friends, you know you can always count on me (Bruno Mars).

masa sekolah dulu aku jenis yang percaya sangat-sangat kat friendship. makin besar, makin banyak rasa kecewa sebab kawan, makin hilang kepercayaan. bukan pada semua tapi pada satu, dua. dan selalunya kecewa tu datang bukan sebab diorang sakitkan aku tapi pasal diorang sakitkan a mutual friend.

kecewa, kecewa aku pun… aku still sayang. even if pernah rasa macam nak avoid everything and anything berkaitan dengan orang yang kecewakan aku, in the end… aku still rindu. kenapa entah. pasal kawan kot?

20110325

the affairs inside my mouth might gross you out

i thought it was a cold sore or ulcer or something. i took a pick and poked it. it doesn't hurt. it was hard. a small speck of tooth stuck on my gum. i remembered during the extraction of that particular bicuspid, among the 4 extractions, it was the hardest and the most painful. my gum swelled afterwards and i can't eat nor brush my teeth properly afterwards. there was a lot of blood. i suffered from dry sockets for weeks.

enough flashbacks on gory details of the first few steps before braces.

thank God i got the urge to check it out. it has been there for weeks i guess. when it got out, my gum bled a little but it doesn't hurt. who knows what would've happen if i didn't took it out. it'll be forever inside my gum. will it cause me long-term pain? only God knows. don't worry. i've stop examining the speck of tooth. it's already in the dustbin.

next week i'll be going to the dentist again to (maybe) change the arch wire and the o rings. been thinking of orange-blue. cool no? trying to avoid pink. maybe in the next few months i'll get to pink but not now. i don't feel girlish lately.

on the same day, i got this test. and that's the only thing left before study week. quite a bummer. i can pack my stuff and take a bus to JB now since i'm free until next friday but, i'm still thinking of going to Old Blossom Box Prelove Party tomorrow. should i go?

OBB Prelove Party

20110324

drama dan warna Anugrah Chenta

read about Malam Anugrah Chenta here *click*

on pre-dinner dramas

konvoi tiga kereta dari UKM pukul 3.30PM sebab nak elak jam sampai PJ pukul 4.30PM kot?

belajar macam mana nak curl kan rambut dari ex-room mate. hard work OK. nasib lah pakai tudung tak payah fikir pasal rambut. hehe

make up kan orang. kah kah kah. ok kalau ofee tu perkara biasa lah sebab dia lady gaga so kalau make up tu turns out jadi pelik pun tak heran. tapi muka orang lain agak menakutkan ye nak trial and error so sangat-sangat sorry kalau rasa macam tak cantik and sorry sebab tercocok mata. i bukan pro sorry sangat-sangat. sebenarnya tak makeup pun korang dah cantik kulit putih gebu tak macam i yang hitam-hitam si tampuk manggis ni.

bersiap agak lambat sebab tiba-tiba macam tak tau nak make up start dari mana. nasib baik dah practice awal-awal so tak adalah clueless sangat.

dengan gigih dah pakai baju dinner dari UKM lagi so bayangkan lah 4 jam dalam baju dinner for sure renyuk. last-last cari kedai yang sudi bagi pinjam iron. guna steam iron dengan baju di badan sangat memeritkan. hampir melecur bahagian pusat dan kebawah T_T


on my choice of colours

aku dah pernah cakap *click* choice of colours aku untuk dinner sangat lah membosankan except for dinner faculty first year (Gala Memori Tercipta izit?). aku pakai electric blue. selain that one dinner, every other outfit merah/grey/gold/white dengan hitam. BOSANNYA NAIMAA! this year tak beli baju. guna apa yang ada sahaja. save duit i.

