20110127

it's the final countdown

OMG. tak sangka Sabtu ni aku bakal menjejakkan kaki ke Langkawi. OMGOMGOMGOMGOMG.

excited gila ok! after sebulan caci maki penat lelah baca artikel, buat draft, pinda pinda pinda, tuesdays yang macam gampang stay dekat fakulti 9AM sampai 11PM… AKHIRNYA… tibalah masa untuk kita semua turun padang dan berjumpa dengan penduduk Langkawi untuk menjalankan penyelidikan kita berkenaan dengan Tanah Rezab Melayu dan impak perundangan dan status Geotaman kepada sosioekonomi Langkawi.

*suka hati aku je tukar tajuk kajian. lantaklah, aku malas nak tengok balik kertas kerja.

sekarang ni tengah pening kemas baju. rasa macam semua benda nak bawak. rasa macam susahnya nak matchingkan baju dengan kasut dengan shawl dengan handbag and at the same time, pack light. benda-benda macam ni memang aku fail. maybe aku kena join Kendi's 30 for 30 challenge baru boleh master this mix and match thingy. hehe

gerak pukul 8PM esok, 28 Januari. insyaAllah sampai Langkawi 29 Januari. 30 Januari buat research. 31 Januari, start cuti and insyaAllah aku akan sampai Bangi subuh, 1 Februari.

nak mintak tolong semua yang tengah baca blog ni tak kisahlah baru first time ke, silent readers ke, pengkomen/pembaca tegar ke, yang suka kutuk aku ke, yang sayang aku ke… tolong doakan kitorang yang nak pergi Langkawi ni selamat sampai ke Langkawi and selamat kembali ke rumah masing-masing after research selesai. tiga bas weyh. please pray for our safety!!!

oh. dan doakan kejayaan kajian kitorang jugak. 60% tu markah. banyak tu.

(doa)

amin amin ya rabbal alamin. terima kasih banyak-banyak korang :D


psst… second year dah promote dinner fac. yes yes yes. another event yang buat aku sayang kat fakulti. tak sabar nak pergi Anugerah CHENTA – CHENTA tu akronim dan bukan perkataan yang sengaja dirempitkan ok. akronim untuk apa? haaa itu yang kita tak tau! ;)
Post a Comment