20110130

saya nak komplen III

dari semalam lah aku down.

1. semalam down pasal 'bantahan'. pergh. bukan aku yang nak dowh benda tu. orang yang bagi. time orang cakap 'saya bantah' tu memang aku down. situation dia ala-ala Taylor Swift tengah buat acceptance speech and then kena kacau dengan Kanye West kat MTV VMA 2009. terus rasa macam nak campak je benda alah tu kat dalam swimming pool. alah alah. aku pun tak rasa aku layak lah. tapi orang panggil nama aku la sial. bukan aku yang mintak. pundek. cibai. semua macam pantat. 


2. regarding research,

FYI, aku yang lukis-lukis kat kertas komen tu. and sumpah aku nak tarik balik apa yang aku puji kat situ. mampos muka kau. komen pun bukan orang amek kira. baca and then buat gelak-gelak je baik aku lukis komik kat situ. still underestimate orang lain lagi. makin teruk ada lah. semua nak budget diorang tu bagus sangat. kau fikir orang bawah ni tak penting? menyusahkan? kau boleh buat semua kerja ni sorang lah ea? ni balik dari Langkawi banyak lagi kerja kitorang. nak menghadap muka kau lagi. huarghhhhhhhhhhhh stress!

meh aku nak cerita sikit pasal projek member aku kat USM. research juga. kat Kedah juga. masa yang sama juga. tapi bab-bab management semua lecturer/faculty yang uruskan. student just buat research. tak payah sibuk-sibuk nak uruskan orang lain. lagi senang nak assess. tak ada timbul isu ketelusan penilaian for 60% carry marks.


3. hari ni down dengan diri sendiri pasal aku sensorang tak keluar. bukan aku taknak. tapi orang yang ajak aku keluar tu nak balik lambat. aku ada kerja pukul 2PM. diorang pula tak ada. orang yang ada kerja pukul 2PM dah trip dengan orang lain. dah cukup orang. nak swimming tak reti. kalau duduk bilik ni confirm aku tidur. tidur lagi. sepanjang-panjang kat Langkawi ni kerja aku memang tidur je kan. nasib baik aku memang tak rasa nak shopping pun *sedapkan hati sendiri*


ohoi orang-orang Kampung Temoyong dan tourists dekat Pantai Chenang, tolong hiburkan hati aku walaupun kerja aku nanti leceh kena explain and isikan questionnaire untuk korang. ok Langkawi sangat bosan untuk aku. not worth the excitement pun.


psst... semua kat atas ni aku komplen pasal student je. kot-kot ada penyampai kan nak sampaikan kan kat lecturer kan. and kalau bukan kau yang buat benda-benda atas ni, sila jangan terasa. kalau kau buat, terasalah. i don't care. ini blog aku and aku nak komplen memandangkan private komplen yang aku bagi previously tak dilayan pun!

20110128

Ramalan Kaji Cuaca #3

pendam perasaan jadikan aku kuat

penat pendam perasaan. lama-lama boleh gila. tapi nak buat macam mana. tak semua yang ada dalam hati ni nak kena ekspresikan. takkan everytime aku marah aku nak mengamok. takkan everytime aku sedih aku nak kena menangis. bukan tak pernah marah orang, menangis depan orang ramai. banyak kali. nangis masa first break-up, nangis masa handphone hilang, nangis masa geram dengan someone. semua dekat library lepas tu satu library dengar. me ma lu kan.

most of the time, tak kira how miserable hidup aku, depan kawan-kawan aku try juga senyum. takkan asyik nak masam je kan? tapi kengkadang terlepas juga perasaan. obvious gila muka tengah tension. Alhamdulillah… even if member aku perasan muka aku menjeruk, diorang tak tegur. dah sedia maklum kot aku memang moody and aku tak suka orang tegur. maybe diorang niat baik memang concerned pasal aku but please, just let me be. aku boleh pujuk hati sendiri. no worries :)

20110127

it's the final countdown

OMG. tak sangka Sabtu ni aku bakal menjejakkan kaki ke Langkawi. OMGOMGOMGOMGOMG.

excited gila ok! after sebulan caci maki penat lelah baca artikel, buat draft, pinda pinda pinda, tuesdays yang macam gampang stay dekat fakulti 9AM sampai 11PM… AKHIRNYA… tibalah masa untuk kita semua turun padang dan berjumpa dengan penduduk Langkawi untuk menjalankan penyelidikan kita berkenaan dengan Tanah Rezab Melayu dan impak perundangan dan status Geotaman kepada sosioekonomi Langkawi.