Malam Anugrah Chenta 2011

(picture credit to Iwa Nadhiwah Ismail)

friends adviced me to use black eyeshadow instead of brown-yellow combination TAPI last year eye make up aku dah black kot. disebabkan kulit dah sedia ada coklat, terpaksa mencari shade of brown yang paling gelap. selamat room mate ada. kalau tak memang tak nampak lah make up membazir tonyoh mata. whatever lah yang penting i love my eye make up. HAHAHHA. forgive me but i can't help it. i'm a narcissist.

20110323

Majlis Makan Malam Anugrah Chenta FUU UKM 2010/2011

Tarikh/Tempat. 18 Mac 2011/Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Tema. Vintage. Tapi nampaknya boleh kira dengan jari tangan dan kaki je siapa yang ikut tema. Aku pakai baju kurung moden je pun.

Makanan. OK, walaupun dicatu. Nasi tiga senduk melainkan minta tambah. Air yang disediakan (fruit punch) sangatlah tak sedap dan sakit tekak minum. Last-last request for air masak.

Persembahan. Nyanyian duet, nyanyian solo, ala-Glee, fashion show and band. Band ada dua tapi personally, paling suka band second year. The other band was BLiZ. Crowd best.

Misc. Dewan cantik. Siap ada balcony ala mini stage kat tepi dewan. Cun! Lecturer penasihat pun BEST TAHAP DEWA. Gila supportive. Kelainan, ada game untuk final year. Menarik.

Overall, i had soo much fun that night. Release tension sekejap after a very stressful week with company law sebelum transition ke minggu stress seterusnya (viva, presentations and what not).

Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Malam Anugrah Chenta terutama sekali Batch 25 FUU :D

Malam Anugrah Chenta FUU UKM 2011 @ Hotel Singgahsana PJ

20110318

assignment kompeni lima belas markah

plan nak siapkan assignment kompeni lima belas markah semalam. tapi clueless gila. so hari ni baru settle.

sedih.

plan nak siapkan assignment kompeni lima belas markah semalam sebab family naik KL hari ni (khamis). esok (jumaat) diorang dah balik JB.

tadi ada discussion/class/meeting sampai 4PM tadi.

diorang singgah Bangi 3PM jumpa lima minit tu pun adik aku taknak tengok aku. sebab dia takut kot ada besi kat gigi entah aku pun tak faham lah.

sedih.

and esok pagi ada kelas petang pula ada dinner fakulti. dah bayar RM75.00 masakan nak skip? ma and abah pun marah buang duit macam tu. bayar besi pakai simpanan sendiri a.k.a scholarship money so, haruslah beringat ketika berbelanja untuk elak situasi menaip SMS mengharap duit dari akaun abah masuk ke akaun sendiri.

makanya, tak dapatlah berjumpa dengan famili.

aku mengharap sangat diorang stay kat the same hotel aku akan pergi untuk dinner esok. tapi harapan hancur.

sedih.

selalu kalau dah siap assignment harus rasa lega.

tapi not this time kot. this time, sedih.

bila kau sibuk fikir nak habiskan assignment yang kena hantar esoknya paling lewat 12PM dah tentu tak fikir soal rindu, soal kecil hati ada orang tertentu unfollow dekat twitter. bila assignment dah siap?

sedih.

semoga bila bangkit dari lena esok pagi, hati takkan gundah lagi.

20110317

Hujan Panas (WAMM / The Actors Studio FUSED Screening #6, "The First of 2011")

SINOPSIS
(dalam Bahasa Inggeris)

For the longest time, Zaki has dreamed about coming to America. He enrolls himself in a business course and finds himself in New York City -- in an apartment with two illegal Indonesian immigrants; Ferdy and Mira, in Flushing, Queens.

