20101230

pandang dan dengar

so aku tak pergi lari-lari anak kat stadium hari ni. ada hal dengan kawan lama. nak buat macam mana.

ok mungkin that’s not the only reason aku tukar ‘attending’ to ‘not attending’.

sometimes i just don’t know who to believe anymore except for a few people yang aku sangat tau hati dia sangat baik sangat mulia sangat tak busuk or maybe kurang busuk lah daripada hati aku; yang aku 98.9% sure diorang tak akan backstab aku. i really hope what i believe is true. even if baru setahun dua kenal. kalau kau tak pernah jaki kat aku, memang lah aku sayang kat kau.

i used to love gossips. macam makanan. sekali dapat, pergh *BURRRRP*! kenyang gila ouh! but now, kurenggg. banyak bawa masalah dalam hidup. lagi suka confine dengan people that i truly believe in. some say, we can’t trust anybody. but for me… to a certain extent, we surely can. just make sure you know what you can say and to whom you can say it. jangan membabi buta ja bila ada perasaan berkobar-kobar nak mengumpat tu.

tapi. aku selalu hilang kawalan diri. selalu silap langkah. something bad always slips off my tongue. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, dah tak boleh nak buat apa.

hidup tanpa gossip/bitching adalah kebahagiaan yang tak terhingga eventhough agak rasa bosan. it’s a bad habit. MY bad habit.

tipulah kalau aku cakap aku tak kisah orang nak ngumpat aku, kutuk aku. SUMPAH AKU KISAH! aku conscious gila pasal benda-benda ni. tapi nak buat macam mana. mulut sendiri pun tak boleh tutup, takkan nak tutup mulut orang lain.

actually, aku menyesal sebab aku dah terlalu percaya kat someone. 

 

 

 

hmm. nasi dah jadi bubur.

 

p/s: hari ni ada orang turns 22. happy birthdayyyyyyy dbout :)

20101229

Artsy Fartsy

25th Disember 2010
Balai Seni Lukis Negara
BAKAT MUDA SEZAMAN 2010
s
carf – times square, shirt – seed, vintage bag, rubi shoes, skirt - thrift


macam dadah an? hahahaha






*
Rantai Art Festival 2010 “GRAVITY”



1 vintage blouse + 1 vintage dress + 3 vintage belts + 1 scarf = MYR50
- Pieces of Key -

first time datang BSLN. best best best. Rantai Art ummmm biasa je kot. maybe datang hari lain masa workshop DSLR dengan sue anna joe, ada LOMO Talk, lagi best kot. maybe stay lama sikit tengok live band lagi meriah kot. tapi tak tahan lapar gila masa tu lepas masuk semua gallery and shop shop and tengok acoustics jap terus blah :)

all in all, i had fun that day :D




psst… ada siapa-siapa nak 15% discount from ze-element? contact me! offer ends June 2011.

20101226

1995/2010: fikir masak-masak

1995

ada satu drama ni. one guy nak berhijrah ke bandar kot… and then parents dia cakap ‘fikir masak-masak dulu sebelum kau pindah KL’. gitulah lebih kurang.
pelik. kenapa nak pindah tempat lain kena ‘fikir masak-masak’? fikir punya fikir… oh! maybe nak duduk sendiri-sendiri kena lah belajar masak. nanti senang kan nak makan semua. tak payah pergi makan kat kedai.

# a few years later baru aku tahu maksud sebenar ‘fikir masak-masak’.

2010


halia, bawang putih, bawang besar, sos tiram, seasoning, lada merah, ayam, udang. SIAP!

gambar kat atas ni… a few days before aku balik UKM. masak dengan cousin aku, H. leceh doh masak dengan dia. yelah kan. budak culinary. asek complain je cara aku masak. derr. aku baru nak belajar masak ok. and nak masak untuk 7 orang je pun. bukan masak dekat hotel/restaurant.

other than that, aku masak sup telur/tahu jepun resipi ibu ca. sup aku tawar hebeh. tapi bak kata H, jangan takut letak garam sooo, after tumpahkan lori garam dalam periuk, barulah sedap sup tersebut. muahaha.

# rindunya kat rumah :/

20101225

Versi Saya Sayang FUU VI

tak pernah pergi Penang. Sabah. Sarawak. Perlis.

pernah pergi Kedah tapi tak pernah pergi Langkawi and teringin gila gila babi nak pergi sana.

tiba-tiba… pada suatu tengahari yang terik… sesampainya saya ke dalam Dewan Kuliah 1 FUU UKM… ternampaklah kertas-kertas diedarkan dengan rakusnya yang mempunyai cover seperti dalam gambar di bawah…

 Malay Reserved Land Research at Langkawi
abaikan perkataan kertas kerja/kajian. apa yang penting…

WE’RE GOING TO LANGKAWI YO!!

it’s during Chinese New Year’s break but who cares??! ok ramai yang kesah but definitely NOT ME! sumpah happy gila dapat pergi Langkawi. yeayyyy!


