20110222

PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

22 – 15? 23 – 14? aku pun tak sure. banyak sangat maklumat. yang penting GM menang. or maybe kat tempat lain panggil Pro-M. sama je. keputusan rasmi boleh tengok dekat sini. cuma dalam tu tak tahu siapa GM, siapa ASPIRASI, siapa calon bebas. kalau nak tahu refer sendiri dekat sini.

ramai yang terkejut dengan pengumuman ni. apa punca kekalahan ASPIRASI?
ini pendapat aku je based on what i saw and heard today.

1. kurang berkempen/kempen tak efektif. malam nak mengundi baru ada yang datang bilik aku. tak adalah datang pun. masukkan flyers bawah pintu je pun. budak GM siap ketuk bagi salam senyum manis memang dia hantar stok-stok cantik je. padahal KKM tu banyak gila bilik ketuk satu-satu gigih! tapi nak kata kurang pun, GM siap kena halang berkempen kat certain kolej padahal setahu aku dah ada kebenaran this year. menang pulak kan.

2. calon-calon this year tak berapa nak handsome/cantik. serius ramai gila yang cakap benda ni. tak menang pasal tak handsome. handsome sangat ke calon GM? does this mean that selama ni orang pilih ASPIRASI sebab diorang handsome? entah. tapi tengok lah yang dapat undian paling tinggi kerusi UMUM 1/2. handsome! desas-desus mengatakan ramai yang dah jatuh hati kat dia semenjak muka terpampang dekat kertas undi. ye kitorang memang shallow tapi kengkadang manifesto diorang semua entah apa-apa so terpaksa lah pilih calon based on benda-benda yang superficial.

3. calon yang menang last year tapi dia tak buat kerja dengan baik so orang taknak undi dia dah this year. sebab ada ya calon yang bertanding lagi dan kalah. benda ni pernah je jadi last year. cakap pung pang pung pang tapi kerja nan hado! haruslah kena caras.

4. mentaliti pengundi - "oh, takpelah kalau aku pangkah GM pun. nanti ASPIRASI juga yang menang". ni aku dengar dalam bas ye ada seorang perempuan ni cakap. aku pun tak kenal, bukan budak fac aku. lepas tu bila member dia cakap GM menang dia macam terkejut sebab katanya dia tak dapat online malam tadi LOL

5. MPP GM last year cakap pasal kebullshitan statement "siapa tak undi ASPIRASI kena buang kolej". dia tak ada lah cakap bull shit, tu ayat aku je. aku rasa benda tu salah satu sebab kenapa ada calon GM tahun 1/2 yang menang this year. selalunya aku rasa, tak kira lah betapa bagusnya calon, kalau dia GM, memang tak dapat lah nak undi sebab takut kena buang kolej. kalau nak undi juga, mix dengan calon ASPIRASI. kerusi UMUM 3/4 tu memang selalu je GM menang. mana nak takut dah majority dah nak blah dari UKM.
sebenarnya betul tau kes buang kolej ni. aku rasa, kalau kau nak undi sesiapa, undi je lah. kalau nak stay kolej, tak payah nak tunjuk fanatik sangat lagi-lagi kalau duduk kolej yang pengetua kuat ASPIRASI. unless kau memang jentera GM, tak boleh nak buat apa lah kan. macam member aku pergi pengumuman keputusan PRK last year and then dok lepak dekat side GM. pengetua dia ternampak, tahun depan terus kena campak padahal dia antara yang paling aktif join segala aktiviti kolej.

on a serious note, maybe ramai yang dah sedia atau nak merasa duduk bawah GM. ASPIRASI dah 7 tahun. bagilah can kan. jangan lah psiko sangat bila kalah je habis fail kat bilik PMUKM korang sembunyikan. oh. pasal fail ni aku dengar cerita je. aku tak nampak so, aku pun tak sure. semua dah besar, pilih sendiri apa yang korang nak percaya ok?

and bak kata member aku, semua ni ketentuan Tuhan. kun fayakun.*

siapa pun yang menang, kalau diorang tak buat kerja and situation jadi lagi teruk, kita OUT kan diorang next year. aku ada at least setahun lagi kat sini. kot-kot aku sambung LLM, mengundi lagi. almaklumlah, sekarang dah ada kerusi PASCASISWAZAH.

orang yang aku undi semalam ada yang kalah ada yang menang. yang kalah tu, sorry, tangan aku tak ONG kot.

psst… tak sabar nak mengundi pilihan raya umum pulak. tak pernah merasa lagi.
*“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

20110221

Somewhat Different : Black Swan [2011]

I went to PETRONAS Art Gallery. There's this exhibition going on until March that would make you feel like you're at IKEA-like store. So, if you happen to be at KLCC and you're feeling bored, go there and be inspired.