As he grapples with the harsh reality of living in the city, he finds himself slowly attracted to Mira. She helps him realize the possibilities of starting life anew -- possibilities that are threatened by an impending marriage and his awaited return to Malaysia.
(source)

Tengok 8tv Quickie kejap tadi and ada cerita pasal this short film. The director, Nadiah Hamzah, was interviewed. Dia cakap baru-baru ni ada buat private screening and akan dibuka untuk tayangan umum:-

WAMM / The Actors Studio FUSED Screening #6, "The First of 2011"
Rabu, 23 Mac 2011
8:00PM
Actors Studio, Lot 10 Rooftop


JOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM! RSVP here *click*. Tolong jangan ada more assignments next week pleaseeeeeeeeee. :S

20110315

Versi Saya Sayang FUU IX

melompat dari blog ke blog rakan-rakan sefakulti, semua dah mula feeling touching sesedih. baru nak habis third year. belum nak grad lagi ni. chillax everybody. buat kerja and enjoy sesama.

actually, aku pun kengkadang hampir menitiskan air mata juga bila terkenang mengenang segala kenang kenangan sepanjang berada di fakulti hujung dunia ini. terbayang camne agaknya future nanti. berjumpa lagi ke kita? bertegur sapa ke? baik lagi ke? dah lupa kawan ke? wallhualam.

*stops wandering and starts writing.

al kisah last weekend kami bersukaneka a.k.a KREW (tak ingat lah apa kebenda nama panjang kejap bukak blog ira nak copy gambar). event kesinambungan dari karnival futsal and netball bulan satu hari tu.

tadaaaaaaaaa!! :D comel poster dia ;)

dalam bebanyak acara yang tersenarai dalam gambar, lari kepit bola and lari ikat kaki tak ada. tak ramai pun yang datang lagi-lagi rumah hijau. so kesian hokay. nasib baik ada abang-abang pascasiswazah dok join. di kesempatan.






sesungguhnya sangat memeritkan tengok orang tergolek dog lelagi masa event tarik tali. siap tersembam tercium tanah terkapai-kapai di tali bagai baju disidai atas ampai. ganas betul bebudak ni. tapi semua happy so, walaupun hari sebelumnya punya sakit pinggang tak habis rawat, aku tumpang happy sekaki.

lepas dah perabih semua hamper (Red Dragon dapat LIMA hamper!!!!!), acara seterusnya adalah membaling tepung kepada pihak urusetia, Kimi, sempena belated 21st birthday nya. SURPRISE!! haha!


all in all, puas hati gilaaaaaaaaa. aku memang masuk dua game je tapi sakit pinggang kemain lagi. mengada sangat tau badan dah lama dimanja tak turun stadium berlari memang jadi cemni. isy.

sangat berharap next year program cemni diteruskan tapi tak tentu lagi dapat join. al maklumlah final year busy bee.

psst… bacalah pasal Jepun. rasa macam nak jadi rakyat Jepun. sangat mengharukan. boleh nangis. #prayforjapan.

(picture source: Facebook mastur, hasan, ariey etc.)

20110313

You win some, You lose some…

A few weeks ago, T texted me saying that he was bored and unlike his friends, he doesn't have a girlfriend to hang out with (kesian).

We decided to go to SOGO. Before we got to SOGO, we stopped by at Semua House because I want to go to this one charity shop selling vintage and pre-loved clothing - Bless Shop. I bought so many things there I've lost count! Unfortunately, the shop has been replaced with a jewelry shop. I was devastated I almost cried but someone reminded me that there's another Bless Shop at Mid Valley. Although it was smaller and don't have as much variety as the one at Semua House, I just need to move on. There's more to life than cheap clothes (drama queen?).

Yesterday, I went to Stellar's Vintage Bazaar. I must say that the owner of LOOKBOOK, Mas Angelina is soo pretty up front, I was in awe. Her pictures is pretty too but it don't do her justice. However, I came back with nothing, which is pretty disappointing considering the things I had to go through to be there - planned to rent a car but the owner was late. I was already on a bus when he called. KTM Komuter was out of service for 2 hours!! Honestly, I hate going to these kind of events because girls would dress to the nines and I look sooooo selekeh *sigh*

Amidst the frustration, I remembered Cukue tweeted about macarons at Empire. I had a very unpleasant macaron experience at Rantai ART but I just need to taste the highly appraised macarons at Whisk.