20101223

dan aku memang penakut

aku memang suka fikir worst case scenario. pessimistic.

macam kalau lalu sebelah lori balak aku bayangkan tali yang ikat balak tu putus lepastu balak hempap kereta.

kalau lalu bawah tiang aku bayangkan tiang tu jatuh hempap kepala.

kalau jalan turun tangga/bukit aku bayangkan aku jatuh tergolek-golek ke bawah.

kalau tengok keretapi laju aku rasa macam nak kena langgar dengan keretapi.

kalau naik jejantas tengok bawah rasa macam nanti jatuh kena langgar dengan segala macam kenderaan.

dan macam-macam lagi paranoia yang lain.

kengkadang aku rasa aku gila.

 

p/s: disebabkan dewan kuliah tu memang tangga turun ke bawah and jalan ke blok aku memang turun bukit kena lalu bawah tiang, aku hidup dalam ketakutan setiap hari.

20101219

saya nak komplen II

komplen #3
KTM komuter’s women’s coach makin bagus. now dah ada orang yang control siapa yang ada kat dalam tu. means, memang confirm tak ada lelaki sesat. tapi kadang-kadang kan, aku lagi rela masuk gerabak yang campur. sebab kurang sesak. sebab kat sana most people faham bila suruh masuk tengah diorang masuk. bukan macam makcik-makcik ahkak-ahkak sekalian yang kerja nak menyempit kat depan pintu. nasib baik tadi aku tak terjatuh kebelakang masa pintu tren buka. siapa yang tak reti nak ketengah memang… maaf-maaf cakaplah, bodoh piang!

komplen #4
dua minggu pertama setiap semester memang menggila. masa first year dok risau pasal U1. masa second year pasal U2, U3, optional paper. masa third year, for certain people yang bertindak mengikut arahan and just amek satu optional paper setiap semester (second year and third year), masih optional paper.
sumpah stress bila:-
subjek yang kau nak and masuk dengan jadual kau dah FULL.
subjek yang tinggal semua bercanggah dengan kursus yang wajib kau amek that semester.


ni belum register for tutorial.
DIE!


p/s: you should stop complaining lah naima. komplen manjang.
p/p/s: komplen ini menandakan bahawa saya sudah kembali ke sekolah. WOW!

20101218

meow meow meow

minggu lepas lepas sepatutnya keluar dengan cuen tapi last minute cancel sebab dia ada hal family. so, pergi ikut minah dua orang kat bawah ni pergi amek kucing dekat Kempas.

ofee dan kucing berjanggut

room mate and nephew

kucing berjanggut

perasaan aku sekarang ni, macam kucing tu kot. taknak pergi tempat lain, nak stay je kat rumah. afraid of the unknown. macam mana agaknya life next semester. makin teruk ke, makin OK?

aku dah nak balik UKM. nanti kita keluar ok cuen? i miss you heapss!

and as much as i hate leaving JB, i do miss Bangi/KL.

this semester break is the best. lebih banyak suka daripada bosan. aku jumpa balik dengan budak-budak sekolah rendah, dapat pergi jalan-jalan kat bundle, dapat makan-makan and tengok movie every week (here), belajar masak walaupun sikit-sikit je… ouh man, i’m gonna miss those moments.

next semester break dah kena buat attachment pulak kan. and masa tu probably most of my friends are going to be busy with life diorang yang dah nak grad tuu. jealous siot! tiga semester lagi. tiga saja.

20101217

Hantu Kak Limah Balik Rumah [2010]


Soalan-soalan yang menghantui aku after keluar daripada movie theater:-
1. kenapa boleh biar mayat maid dalam rumah sampai berulat?
2. siapa hassan mutalib? (dah terjawab thanks to kak reena :D)
3. kenapa Ucop boleh lari even though kaki hancur kena lenyek plow machine?
4. kenapa Kak Limah boleh lipat dua badan bomoh Siam even though Kak Limah bukan hantu?
5. kenapa scene ayu terapung sangat tak real? (nampak baju kelembak dia terangkat terkepit sebab harness ok.)

OK i’m just thinking too much padahal ni cerita fiction suka-suka with message sikit-sikit pasal pemimpin, politik, perpaduan, kerjasama, hidup berjiran.

bukan aku sorang je pening pasal cerita ni. member aku pun pening juga. tak puas hati!!!!!!!!!! kelakar memang kelakar, tapi stress.