*suka hati aku je tukar tajuk kajian. lantaklah, aku malas nak tengok balik kertas kerja.

sekarang ni tengah pening kemas baju. rasa macam semua benda nak bawak. rasa macam susahnya nak matchingkan baju dengan kasut dengan shawl dengan handbag and at the same time, pack light. benda-benda macam ni memang aku fail. maybe aku kena join Kendi's 30 for 30 challenge baru boleh master this mix and match thingy. hehe

gerak pukul 8PM esok, 28 Januari. insyaAllah sampai Langkawi 29 Januari. 30 Januari buat research. 31 Januari, start cuti and insyaAllah aku akan sampai Bangi subuh, 1 Februari.

nak mintak tolong semua yang tengah baca blog ni tak kisahlah baru first time ke, silent readers ke, pengkomen/pembaca tegar ke, yang suka kutuk aku ke, yang sayang aku ke… tolong doakan kitorang yang nak pergi Langkawi ni selamat sampai ke Langkawi and selamat kembali ke rumah masing-masing after research selesai. tiga bas weyh. please pray for our safety!!!

oh. dan doakan kejayaan kajian kitorang jugak. 60% tu markah. banyak tu.

(doa)

amin amin ya rabbal alamin. terima kasih banyak-banyak korang :D


psst… second year dah promote dinner fac. yes yes yes. another event yang buat aku sayang kat fakulti. tak sabar nak pergi Anugerah CHENTA – CHENTA tu akronim dan bukan perkataan yang sengaja dirempitkan ok. akronim untuk apa? haaa itu yang kita tak tau! ;)

20110126

Ramalan Kaji Cuaca #2

aku tak friendly up front

ni lah masalah aku. tak reti nak friendly dengan orang lain. even on the internet. kalau orang tak tegur aku memang aku takkan mula dulu sampai bila-bila. ada one time je kot aku ajak pakcik cab berbual sebab masa tu dah nak pukul dua pagi and dia ngantuk. karang tak berbual tertidur pula pakcik tu tak memasal accident.
actually, ada juga yang aku nak berbual tapi aku dapat rasa vibe yang dia taknak berbual dengan aku. dia malu kalau orang nampak aku berbual dengan dia. maybe aku ada buat something yang buat dia rasa uneasy and by talking to me in public it might jeopardize dia punya reputation/image/whatever?

entahlah kan. bak kata Dr. Anowar Zahid, 'everybody is different, that’s the beauty of it' (ayat lebih kurang. faham-faham sendiri saja lah).

*

sambil-sambil lipat baju.

oh well. maybe aku patut buang/simpan jauh-jauh/pulang balik semua ni. sebab kalau aku tiap-tiap hari guna/nampak/pegang macam mana nak let go ye dak?

woke up with a banging headache. my feet still feels weird. masuk angin perhaps. dah makan sekali sehari tak masuk angin apa pulak. pastu bila makin kurus complain. oh ya. last time i'm on the scale, i weigh 48kg. naik 2kg! yes!

maybe ada orang tengah kutuk aku sekarang. you and your minions and your baby kan. well, i tak friendly.

20110125

entry tak habis-habis

duduk depan laptop tekan F5 dekat Google Reader. macam orang gila.

because i've done all the tutorials for tomorrow. sikit-sikit but CAN DO! been trying to sleep since 10PM. CANNOT! sent texts to random numbers. because i've deleted your number so… cuba-cuba jaya je lah ye. memang gila.

kawan-kawan ada program kat Bagan Lalang.

nana ada kat UKM but, probably Konsert DiRaja memenatkan so… dia tak datang melawat. sumpah teringin nak dengar dia main violin. aisy.

tak ada tempat lain nak lepas geram. i'm Facebook-less, twitter-less, myspace-less.

tumblr tempat untuk cuci mata tengok perempuan bertudung yang cantik-cantik. bukan tempat emo.

ya. blog ni untuk emo. yeahhh! emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo.

makasih kawan. aku tau apa kau cakap tu betul. aku tau. sangat tau. tapi… aku sedih tahap yang tak stop sok sek sok sek dari tadi. meroyan…urgh aku sayang kau ok. jom teman aku makan kat chili's kalau aku ada duit lebih lah tapi. mestilah aku kena belanja kau kan?