Whisk Empire Shopping Gallery Subang Jaya


1 – RM2, 10 – RM18.
Chocolate, Coffee, Peanut Butter, Caramel, Strawberry Shortcake

It was delish especially Strawberry Shortcake. Will definitely go there again next time, InsyaAllah.

20110310

dugaan hidup yang dicari sendiri

kau nak Campbell's instant soup perisa apa? wild mushroom? mushroom chicken with croutons? mushroom pasta? chicken pasta? cream of chicken? mushroom cheese with croutons? cream of mushroom? semua aku ada!

apa yang sakit sangat entah. kenapa ngada-ngada sangat entah. orang lain relax je aku yang macam budak kecik. makan roti cecah nescafe pun macam nak nangis mengunyah. yogurt pun merengsakan.

jangan ajak aku makan please. rasa macam nak bunuh je siapa-siapa yang ajak aku makan. ye. kengkawan aku sibuk memasak hari ni. mengidam ayam masak asam pedas katanya. mak aih. lauk favourite tuh! melepas. kempunan. down!

and jangan main-main. mood memang ke laut. frekuensi perasaan diganggu kesakitan melampau. kalau boleh cabut segala rahang letak tepi, memang dah lama aku buat. siap termimpi-mimpi besi bersepai dalam mulut. bangun pagi terus pegang gigi. and then sambung tidur. baru malam pertama bibir dah dihiasi ulcer. thanks a lot.

for a greater good, bertahanlah naima. bak kata abah, beauty is pain. eh eh eh. beauty ke?

20110309

Black Pearl - Malam Anugerah Mahasiswa & Amal Kolej Keris Mas UKM

Masa first year Black Rose – hitam + merah, second year Retro – baju vintage kelabu + hitam, this year Black Pearl – hitam + putih. Gila bosan choice of colours aku.

Majlis Anugerah Mahasiswa Kolej Keris Mas UKM

Suka sambutan VVIP. Bagpipes tak tau dari mana tapi, best. Tak suka hall deco. Sangat tak cantik. Sorry to say but bebudak sekolah aku yang tak bagus mana tu pun decorate hall lagi lawa. Persembahan paling best tarian kontemporari and nyanyian lagu Dangerously in Love. Best gila! Suara sedap sangat! Sayangnya, dia nyanyi one song je. Orang-orang lain yang suara tak best nyanyi sepuluh lagu. OMG stress gila bhai!


20110308

The Apartment @ The Curve

Between breakfast and lunch at IKEA, kitorang singgah The Curve nak berjumpa dengan my favourite fashionable friend, Dbout.

The Apartment

The Apartment

At first ingat nak berbual sekejap je sekali dia promote desserts kat tempat kerja dia, The Apartment. Dapatlah merasa Strawberry and Peach Pavlova dan Eton Mess.


20110307

IKEA-virgin no more!

Sampai sekarang aku tertanya-tanya - lucah/offensive sangat ke word 'virgin' sampai ada satu stesen radio tempatan bleep that word dalam lagu Hey Soul Sista?

That question aside, akhirnya menjejakkan kaki juga ke IKEA thanks to Kak Bie!!

Oh best sangat ke tempat tu yang sampai orang berbondong-bondong pergi? Hebat sangat ke? The truth is, I installed IKEA Home Planner application long before just because I think IKEA stuff are cool. Simple tapi cantik and practical. Ala-ala art exhibition yang aku tengok kat KLCC last weekend, Somewhat Different. Maybe orang-orang belah sana memang kreatif bab-bab interior design ni sampai boleh reka multi-purpose furniture bagai.

Sebagai first timers. Haruslah kami (aku dan Ofee) jakun ambil gambar setiap sudut IKEA. Cha tak jakun.