Hantu Kak Limah Balik Rumah at Aeon Tebrau CityHantu Kak Limah Balik Rumah at Aeon Tebrau City

Hantu Kak Limah Balik Rumah at Aeon Tebrau City

20101216

Sugar and spice and everything nice

1st December 2010

masak-masak at Bukit Mewah

masak-masak at Bukit Mewah

2nd December 2010
Plaza Angsana

wantan mee at Angsana JB

My favourite wantan only at Angsana. My second favourite would be the one selling at Mid Valley. The next favourite would be at medan selera larkin. Oh my, banyak gila favourite !!! -_-

12 December 2010
City Square JB

 City Square JB

City Square JB

City Square JB

Shawl – Presint 14 Purajaya, sleeveless top and turtle neck – UNIQLO (here), Levi’s and rubi shoes, bag – Bazar JB (here)

20101213

2007/2010



2007

Band Of Horses




2010



CeeLo Green





-

heard this song in Chuck 1x10. scene Sarah tengah fikir samada nak ikut Bryan or stay with Chuck.
rasa macam best je lagu ni. macam sedih. melancholic. macam familiar.
googled for it. lyrics & meaning.

and then tiba-tiba ternampak nama CeeLo Green in one of the comments. padan ah this song sounds familiar. last week hari-hari pasang The Lady Killer. haruslah dengar lagu ni.

BTW, ni meaning yang paling spot on.
03-09-2008 
I think of this song is more of the ending of a relationship of where both parties still love each other, but they are unable to be together, whether they are already married or have other lovers; this also regards the idea that you can fall in love more than once but you don't HAVE to act upon those feelings. Even after the two of you break up, there is still that memory of the relationship that hangs around like a "ghost." And the other person always wants to feel like they made an impact in your life, hence the lyrics "I never want to hear you say/that you'd be better off/or you liked it that way." From the lines of "warning" there are times in a relationship where you wished that you or the other person could have been warned of the outcome even before you started loving each other. "No one's gonna love you more than I do" is a way of saying that even when things don't work out, you'll always have this place in your heart where you will forever love that person.

apa lagi insan-insan koyak sekalian. ayuh layan lagu ni untuk tambah kekoyakan. oh. aku tak koyak. tapi aku suka feeling-feeling depressed kalau duduk sorang-sorang. emosi tak stabil. ha ha ha

p/s: i love both versions. but the original one intrigues me.

20101211

saya nak komplen

komplen #1

sekarang Facebook kalau komen kat picture ke, status ke, tulis kat wall orang ke, nanti dia appear sebijik-sebijik dekat profile.

CONTOH kalau aku pergi wall ofee pastu aku cakap “GEMOK!” pastu nanti dekat profile aku dia tulis under RECENT ACTIVITY -
“GEMOK!” on Nurul Farahana Ofee’s Wall.
ni CONTOH je tau. korang jangan lah pergi ngadu kat ofee. aku main-main je cakap dia gemok :P

so nanti macam semua kawan-kawan aku tau aku cakap ofee gemok.
cam tak ada privacy langsung weyh.


komplen #2

aku tak puas hati dengan imigresen.

hari tu dia cakap sijil kewarganegaraan aku tak laku and then nanti aku nak buat passport ada problem sebab birth cert aku bukan Malaysia punya birth cert.

fine lah. aku pergi dekat wisma JPN semalam nak uruskan pasal hal citizenship ni. aku naik tingkat 5. aku pergi amek nombor. aku cerita kat abang kaunter tu pasal apa yang orang imigresen tu cakap. abang kaunter tu mintak sijil kewarganegaraan aku. and then dia tengok pula birth cert aku. and then dia tekan-tekan kat keyboard dia cakap nama aku ada dalam sistem. TAK ADA MASALAH KALAU NAK APPLY PASSPORT!

aku macam… ‘seriuss???’. dia dengan cool nya jawab ‘tak ada masalah.’

AHOY! abang kaunter imigresen Pekan Rabu ni membazir masa aku je tau. suka hati je nak cakap aku punya sijil semua tak laku.


kalau aku ada duit aku nak protes dengan pindah balik negara asal taknak balik Malaysia lagi! tapi aku tak ada duit. haha. ok, berangan.

20101210

nothing is more therapeutic than a good long talk with a few old friends

quoted from Desperate Housewives 6x13

it can be awkward, going out with primary school friends. lagi-lagi yang dah tak jumpa almost five years. and masa jumpa tu pun, aku tak bual sangat. so… agak-agak dah 10 tahun juga lah tak berbual dengan diorang. everytime buat makan-makan masa raya aku dekat Kelantan tak dapat datang…


tiba-tiba aku boleh pergi BBQ dengan diorang.