 

 

 

hey! baru tiga hari dah jumpa baby baru? WOW! you're faster than Road Runner. if only my heart i can move at the speed of light!

20110124

Ramalan Kaji Cuaca #1

*bersempena dengan main nombor dekat Facebook suatu masa dahulu

blog tempat mengamok dan memaki hamun

emo dengan aku sinonim. dari form 2 dah dapat nick name emo from my friends. tapi dulu aku tak maki-maki sangat. ni entah start time bila belajar maki hamun ni. teruk, i know. i really need to learn how to control my temper.

this is quite embarrassing tapi… aku sebenarnya agak kaki pukul. i’m not talking about cubit-cubit manja yang batch mates aku selalu kena tu. aku rasa benda tu tak sakit pun. kaki pukul ni maksudnya aku sepak orang baling botol semua. time aku marah. memang aku buat macam tu. time kecik aku siap amek pisau kat dapur. psycho!

kawan-kawan aku sekarang (baca: intan a.k.a zahidah and suraya) kalau minta pendapat aku pasal something mesti start dengan ayat;
kak, aku nak mintak pendapat dari pemikiran kau yang psycho pasal… bla bla bla.
salah aku juga bagi diorang baca blog The Other Khairul tu :|

kalau ni program realiti cari jodoh dekat china yang tayang dekat ntv7 tu mesti semua calon-calon dah 
padamkan lampu tanda reject.

lantaklah. not in the mood pun for all that. frust dengan semua benda.
  1. you

  2. nana datang UKM for Konsert Diraja tapi aku dekat Langkawi.

  3. mesin ATM rosak tak ada cash sekarang ni.

  4. kerja menimbun malas nak layan

  5. badan buat hal memanjang semua benda nak sakit.

            lapar lah. belanja please. nak makan dekat kedai-kedai mahal dekat KLCC tapi duit tak cukup.


            psst… Cry Baby – Cee Lo Green | Grey's Anatomy 7x12

            20110123

            homesick!

            sedihnya.

            rupanya cuti ni diorang dah plan nak balik kampung. 2-6 Feb. gila? sepanjang cuti dekat kampung? pastu takkan tak balik JB langsung seyh. SEDIHNYAAAAA. rindu gila kat bilik. sedih :(((

            memang lah macam dah tak ada hati nak balik JB for now. tapi aku dah plan nak switch baju-baju aku kat sini dengan baju-baju kat rumah. dah bosan dengan baju kat sini. baju dinner tak siap iron lagi.  iron kat sini leceh tak ada stim susah nak iron sutera batik. kena lah siap-siap guna iron kat rumah. kalau dah kat kampung sepanjang-panjang cuti bila masa aku nak iron???

            balik Kelantan memang lama. kalau balik BP dua hari cukup. ni 5 hari. pastu terus balik UKM. lame gila cuti semester aku. baik tak payah cuti macam ni! aku lagi rela stay UKM tapi aku rindu gila kat rumah. rindu JB. rindu kat family. diorang naik KL next weekend. abah ada dinner SAJOHA. aku dekat Langkawi masa tu. menci nyaaaaaaaaaaaaaa.

            :'(

            20110121

            Versi Saya Sayang FUU VII

            BOWLING
            (2 Januari 2011)

            kejohanan bowling FUU at warta

            FUTSAL & NETBALL
            (19 Januari 2011)

            Festival Sukan Futsal & Netball FUU

            Festival Sukan Futsal & Netball FUU

            Festival Sukan Futsal & Netball FUU

            Festival Sukan Futsal & Netball FUU - Red Dragon

            -

            (more pictures here)

            i love my friends.
            i love red.
            and more often than not,
            i love my faculty.





            psst… this year first time buat sukan based on rumah sukan. before this memang ikut batch semata-mata. it was fun. kinda reminds me of 2005. *i miss the red girls. i miss school.