20110306

Weekend saya

Sementara boleh makan ni kita makan ya. Sementara gigi belum rasa macam nak tercabut. Sementara boleh kunyah dengan agak selesa. Selesa lah kan compared to masa pakai separator hari tu kan. So, sementara tu, pergilah makan kat tempat yang tak pernah makan. Sabtu lepas di Madam Kwan's.

Madam Kwan's Mid Valley Megamall Nasi Bojari Curry Laksa

Nasi Bojari dan Curry Laksa. Laksa je kan memanjang. This week je tiga kali makan laksa. Oh sedap sebab ada udang besar and aku memang suka makan udang. Nasi Bojari rasa aneh. Rasa rempah. So, aneh. First time makan kan memang lah rasa aneh tapi OK lah kenyang makan sana, Alhamdulillah.

MAC Wonder Woman

Lepas makan pergi tengok movie. No Strings Attached. Love Ashton Kutcher. Love Natalie Portman. What I don't love is the storyline. Aku rasa benda tu tak real kot? Terlalu fantasy untuk aku. Tak boleh relate dengan cerita macam tu. HAHA. Sorry. And aku rasa character Vanessa dan bapak Adam sangatlah tersangat-sangat annoying. Tak boleh tahan.

LRT Taman Jaya to Amcorp Mall

Afterwards, gerak ke Ampcorp Mall sebab nak shopping buku. Aku beli sticker book je RM5.00 je punn. Beatrix Potter punya sticker book semata-mata sebab memang dah ada collection children storybooks Beatrix Potter kat rumah masa kecik dulu ma selalu bacakan. Sentimental kan aku? hehe.

20110303

semakin hari semakin malas

balik dari Johor Bahru hari Ahad. tapi hati masih di sana.

hari-hari seterusnya diluangkan bersama laptop. nak kata online 24/7 tak juga. menghabiskan masa tengok Ugly Betty Season 1 – 4. kalau ada assignment/tutorial baru lah CD tak terpasang.

tak pernah-pernah skip law class. hari ini (semalam) dalam sejarah. bangun lambat satu hal. tiba-tiba ada masalah yang tak dapat dielakkan. last-last, penat-penat iron selendang bagai (hari Rabu black & white katanya) keluar pergi lunch makan laksa dan cendol pulut sahaja. perasaan yang agak weird memandangkan selalunya dari isnin sampai jumaat mesti ada dekat fakulti at least 2 jam.

Ugly Betty dah settle, langsaikan current series yang tertunda. semua episod Grey's Anatomy, Brothers & Sisters, Glee dan Gossip Girl yang sempat download masa berhujung minggu di Johor Bahru. lebih kurang 15 episod. satu hari habis. rasa sedih pula sebab lepas ni mesti bosan dah tak ada episod baru yang nak ditonton memandangkan dekat kolej memang tak dan lah nak download.

oh rindu JB. tak ada feel nak study. i miss my family. they're supposed to be here this coming weekend tapi, tadi ma call dia cakap tak jadi. kecewa!

Dataran Lang Langkawi Kedah


kerja langkawi still tak settle. takde orang suruh aku buat apa-apa tapi. entahlah. semua orang pun dah tak ada mood dengan benda alah ni.

20110302

Ramalan Kaji Cuaca #9

senior sekolah yang garang


aku dah biasa orang cakap aku garang masa diorang mula-mula jumpa aku. it’s a fact. aku memang garang. kuat marah-marah. pendendam. ikut perangai abah. tapi kalau korang dah baik dengan aku, tau jelah kan aku macam mana. ngada-ngada. suka nak manja-manja perasan budak-budak melayan junior. sumpah aku sayang gila dengan junior-junior aku yang close dengan aku dulu. kadang-kadang aku teringat diorang. terkenang benda-benda yang kitorang buat sama-sama dulu. gossip, makan-makan, gelak-gelak. best gila hostel SIGS dulu. tak macam hostel pun. ala-ala rumah tumpangan Ah Seng je. hahahaha