20110216

Ramalan Kaji Cuaca #5 #6

blog sangat jujur

blog mencerminkan diri sebenar

aku tak faham macam mana orang boleh hidup dengan menipu. aku pernah cuba tapi tak lama bertahan. sebulan je kot lepas tu aku come clean. aku memang tak pandai nak menipu. kalau aku cuba pun… last-last aku akan confess juga. true story.

always try to keep it real. takde propa-propa. kalau aku happy aku cakap. kalau aku tak cakap tak bermakna aku tak happy. takkan everything aku nak bagi orang baca?
hidup dalam kepura-puraan adalah memenatkan ok. cukuplah in real life je kena berlakon like everything’s fine.

aku suka memendam perasaan tapi benda tu memenatkan. ada masa aku meletup. like a volcano. aku pernah cakap dekat someone right to her face, "aku tak suka kau lah!". masa tu dah tahap menyampah infiniti. bila aku fikir balik, kejam sangat benda tu.

jujurnya sekarang ni aku tengah sakit hati dengan orang yang cakap tak serupa bikin. ahh. tanyalah sesiapa pun kalau mereka di tempat aku. respon mesti sama. hati mesti tercalar, terguris, terhiris, terluka. pedih macam ditusuk objek tumpul tiga ratus empat puluh tujuh kali di seluruh badan.
bleed to death.
Post a Comment