Somewhat Different Petronas Art Gallery KLCC

Somewhat Different Petronas Art Gallery KLCC


Black Swan tickets

Black Swan is a painfully beautiful movie. When i say pain, I really mean it. There's a lot of scenes that made us cringe and cover our eyes. Some scenes were terrifying, heck, Nina's mom was scary! But I LOVE the dance bits. The acting was superb. Natalie Portman was amazing. Mila Kunis was talented and beautiful. LOVE LOVE LOVE Black Swan!

Unfortunately, Cuen's wrist got worse to the point that she can't even move her right hand! I almost panicked but she's so cool about it I'm starting to feel that I'm overreacting. Get well soon babe and don't forget to see a doctor! I'm sorry :(

Thomas Sabo catalogue


Sad story aside, I didn't buy anything except for food and the movie tickets but i picked up a Thomas Sabo's catalogue from the concierge. Love the graphics. It's too cool to sit at the shelf with other not-so-cool brochures.

20110220

Papa John's

Papa John's Jusco Cheras

Papa John's Jusco Cheras

Papa John's Jusco Cheras

Papa John's Jusco Cheras

Papa John's Jusco Cheras


Had lunch at Papa John's on Maulidur Rasul with Kak Bie. The food was good and reasonably priced. I'll definitely order the Pepperoni & Mushroom Pizza Pocket if I'll ever eat there again. It was delish! Other than that, we had the Chicken & Mushroom Baked Rice, Breadsticks, Baked Seafood Deluxe Pasta, and a Half and Half (Simply Cheese & Texas Heat). We also had a taste of the pickled peperoncini – not liking it though.

Thanks to Kak Bie for bringing us jalan-jalan cari makan. We had so much fun! <3 And sorry if our bickering annoys you. Bickering is certainly our thing, kan babe? ;)

psst… Jenny – The Click Five

20110219

Ramalan Kaji Cuaca #8

comel masa baby

masa kecik siapa yang tak cute? oh ada aku pernah nampak a few baby pictures yang macam tak sangka ada baby sehuduh tu.

berbalik kepada topik 'aku comel time kecik', ada budak batch aku yang agak handsome juga lah pernah secara terang-terangan tanya kenapa masa kecik aku cute tapi sekarang dah tak cute. kejujuran dia membunuh! eh tak lah main-main je. tak mati lagi. aku gelak jelah dengan statement tu. nak buat macam mana kan? kalau semua orang cute siapa yang nak jadi the ugly sister.

whateverpun, kecomelan kita adalah hasil daripada gabungan parents kita yang comel.

abah 7 years old  

ma 7 years old

abah - front row, third from left.

ma - the one on the left.


 happy birthday ma, abah. sayang sangat-sangat dekat both of you. miss you. and rindu adik-adik jugak *homesick

20110217

Ramalan Kaji Cuaca #7

co-operative dalam kerja berkumpulan


aku bukan jenis orang yang ada opinion sendiri. most of the time aku seorang follower. i’m not good in directing people. dan aku rasa perlu untuk cooperate sebab aku sangat banyak kekurangan. aku takut performance aku akan effect marks group mates.

the problem is, aku sangat lemah bab presentation. seriously. gagap. cakap terlalu laju. aku tak boleh nak relax. jealous tengok kawan-kawan aku yang cool je time present. ni bukan jealous and dengki tapi jealous and in awe. rasa bersalah gila everytime after present. as if aku dah let my group mates/partner down.

whatever it is, i really need to do something about it. maybe kena berlatih bercakap depan cermin?

dan esok aku ada presentation Labour Law dengan ira and kak safa. oh seram.

wish me luck peeps!

