20110222

PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

22 – 15? 23 – 14? aku pun tak sure. banyak sangat maklumat. yang penting GM menang. or maybe kat tempat lain panggil Pro-M. sama je. keputusan rasmi boleh tengok dekat sini. cuma dalam tu tak tahu siapa GM, siapa ASPIRASI, siapa calon bebas. kalau nak tahu refer sendiri dekat sini.

ramai yang terkejut dengan pengumuman ni. apa punca kekalahan ASPIRASI?
ini pendapat aku je based on what i saw and heard today.

1. kurang berkempen/kempen tak efektif. malam nak mengundi baru ada yang datang bilik aku. tak adalah datang pun. masukkan flyers bawah pintu je pun. budak GM siap ketuk bagi salam senyum manis memang dia hantar stok-stok cantik je. padahal KKM tu banyak gila bilik ketuk satu-satu gigih! tapi nak kata kurang pun, GM siap kena halang berkempen kat certain kolej padahal setahu aku dah ada kebenaran this year. menang pulak kan.

2. calon-calon this year tak berapa nak handsome/cantik. serius ramai gila yang cakap benda ni. tak menang pasal tak handsome. handsome sangat ke calon GM? does this mean that selama ni orang pilih ASPIRASI sebab diorang handsome? entah. tapi tengok lah yang dapat undian paling tinggi kerusi UMUM 1/2. handsome! desas-desus mengatakan ramai yang dah jatuh hati kat dia semenjak muka terpampang dekat kertas undi. ye kitorang memang shallow tapi kengkadang manifesto diorang semua entah apa-apa so terpaksa lah pilih calon based on benda-benda yang superficial.

3. calon yang menang last year tapi dia tak buat kerja dengan baik so orang taknak undi dia dah this year. sebab ada ya calon yang bertanding lagi dan kalah. benda ni pernah je jadi last year. cakap pung pang pung pang tapi kerja nan hado! haruslah kena caras.

4. mentaliti pengundi - "oh, takpelah kalau aku pangkah GM pun. nanti ASPIRASI juga yang menang". ni aku dengar dalam bas ye ada seorang perempuan ni cakap. aku pun tak kenal, bukan budak fac aku. lepas tu bila member dia cakap GM menang dia macam terkejut sebab katanya dia tak dapat online malam tadi LOL

5. MPP GM last year cakap pasal kebullshitan statement "siapa tak undi ASPIRASI kena buang kolej". dia tak ada lah cakap bull shit, tu ayat aku je. aku rasa benda tu salah satu sebab kenapa ada calon GM tahun 1/2 yang menang this year. selalunya aku rasa, tak kira lah betapa bagusnya calon, kalau dia GM, memang tak dapat lah nak undi sebab takut kena buang kolej. kalau nak undi juga, mix dengan calon ASPIRASI. kerusi UMUM 3/4 tu memang selalu je GM menang. mana nak takut dah majority dah nak blah dari UKM.
sebenarnya betul tau kes buang kolej ni. aku rasa, kalau kau nak undi sesiapa, undi je lah. kalau nak stay kolej, tak payah nak tunjuk fanatik sangat lagi-lagi kalau duduk kolej yang pengetua kuat ASPIRASI. unless kau memang jentera GM, tak boleh nak buat apa lah kan. macam member aku pergi pengumuman keputusan PRK last year and then dok lepak dekat side GM. pengetua dia ternampak, tahun depan terus kena campak padahal dia antara yang paling aktif join segala aktiviti kolej.

on a serious note, maybe ramai yang dah sedia atau nak merasa duduk bawah GM. ASPIRASI dah 7 tahun. bagilah can kan. jangan lah psiko sangat bila kalah je habis fail kat bilik PMUKM korang sembunyikan. oh. pasal fail ni aku dengar cerita je. aku tak nampak so, aku pun tak sure. semua dah besar, pilih sendiri apa yang korang nak percaya ok?

and bak kata member aku, semua ni ketentuan Tuhan. kun fayakun.*

siapa pun yang menang, kalau diorang tak buat kerja and situation jadi lagi teruk, kita OUT kan diorang next year. aku ada at least setahun lagi kat sini. kot-kot aku sambung LLM, mengundi lagi. almaklumlah, sekarang dah ada kerusi PASCASISWAZAH.

orang yang aku undi semalam ada yang kalah ada yang menang. yang kalah tu, sorry, tangan aku tak ONG kot.

psst… tak sabar nak mengundi pilihan raya umum pulak. tak pernah merasa lagi.
*“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
Post a Comment