20101211

saya nak komplen

komplen #1

sekarang Facebook kalau komen kat picture ke, status ke, tulis kat wall orang ke, nanti dia appear sebijik-sebijik dekat profile.

CONTOH kalau aku pergi wall ofee pastu aku cakap “GEMOK!” pastu nanti dekat profile aku dia tulis under RECENT ACTIVITY -
“GEMOK!” on Nurul Farahana Ofee’s Wall.
ni CONTOH je tau. korang jangan lah pergi ngadu kat ofee. aku main-main je cakap dia gemok :P

so nanti macam semua kawan-kawan aku tau aku cakap ofee gemok.
cam tak ada privacy langsung weyh.


komplen #2

aku tak puas hati dengan imigresen.

hari tu dia cakap sijil kewarganegaraan aku tak laku and then nanti aku nak buat passport ada problem sebab birth cert aku bukan Malaysia punya birth cert.

fine lah. aku pergi dekat wisma JPN semalam nak uruskan pasal hal citizenship ni. aku naik tingkat 5. aku pergi amek nombor. aku cerita kat abang kaunter tu pasal apa yang orang imigresen tu cakap. abang kaunter tu mintak sijil kewarganegaraan aku. and then dia tengok pula birth cert aku. and then dia tekan-tekan kat keyboard dia cakap nama aku ada dalam sistem. TAK ADA MASALAH KALAU NAK APPLY PASSPORT!

aku macam… ‘seriuss???’. dia dengan cool nya jawab ‘tak ada masalah.’

AHOY! abang kaunter imigresen Pekan Rabu ni membazir masa aku je tau. suka hati je nak cakap aku punya sijil semua tak laku.


kalau aku ada duit aku nak protes dengan pindah balik negara asal taknak balik Malaysia lagi! tapi aku tak ada duit. haha. ok, berangan.
Post a Comment