20110216

Ramalan Kaji Cuaca #5 #6

blog sangat jujur

blog mencerminkan diri sebenar

aku tak faham macam mana orang boleh hidup dengan menipu. aku pernah cuba tapi tak lama bertahan. sebulan je kot lepas tu aku come clean. aku memang tak pandai nak menipu. kalau aku cuba pun… last-last aku akan confess juga. true story.

always try to keep it real. takde propa-propa. kalau aku happy aku cakap. kalau aku tak cakap tak bermakna aku tak happy. takkan everything aku nak bagi orang baca?
hidup dalam kepura-puraan adalah memenatkan ok. cukuplah in real life je kena berlakon like everything’s fine.

aku suka memendam perasaan tapi benda tu memenatkan. ada masa aku meletup. like a volcano. aku pernah cakap dekat someone right to her face, "aku tak suka kau lah!". masa tu dah tahap menyampah infiniti. bila aku fikir balik, kejam sangat benda tu.

jujurnya sekarang ni aku tengah sakit hati dengan orang yang cakap tak serupa bikin. ahh. tanyalah sesiapa pun kalau mereka di tempat aku. respon mesti sama. hati mesti tercalar, terguris, terhiris, terluka. pedih macam ditusuk objek tumpul tiga ratus empat puluh tujuh kali di seluruh badan.
bleed to death.

20110215

mengunyah selagi boleh

sangat mengidam nak makan Pizza Hut. blame my parents. sepatutnya masa cuti lepas diorang bawa makan Pizza. everytime balik Johor Bahru tak pernah miss makan dekat Pizza Hut. at least sekali sebulan makan dekat Pizza. yang tak boleh blah nya, hari ni balik kolej, lusanya diorang pergi makan Pizza Hut. padahal dah tau tu aku nak makan tapi tak dapat eii siap tag-tag gambar isy tak boleh jadi ni… beli sendiri je lah kan macam ni. 

Pizza Hut Pavilion Bukit Bintang
tak mampu nak pakai Blackberry mahupun iPhone. Nokia X5-01 je.

Pizza Hut Pavilion Bukit Bintang
Deli Wings WAJIB!

Pavilion Bukit Bintang
placing tepi pokok plastik.

Pavilion Bukit Bintang
siapa kata kulit aku flawless memang rabun tahap hampir hilang deria penglihatan. muka penuh bintat. nyamuk memang suka gigit muka i.

Bukit Bintang
OMG panas gila Malaysia nih! *wipe peluh dekat muka*

Starbucks Times Square
 bingkai lama. kaca baru.

balik sahaja dihadiahkan dengan berpinggan-pinggan makanan. sayang betul korang kat aku kan. mesti taknak aku mati kelaparan duit dah habis berjalan-jalan di siang hari tak mampu nak beli dinner.

unbaked lemon cheese cake

unbaked lemon cheese cake w/o lemon sebab tak jumpa lemon and tak berapa nak keras sebab tak sempat nak beku. tak puas makan. ada peach kat atas cake whoa suka suka suka. ini hasil air tangan suraya anuar *hye suraya! cake kau sedap gila woh!* dia memang pakar manisan.

pasta carbonarapasta carbonara

carbonara hasil titik peluh 'intan' a.k.a zahidah. nampak tak best sebab aku yang tak berapa nak pandai amek gambar *nasib bukan aku punya DSLR kalau tak mesti kena kutuk camera mahal talent zero* tapi sebenarnya sedap. hot dog agak masin for my liking tapi orang lain cakap tambah garam. mak aih korang ni darah tinggi lah kalau macam ni.