SKTD 2000 BBQ at Kukup Pontian

SKTD 2000 BBQ at Kukup Pontian
more pictures here

lepas tu Tea Party dengan diorang.

SKTD 2000 Tea Party


more about it here

and then, my friend’s dad passed away (Al-Fatihah), so jumpa lagi dengan diorang masa melawat member ni.

pergi melawat and then pergi Banafe. boleh?
Ayam Penyet Banafe JB

semua ni dalam masa satu minggu o_O

sadly, it’s already the end of the semester break. some of us are going to start their internship. sorang dua dah start kerja. ada yang macam aku… tak habis-habis belajar.

good luck lah untuk semua.






p/s: i’m hoping for more of these in the future.

20101209

DYK?: Facebook

 

1. do you know that if you’re annoyed with someone’s posts on Facebook you can just hide him/her from your news feed? maybe kau rasa dia too jiwang or too emo or too mengada-ngada or knowing what they did will break your heart/spark jealousy. tapi, kalau dah beyond annoying tu, delete je lah kot. choose wisely.

 

2. do you know that sekarang ni, if you like something (gambar/posts/comment/status) after that if orang komen, takkan keluar kat your notification. means if kau buat status and then ada orang like pastu kau macam cakap “thanks sebab like” sebenarnya kau cakap sorang-sorang je sebab diorang tak tau korang komen. kalau nak cakap sorang-sorang, buat Twitter lah kak. haha.

 

 

p/s: do you know kalau buat business online pun kena register kat SSM? (here)

20101206

Forum CARI

kalau cakap pasal forum, aku mesti ingat pasal forum CARI. and kalau cakap pasal forum CARI, first name dalam kepala otak aku, wawa.

aku start join forum CARI masa awal tahun ni. ada lima benda yang buat aku addicted kat forum CARI:

1. Gossip
team CSI board Hiburan memang terbaik! banyak issue yang diorang dapat reveal through forum. if you love local gossips and nak jadi the first one to know pasal benda-benda ni, you should register as a forumer. sebabnya, sometimes certain thread ada reading permission (RP). tak register tak boleh lah baca. makin banyak komen, makin banyak masa spend time dalam forum, makin tinggi ranking. then, boleh lah jengok threads yang panass – mostly RP tinggi. now aku dah RP 8.

ada juga gossip pasal orang kenamaan. last semester aku gila thread pasal Thai’s Royal Family. memang best baca pasal keluarga diraja. sekarang ni pun if aku on forum aku baca pasal royalties tapi more to Johor punya royal family. even Tengku Puan Pahang join forum tau (here).

2. Word games
dekat Board Borak pula ada game pantun, sambung ayat, bina perkataan daripada perkataan. lebih kurang macam tu lah. kalau menang/join dapat kredit. makin banyak kredit, makin naik lah ranking and RP.

3. Ghost stories
banyak juga cerita seram kat sini. best sebab dapat baca first hand experience. and sometimes, benda tu ongoing, belum settle lagi. hantu still ada kat tempat kejadian. memang super scary.

4. Pertandingan
ni pun best juga. untuk Majlis Anugerah Borak hari tu, ada pertandingan thread terbaik. aku buka dua thread. pasal life aku kat SIGS and pasal vintage and thrifted stuff. dapat dua ‘anugerah’; anugerah thread kedua terbaik and anugerah penghargaan. memang lah macam poyo-poyo je weyh sebab bukan anugerah betul pun tapi FUN gilaaaaaaa OK!

5. History
banyak benda aku dapat. pasal sejarah Putrajaya lah… cerita pasal benda-benda yang korang takkan jumpa dalam textbooks. it is told in an unconventional way so, tak boring and senang nak ingat. see, forum ni bukan fun and games je. boleh belajar juga tau. hehe


other than benda-benda ni, banyak lagi yang best pasal forum CARI. ada pasal current issues, masalah keluarga, sukan, computer, etc. dia cover almost everything. malangnya, aku tak mampu nak on forum bila dah kat UKM nanti. too time consuming! :/

20101204

In the end


continuance from this and this

IT Roo & Bazar JB

IT Roo & Bazar JB

IT Roo & Bazar JB

singgah IT Roo (here) untuk makan-makan. i ordered mi goreng mamak. sedap. udang dia besar and gemuk! hehe. lepak sana sampai lah around 8.30PM. and then gerak ke Bazar JB (here).

