20110207

seminggu – the aftermath

*cerita dulu. gambar kemudian.
Jumaat – ke  Langkawi, 10PM.
Sabtu – sampai Langkawi 9.30AM. meeting, discussion.
Ahad – ke Kampung Temonyong/Temoyong & Pantai Chenang 2PM – 6PM.
Isnin – post mortem. dari Langkawi ke UKM, 7PM.
Selasa – sampai UKM 6AM. 10AM ke Johor Bahru dengan ofee, nash, farine. sampai JB 2PM terus bertukar dari viva ke camry memandangkan abah and adik-adik dah keluar dari rumah untuk monthly banks visit (baca: bayar hutang kereta, hutang rumah, bill credit cards). 5PM – home sweet home. 9PM keluar jalan-jalan, biar badan penat dan tulang bagaikan mahu tercabut dari sendi; memandangkan itu saja masa yang ada untuk lepas rindu dekat JB.
Rabu – 1AM sampai rumah. 11AM gerak ke Kelantan. 8PM sampai Salor.
Khamis – makan besar bersama family. cousin dapat bonus 7 bulan setengah haruslah belanja.
Jumaat – KB Mall dari petang sampai malam mencari barang untuk T.
Sabtu – 2PM ke rumah makcik di Pahang. jam gila sebab dekat Kuala Krai ada road block.
Ahad – 12AM sampai Bentong. 12PM ke Gombak. 2PM sampai Bangi. jumpa internet terus copy beribu gambar dekat Facebook sempena projek Langkawi.

cuti semester paling penat setakat ni.

rindu bangun Subuh dengar azan sebelah rumah, kucing duduk betul-betul depan mata, seekor kucing lagi peluk kaki taknak lepas, N peluk pinggang tidur berdengkur macam orang tua.
rindu nak makan akok Kampung Salor.
rindu nak kena cekau dengan anak kucing makcik.
rindu bergelak tawa dalam kereta bersama famili.
rindu nak update twitter via abah's Blackberry sebab tak mampu nak beli sendiri.
rindu nak dengar abah gelak, marah, merungut.
rindu nak manja-manja dengan ma.
rindu nak ngecek phone T sebab nak main game.
rindu nak sakat M sebab dia gemok mok mok macam pau.
rindu nak gaduh-gaduh dengan N.

risau nya'i sakit dekat Batu Pahat. tolong jangan jadi apa-apa sekarang. panjangkan usianya ya Allah. takut tak sempat tatap buat terakhir kali. terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi.

semalam cakap dekat ma,
kalau tiba-tiba ma and abah tak ada akak tak tau nak buat apa.
ma suruh fikir dari sekarang apa nak buat :'(

series on hold. cuti empat bulan nanti baru aku bereskan segala yang tertangguh.

penat badan tak habis, penat hati pulak :/

psst… babe, i taknak buat tapi… cuba bayangkan kalau i buat apa yang you buat… you sakit hati tak? renung-renungkan dan selamat menggatal.
Post a Comment