20110214

Ramalan Kaji Cuaca #4

*Ramalan Kaji Cuaca adalah satu segmen khas bersempena dengan main nombor dekat Facebook


menumpang bilik member


ni lah salah satu kepentingan kenapa kita kena ada kawan satu kolej. apa-apa hal emergency, kita boleh minta tolong. kalau tak ada buku boleh pinjam. banyak kali juga aku menumpang bilik orang. pasal krisis dalaman. pasal tak ada air. pasal tangki air pecah masa bulan puasa.

truth is, aku rasa agak segan nak menumpang. rasa macam aku menyebok lagi-lagi time diorang ada kerja.

baru-baru ni aku dengar luahan perasaan member aku yang terganggu dengan someone yang menumpang bilik dia. ada juga before this aku dengar pasal orang yang menumpang tu buat bilik jadi sempit, tak selesa. or maybe pasal orang tu badan berbau??

that’s why aku risau menumpang ni. kot-kot tuan bilik dok mengadu kat orang lain cakap aku kacau diorang ke. aku dahlah tidur berdengkur. that’s why kalau boleh, aku memang elak tidur bilik orang lain. cukuplah room mate aku je yang kena put up dengan aku.

apa-apahal pun, sangat bersyukur ada orang yang sudi tumpangkan aku walaupun aku rasa bersalah sebab kacau suasana tidur diorang. huhhu

-

i'm using my scholarship money to invest on something. insyaAllah everything will be fine and i don't have to starve at the end of this semester because of the investment. nak back out pun dah tak boleh. sacrifice has been made.

20110211

homesick kuasa dua

Kelantan was not bad. I was exaggerating because i miss Johor Bahru more at the time I wrote that entry. the thing is, aku suka Kelantan bila aku bukan stuck dalam rumah. be it at KB Mall, KB Trade Centre, Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Pasar dekat Pasir Mas tu, sawah belakang rumah… mana-mana lah. semuanya best. but i really wish that i can stay at JB much much longer. 20 hours in two months is not enough!

rindu nak dikejutkan oleh azan Subuh, nampak kucing depan mata. comel je dua-dua.

rindu nak breakfast Kelantan-style. akok lah, nasi dagang, nasi berlauk, pulut, kelapa dengan kacang merah. picture above is of akok Salor. sehari dia buat sampai 4000++ keping. dari pukul 2AM dah start masak. Ayah Ngah tempah two-days before pun dapat part-part yang hangus. dia jual murah sikit lah kan. hangus pun still sedap, lemak, ada umpph! the same day nampak mell tweet makan akok Salor jugak. hehe :)

rindu N adik bongsu ku. hari tu, masa main game dia cakap aku favourite artist dia (dalam Dance Fabolous kena isi siapa favourite artist. aku letak Britney). nampak sangat dia sayang kat aku. aish.

teringin nak bela kucing lepas melayan kittens kat rumah makcik. mak aih. ganas sangat-sangat suka hati main gigit-gigit cakar-cakar kaki, jeans, bag orang tau. sakit, tapi best. comel je. tapi ada ke masa nak bela? pandai ke aku jaga? cats can be a bit high maintenance. silap-silap nak bagi makan kat dia, aku yang kebulur.

this time last week, i'm still at Kelantan. I can't remember what I was doing at that time. baru balik dari KB Mall ke ek? entah. tapi it's still better than sitting here, in my room at college in front of the laptop, typing gibberish things *blah* FML!

20110210

on a lighter note…

1 Februari 2011
"ma and abah bagi tak keluar malam?"
berbelah bahagi nak jawab sebab takut nak minta permission although i'm pretty sure my parents won't mind. aisy. tapi esoknya nak balik Kelantan… so (lepas dapat permission), apa kata kita enjoy dulu! :)

Karaoke at Ali Baba Giant Tampoi

Shopping Bazar JB
new babies from Bazar JB.

tau-tau je pukul 1AM

- really need to work on my mood swings. kejap-kejap nak marah. kesian orang lain dok tertanya-tanya what's wrong with me. mesti diorang pun dah bosan. sorry! :/

- worn the navy blue ilsya hijab way too much! sedap gila pakai but i don't really like the printed one i wore masa last day at Langkawi. note to self: need to buy more plain ilsya hijabs!!! tunggu dapat rezeki terpijak lah kot. bukan murah benda tu…

- had so much fun the last time i was out and about at JB tercinta *thank you semua tapi especially you lah kan haha*. nak rindu JB tapi takut sebab nanti practical kat sana 6 weeks ulang alik from rumah to bandaraya larat ke? mesti nak muntah dah time tu. seriously, JB heaven and hell ku.

psst… dah tukar layout sebab bo-fo-san-fan. header seperti gambar dalam entry. tukar black & white saja :) [Please Don't Go – Mike Posner]

20110209

I'm just a notch on your bedpost but you're just a line in a song

 

now that I've finally managed to pull out all the knives and daggers from my back, Facebook deletion cancelled & Twitter re-opened to everyone *tweets not protected*. yeah. I'm trying to let go. still holding a grudge (still bleeding from all the backstabbing) but it doesn't really matter anymore. people talk shit all the time so if the shits on me once in awhile, let it be. it's none of my business after all.