            20110116

            Ilsya Hijab x Let’s Rock Cancer

            out of curiosity aku cekalkan hati dan pejamkan mata je order ilsya hijab. bukan murah (from MYR38/each) and masa tu scholarship belum masuk. tapi takpe. kalau pasal selendang it’s ok untuk splurge.

            ilsya hijab navy blue

            i wore it last week masa pergi shopping dengan kak bie. and then after shopping pergi fetch jana dekat Bukit Jalil.  and then makan dekat Sri Nangka. and then pergi tengok konsert Let’s Rock Cancer dekat Dataran Gemilang UKM.

            Let's Rock Cancer UKM Tonawarna

            at the end of the day, aku tak menyesal langsung keluar duit lebih sikit beli ilsya hijab even though some might say lebih kurang dengan selendang cotton lycra tu SEBAB:
            1. material dia lain. lebih anjal *LOL. lebih kurang macam cardigan nichii yang lembik-lembik tu tapi tebal sikit. i like! 
            2. sangat panjang boleh tutup dada  

            3. tak panas and tak berpeluh. bila dia cakap ilsya hijab sesuai for cuaca dekat Malaysia dia tak tipu! 
            4. langsung tak pakai pin pun tak akan bergerak jauh selendangnya. 
            5. tak payah iron. 
            6. tengok orang lain pakai, macam best. teringin nak ada juga. 
            7. aku follow owner ilsya hijab. blog dengan twitter (dulu). puisi dia best. gambar tunang dia best. dia best. so hypothetically, selendang dia jual pun best. hipotesis terbukti betul.

            tapi ni opinion aku je lah. kalau korang lepas baca ni pergi order sekali bila dapat and pakai korang rasa tak best jangan lah marah aku pulak.

            20110114

            cengeng

            kena kuat. jangan nak mengada-ngada sangat. bukan susah pun hidup sendiri.

            ya, betul. sometimes it can get lonely.

            tengok orang berendek kau pun nak jugak. tapi bila ada someone kau jealous pula dengan orang-orang single. betul?

             

            .tak reti nak bersyukur

             

            hidup kau memang menyedihkan duu.  lembik. sudah lah (sila sebut dengan nada suara dan gaya elyana dalam video pre-wedding dia).

             

            hidup mesti diteruskan.

             

             

             

            p/s: ni bercakap dengan diri sendiri je. tolonglah jangan ada sesiapa yang touching. penat ah nak layan orang terasa.

            20110113

            suci dari make-up

            minggu lepas cabar diri sendiri tak pakai make-up the whole week, including weekends.



            hari-hari minggu memang tak mencabar pun sebab dah lah bangun lambat memanjang memang tak sempat nak bersolek. alah, apalah sangat. pergi kelas je pun.

            tiba hujung minggu. kak bie ajak pergi OU. selama ni mesti at least mascara. at least! tapi… nak buat camane. takkan nak kalah dengan diri sendiri.

            me and kakbie in the car


            shawl, shoes, chocs, skirt

            kinder joy

            M&S Redcurrant Puffs – BUY 2 FREE 1 MYR12.90M&S Milk Chocolate Turkish Delight MYR4.00 & Marzipan MYR5.00Cotton On skirt MYR15.00rubi shoes 2 for MYR60.00Kinder Joy MYR1.08 at 70% offshawl MYR0.00 – Ofee bagi :)

            seriously, Cotton On OU best gila. rambang mata tengok kasut and skirts ok. pakkal je scholarship belum masuk kalau tak haruslah grab lagi dua pasang kasut (starting from MYR15.00/pair) and berhelai-helai lagi skirt! :P

            20110112

            Anugerah Juara Lagu 25

            1. Yuna sangat cantik. setting stage, background, baju, makeup reminds me of an African woman in the Savanna (here). nangis dengar Cinta Sempurna.

            2. vokal Tomok, bak kata Kak Tasha, boleh improve. dance moves Korean style agak smart. rambut menggelikan.

            3. intro and ending A.P.I sumpah smart. IMO, performance diorang ala-ala Ghost Of You – My Chemical Romance; askar mati-mati gitu.

            4. Shahir tak best. Nasha Aziz sangat tetiba. room mate aku cakap dia baru baik sakit.

            5. intro Drama King meremangkan. Black tarik suara memang terbaik.

            6. Hafiz memang SUPRISE ok! ingatkan sebab baru lepas accident performance dia suam-suam je. sekali BANG! terkejut kau.

            7. Tolong Ingatkan Aku. favourite song sebab lirik dia yang puitis. luluh hati bila menghayati lirik bersekali dengan lakonan atas stage. nangis.

