20101223

dan aku memang penakut

aku memang suka fikir worst case scenario. pessimistic.

macam kalau lalu sebelah lori balak aku bayangkan tali yang ikat balak tu putus lepastu balak hempap kereta.

kalau lalu bawah tiang aku bayangkan tiang tu jatuh hempap kepala.

kalau jalan turun tangga/bukit aku bayangkan aku jatuh tergolek-golek ke bawah.

kalau tengok keretapi laju aku rasa macam nak kena langgar dengan keretapi.

kalau naik jejantas tengok bawah rasa macam nanti jatuh kena langgar dengan segala macam kenderaan.

dan macam-macam lagi paranoia yang lain.

kengkadang aku rasa aku gila.

 

p/s: disebabkan dewan kuliah tu memang tangga turun ke bawah and jalan ke blok aku memang turun bukit kena lalu bawah tiang, aku hidup dalam ketakutan setiap hari.

Post a Comment