 

 

 

psst… a little reminder for all the haters –> read me.

20110208

Versi Saya Sayang FUU VIII

gambar-gambar milik rakan-rakan dicopy-paste dari Facebook. susulan kepada entry ini! *untuk kepuasan maksimum, sila baca simultaneously dengan entry ini.

Jumaat – Sabtu
UKM – Kuala Perlis – Langkawi

Langkawi Malay Reserve Land FUU Research
Langkawi Malay Reserve Land FUU Research

BBQ – Pool Party bertemakan bitch beach

Langkawi Malay Reserve Land FUU Research
Langkawi Malay Reserve Land FUU Research
Langkawi Malay Reserve Land FUU Research
momen Taylor Swift ku. kepada sesiapa yang curious, aku dapat anugerah fashionista. ok boleh muntah sekarang *_*


20110207

seminggu – the aftermath

*cerita dulu. gambar kemudian.
Jumaat – ke  Langkawi, 10PM.
Sabtu – sampai Langkawi 9.30AM. meeting, discussion.
Ahad – ke Kampung Temonyong/Temoyong & Pantai Chenang 2PM – 6PM.
Isnin – post mortem. dari Langkawi ke UKM, 7PM.
Selasa – sampai UKM 6AM. 10AM ke Johor Bahru dengan ofee, nash, farine. sampai JB 2PM terus bertukar dari viva ke camry memandangkan abah and adik-adik dah keluar dari rumah untuk monthly banks visit (baca: bayar hutang kereta, hutang rumah, bill credit cards). 5PM – home sweet home. 9PM keluar jalan-jalan, biar badan penat dan tulang bagaikan mahu tercabut dari sendi; memandangkan itu saja masa yang ada untuk lepas rindu dekat JB.
Rabu – 1AM sampai rumah. 11AM gerak ke Kelantan. 8PM sampai Salor.
Khamis – makan besar bersama family. cousin dapat bonus 7 bulan setengah haruslah belanja.
Jumaat – KB Mall dari petang sampai malam mencari barang untuk T.
Sabtu – 2PM ke rumah makcik di Pahang. jam gila sebab dekat Kuala Krai ada road block.
Ahad – 12AM sampai Bentong. 12PM ke Gombak. 2PM sampai Bangi. jumpa internet terus copy beribu gambar dekat Facebook sempena projek Langkawi.

cuti semester paling penat setakat ni.

rindu bangun Subuh dengar azan sebelah rumah, kucing duduk betul-betul depan mata, seekor kucing lagi peluk kaki taknak lepas, N peluk pinggang tidur berdengkur macam orang tua.
rindu nak makan akok Kampung Salor.
rindu nak kena cekau dengan anak kucing makcik.
rindu bergelak tawa dalam kereta bersama famili.
rindu nak update twitter via abah's Blackberry sebab tak mampu nak beli sendiri.
rindu nak dengar abah gelak, marah, merungut.
rindu nak manja-manja dengan ma.
rindu nak ngecek phone T sebab nak main game.
rindu nak sakat M sebab dia gemok mok mok macam pau.
rindu nak gaduh-gaduh dengan N.

risau nya'i sakit dekat Batu Pahat. tolong jangan jadi apa-apa sekarang. panjangkan usianya ya Allah. takut tak sempat tatap buat terakhir kali. terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi.

semalam cakap dekat ma,
kalau tiba-tiba ma and abah tak ada akak tak tau nak buat apa.
ma suruh fikir dari sekarang apa nak buat :'(

series on hold. cuti empat bulan nanti baru aku bereskan segala yang tertangguh.

penat badan tak habis, penat hati pulak :/

psst… babe, i taknak buat tapi… cuba bayangkan kalau i buat apa yang you buat… you sakit hati tak? renung-renungkan dan selamat menggatal.