20101102

The Other Guys [2010]

Baru sampai bilik dari hari yang panjang. hahahaha. yes dah habis exam yes yes yes hahahaha. oh ok tu angan-angan je sebab ada lagi dua paper tapi ada 9 hari break. weeeeeeeeeeeeeeeeee! 

happy gila pastu tadi tengok The Other Guys dengan zahidah sebab dia taknak tengok Cuti-Cuti Cinta dengan ofee and suraya. BAHAHA. honestly aku pun taknak tengok cerita tu. tak taulah kenapa. aku just tak rasa nak tengok dekat movie nak tunggu raya keluar kat TV baru nak tengok kot. hehe

The-Other-Guys-Movie-Poster

by the way, The Other Guys sangat best aku bagi 5 bintang sebab berjaya buat aku gelak non stop dari mula sampai habis.


basically cerita tu pasal dua orang mismatched cops. sorang dunia dia memang dunia polis saja. sorang lagi pula memang bahagia dengan desk work dia, tak nampak macam polis langsung and sangat skema rasa macam nak lempang sebab tahap annoying dia boleh buat orang lain gila. dia tak sedar dia annoying. 

The Other Guys eva mendes will ferrel

dah lah muka nerd tapi semua perempuan hot nak kat dia. KELAKAR WEYHH! pergi tengok sekarang!

and line favourite aku dalam cerita tu…
I’m a peacock! YOU GOTTA LET ME FLY!
ayat seorang polis yang desperate for some action selepas enam bulan stuck dengan kerja kerani sebab tertembak sorang famous baseball player. padahal merak boleh ke terbang? boleh ke? mestilah tak kan. duhh!

kapten polis tu pun kelakar sebab asek quote lagu TLC tanpa dia sedari. don’t go chasing waterfalls lah, i don’t want no scrub lah. haha. mengingatkan aku kepada zaman persekolahan. TLC best wok! siapa tak dengar lagu diorang memang tak cool :P

the other guys coffee spilt

other than benda-benda yang lawak gila ada juga moral of the story; behind every hero there’s the other guys yang buat kerja-kerja remeh yang menjadikan diorang tu hero contohnya kerani kat pejabat polis yang buat paperwork for polis yang pangkat besar or orang yang laporkan crime so, jangan pandang rendah kat diorang. without them, hero tu takkan jadi hero pun so give a round of applause for them *clap*clap*

tapi yang paling terpenting sekali, funneh gila cerita ni boleh bikin sakit tekak sebab berdekah-dekah dalam panggung hampir dua jam. kalau korang suka gelak and suka Will Ferrell and suka Eva Mendes and belum tengok cerita ni, sila tengok weyh. SILA! pasti hari mundane mu bertukar ceria dalam sekelip mata :D
Post a Comment