banyak berkenan dengan kasut. nampak banyak kasut from Charles & Keith and Topshop. semua cantik-cantik and baru-baru. tapi i don’t need that kind of shoes. kasut stock-stock bawa pergi kerja maybe sesuai lah kot pakai untuk PBL and Hari Korporat (here) tapi… aku dah banyak kasut formal. yang aku berkenan kasut jual kat depan Plaza Seni. nampak before gerak to Jalan Dhoby (here). on the way nak tunggu bas, tengok-tengok dah tutup kedai pakcik tu. menyesal tak sudah tak beli. nak buat macam mana. tak ada duit masa tu. belum cucuk :/

IT Roo & Bazar JB

last-last balik rumah dengan tiga bag; make up bag + vintage Bonia handbag/clutch + leather sling bag = MYR60. it’s suffice to say that at the end of the day, i’m one happy girl :)

20101203

Tagged by Dbout

WHAT IS YOUR FULL NAME?
NNS. initials je. aku taknak parents aku google nama aku and then jumpa blog ni.

WHERE IS YOUR PARENTS?
abah kat bawah. ma still at her office. nowadays pukul 10PM baru dia ada kat rumah. aku dah 4 hari tak jumpa dia. rindu siaa.

HOW OLD ARE YOU BY NEXT YEAR?
23.

WHAT IS YOUR FAVOURITE FOOD?
i don’t have any. aku makan semua tapi macam kalau doughnuts aku prefer kat Big Apple, lasagna – Coffee Bean, shepherd’s pie – Starbucks, mashed potato – Chili’s (here), black pepper lamb pie – Secret Recipe (here), roti tempayan – Restoran Puteri Kajol, Jertih (here), dry wantan – Angsana, wantan soup – food court area Larkin… macam tu lah lebih kurang.

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU ARE 7 YEARS OLD?
polis/doktor kot. aku pun tak ingat.

WHAT IS YOUR BEST BODY FEATURES?
tak ada. semua nya tak best.

WHAT IS YOUR BEST FACIAL FEATURES?
hidung kot. banyak kali juga orang puji hidung aku cantik. tak mancung pun. penyek je. hmm. maybe pasal benda lain semua tak cantik kan. itu jelah yang dipujinya.

5 THINGS ABOUT YOURSELF
1. i love cooking but i’m not a good cook.
2. i shop a lot.
3. parents aku still tanggung aku and i’m not ashamed of it.
4. aku tak pernah beli hand phone – semuanya hadiah.
5. aku suka tengok awan.

5 THINGS PEOPLE DOESN'T KNOW ABOUT YOU
-diorang tak perlu tau apa yang diorang tak tau-

5 THINGS PEOPLE WRONGLY ASSUME ABOUT YOU (here)
1. aku innocent. ini adalah tipu. aku tak sesuci yang kau sangka.
2. aku bukan anak first. manja sangat ke aku ni?
3. diorang cakap aku tak pakai tudung. aku pakai tudung dari kecik.
4. diorang cakap aku tak pakai baju batik. aku suka baju batik. haha
5. aku suka barang branded je. hell no! tapi aku rela pakai unbranded stuff daripada beli fake stuff.

5 THINGS PEOPLE SHOULD KNOW ABOUT YOU
1. aku pendendam.
2. aku sayang family aku.
3. aku tak ada passport.
4. aku prefer spend money on food rather than clothings. (here)
5. aku tak suka benda-benda leceh. hmm siapa suka kan?

5 PET PEEVES
1. orang yang buang sampah kat sebelah tong sampah.
2. amek gambar tak center.
3. lipat pages dekat buku aku – use a bookmark please!
4. biarkan shampoo/shower foam terbukak lepas guna.
5. tak unplug electrical appliances/stuff yang guna plug after siap guna.

5 THINGS TO DO BEFORE YOU DIE
1. write a will.
2. balik UK sekali.
3. pergi semua negeri yang aku tak pernah pergi kat Malaysia ni…. Perlis, Penang, Sabah, Sarawak.
4. beranikan diri untuk drive.
5. belajar jahit/alter baju.

TAG 5 OTHER BLOGGERS
ca, ira, beddy, fatin, asmaroro

20101201

we use our moms’ bag with pride.

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru

Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru


mom’s Bonia. vintage dress with pine warbler all over it – beli dekat PUSANIKA jahh (here), vintage-like shoes (here), yellow long cardigan (here), shawl from Art Scarf.

btw, cardigan tu size XL hokayy. either baju tu kecik OR aku yang gemok.

p/s: i heart JB. no. not Justin Bieber. Johor Bahru lah! haha