20110103

kosong

macam mana nak kawal kemarahan?

nak kawal emosi?

nak kawal tahap jealousy?

dia bukan siapa-siapa. aku bukan siapa-siapa.

 

 

frust bila everytime tak ada apa-apa terus dia jadi tak benci orang yang dia benci. terus add kan awak kan? *sigh*

 

kenapa aku tak ada scandal macam tu ek? kenapa takde orang yang nak bersayang-sayang-sayang sampai melayang dengan aku?

bosannya bila tak tau nak sayang siapa. bosannya tak boleh nak balas balik. bosannya sakit hati sorang-sorang. bosannya bila teringat kisah lama and then rasa nak nangis tapi semalam baru lepas nangis teresak-esak sampai selesema batuk and nak demam sebab tengok Sepi. takkan malam ni nak tengok lagi? penat tau nangis *sigh*

 

mengeluh je naima ni.

 

apa nak buat ni?

 

nak tidur dan sambung mimpi semalam. dalam mimpi aku ada boyfriend berpangkat doktor. i would love to stay in my dreams. takde siapa-siapa yang reti buat inception ke?

takde siapa-siapa yang ada machine nak erase certain memories macam dalam eternal sunshine of the spotless mind ke?

tolong aku buang perasaan please. aku benci rasa macam ni. sakit gila. macam ada gunting terpacak dekat ulu hati. tolong cabut gunting tu. aku nak rasa kosong.

 

 

p/s: teruslah gelakkan i babe. i tau u nak gelakkan i. selamat menempuh dunia baru, hidup baru without me. best kan?

Post a Comment