            8. Faizal Tahir – Selamat Malam sweet (dan nangis lagi sekali sebab FT), Hanyut sayu, music best. gimik for Hanyut terbaik TAPI, walau betapa sayang pun aku kat dia… aku still rasa impak last year’s performance (Bencinta) lagi WOW.

            9. Adira comel tapi suara dia so-so. yela lepas dengar FT nyanyi suara orang lain semua so-so. bias.

            10. music arrangement for Mencari Konklusi bikin remang juga. Ramli MS terbaik.

            11. slang Sam improved! suara pun dah tak sengau. two thumbs up for Bunkface! tapi muka dia macam sakit.

            12. Stacy’s Jahat punya performance tak segempak Aku Stacy.

            13. Black punya suara sedap tapi seems like dia tak all out…

             

            Siti Nurhaliza terbaik. baju macam tu, nyanyi lagu-lagu zaman muda-muda, tolak 10 tahun. dia agak tembam dan semakin comel.

             

            walaupun SANGAT SEDIH Faizal Tahir tak menang, nangis, tak dapat dinafikan Ana Raffali’s Tolong Ingatkan Aku memang terbaik dari segi lirik dan melodinya. suara Ana Raffali memang bukan yang paling sedap tapi, ni bukan pertandingan menyanyi. kalau korang tengok Disebalik Tabir AJL mesti korang faham kenapa lagu tu layak menang.

             

            kepada semua die hard fans FT, Rockensteiners sekalian, toksah lah sedih-sedih. Faizal Tahir tetap pemenang di hati kita semua.

            20110109

            REBLOG: When someone hurts my bestfriend…

            fqahaha:

            I’ll be like

            And you better watch out cause then I’ll be all like

            Then I’ll be like

            And then my best friend and I will be like

             

            i wrote a very long post about how i hate it when some bitches underestimate my friends. memang kena maki lah kan. lepas tu rasa macam jahat sangat nak publish. lepas tu jumpa benda alah ni kat tumblr. 

             

            kalau boleh memang nak main tolak-tolak, and bitch slap sorang-sorang anak luar nikah tu. diorang memang babi.

            20110107

            2007: Budak Tadika

            nametag yellow sticker rainbow nadhirah form 6 (credit: ca)

            nametag masa form 6 pakaikan dekat anak. lebih cun dari biasa sebab ada sticker rainbow. member-member pun letak stickers kat nametag tapi diorang punya meriah gila.

            kalau cik normala pernah cakap aku pinjam tudung budak tadika sebab tudung pendek nampak leher; member-member aku pula pernah kena compare dengan budak tadika sebab nametag diorang. kononnya tak matanglah kan nametag colourful.

            tak cool langsung cikgu cemtu.

            20110106

            The O.C. vs Gossip Girl

            masa sekolah dulu aku dok gila tengok The O.C. member-member aku sibuk dengan One Tree Hill. boh layan lah. sampai sekarang pun kalau aku download or copy OTH, bukan aku yang tengok.
            dah bertahun sebenarnya tunggu nak habiskan The O.C. sebab aku stuck kat tengah-tengah season 3. thanks to Yaya, FINALLY habis juga <3
            all in all, aku puas hati dengan ending cerita ni.
            actually The O.C. ni macam California’s version of Gossip Girl. adalah persamaan watak sana sini. producer dua-dua cerita orang yang sama, Josh Schwartz - which is also the producer of Chuck *just google-d about it while writing this*.
            (pictures from google) 
            Gossip Girl vs The O.C

            ada banyak lagi picture comparisons at CRUSHABLE & Unreality. tapi satu yang tak ada…

            (pictures from google)
            Gossip Girl vs The O.C
            Taylor Townsend vs. Juliet Sharp

            you can read more about ‘The O.C vs Gossip Girl’ at People.com & BuddyTV.

            till then, au revoir.

