20101226

1995/2010: fikir masak-masak

1995

ada satu drama ni. one guy nak berhijrah ke bandar kot… and then parents dia cakap ‘fikir masak-masak dulu sebelum kau pindah KL’. gitulah lebih kurang.
pelik. kenapa nak pindah tempat lain kena ‘fikir masak-masak’? fikir punya fikir… oh! maybe nak duduk sendiri-sendiri kena lah belajar masak. nanti senang kan nak makan semua. tak payah pergi makan kat kedai.

# a few years later baru aku tahu maksud sebenar ‘fikir masak-masak’.

2010


halia, bawang putih, bawang besar, sos tiram, seasoning, lada merah, ayam, udang. SIAP!

gambar kat atas ni… a few days before aku balik UKM. masak dengan cousin aku, H. leceh doh masak dengan dia. yelah kan. budak culinary. asek complain je cara aku masak. derr. aku baru nak belajar masak ok. and nak masak untuk 7 orang je pun. bukan masak dekat hotel/restaurant.

other than that, aku masak sup telur/tahu jepun resipi ibu ca. sup aku tawar hebeh. tapi bak kata H, jangan takut letak garam sooo, after tumpahkan lori garam dalam periuk, barulah sedap sup tersebut. muahaha.

# rindunya kat rumah :/
Post a Comment