            20110105

            Sepi [2008]

            ada certain cerita kau tengok/baca for the second time dah tak se-feel the first time. tapi bagi aku, Sepi tak macam tu.

            bagi aku bila tengok semula, sebab dah tahu cerita dia, memang menangis almost throughout the movie especially part Imaan – Khalil – Ean.

            bisikku pada bulan
            kembalikan
                             temanku
                             kekasihku
                             syurgaku
            tanpa dia
            malam menemaniku
            sepi memelukku
            bulan
            jangan biar siang
            biar alam ini kelam
            biar ia sepi sepertiku

            tsk. :’(



            stress gila bila sedih tapi tak boleh nak nangis. selamat ada cerita ni dalam external.

            part Sufi say sorry kat Ashraf pun sedih. teringat abah cakap sorry masa hantar balik hostel a week after the accident that killed my sister

            apa-apa pun, Kabir Bhatia memang terbaik!****

            20110104

            DYK?: twitter

            before you lie about deactivating a.k.a deleting your twitter account, I think you should know that…

            1. deactivated account looks like this

            unlike Formspring and Facebook, once you deactivate your twitter account, you can’t reactivate it.

            deactivated twitter account


            on the other hand;


            2. active twitter account looks like this

            protected active twitter account

            …if the owner protect his/her tweets.

            20110103

            kosong

            macam mana nak kawal kemarahan?

            nak kawal emosi?

            nak kawal tahap jealousy?

            dia bukan siapa-siapa. aku bukan siapa-siapa.

             

             

            frust bila everytime tak ada apa-apa terus dia jadi tak benci orang yang dia benci. terus add kan awak kan? *sigh*

             

            kenapa aku tak ada scandal macam tu ek? kenapa takde orang yang nak bersayang-sayang-sayang sampai melayang dengan aku?

            bosannya bila tak tau nak sayang siapa. bosannya tak boleh nak balas balik. bosannya sakit hati sorang-sorang. bosannya bila teringat kisah lama and then rasa nak nangis tapi semalam baru lepas nangis teresak-esak sampai selesema batuk and nak demam sebab tengok Sepi. takkan malam ni nak tengok lagi? penat tau nangis *sigh*

             

            mengeluh je naima ni.

             

            apa nak buat ni?

             

            nak tidur dan sambung mimpi semalam. dalam mimpi aku ada boyfriend berpangkat doktor. i would love to stay in my dreams. takde siapa-siapa yang reti buat inception ke?

            takde siapa-siapa yang ada machine nak erase certain memories macam dalam eternal sunshine of the spotless mind ke?

            tolong aku buang perasaan please. aku benci rasa macam ni. sakit gila. macam ada gunting terpacak dekat ulu hati. tolong cabut gunting tu. aku nak rasa kosong.

             

             

            p/s: teruslah gelakkan i babe. i tau u nak gelakkan i. selamat menempuh dunia baru, hidup baru without me. best kan?

            20110102

            The Lone(ly) Ranger

            being alone is one thing. being lonely… hmm. dalam ramai pun boleh sunyi ok.

            1.
            FOS Midvalley Megamall


            berjalan seorang diri agak menenangkan sebenarnya. boleh jalan ikut suka hati nak masuk kedai sama dua tiga kali without having to worry menyusahkan orang lain yang penat berjalan. and then, you can eat all you want tak kisah mahal ke murah ke sebab makan sendiri-sendiri tak payah fikir orang lain. hujung bulan kalau takde duit pun kebulur sorang-sorang. tak best satu sahaja. tak boleh suruh orang amekkan gambar. kena snap kat cermin sembunyi-sembunyi

            2.
            Secret Recipe Midvalley Megamall

            aku makan dua tiga kali jugalah. besides gambar kat atas ni (black pepper lamb pie, chocolate indulgence, chocolate milkshake), aku makan yong tau fu and tomyam seafood dekat Portuguese something-something. kedai kat oasis food court sebelah machines yang agak famous jugalah. ramai orang makan kat situ. agak menyesal order tomyam seafood sebab manis sangat-sangat although i’m pretty sure indonesian yang masak bukan kelantanese. next time i’m sticking with the usual lala/udang or maybe pari/bawal. sotong dia tak best. kurus sangat.

            3.
            colourful shorts from Fashion Supermarket Midvalley Megamall


            these are shorts by the way. beli dekat Fashion Supermarket. baru perasan baju yang aku bawa pergi UKM semuanya membosankan. dress semua kat rumah. that’s why i bought something colourful.

            i’m thinking of wearing it lady fira style.

            Lady Fira shorts over skinnies(picture from BITS OF BEADS)

            see. comel an? hahahahahhaa. ok next week lah pakai cenggini :)