20101117

Cupcakes

kat KL bersepah cupcakes macaroons bagai. kat JB susah kot nak cari! blog banyak tapi ada yang dah tutup and aku sangat choosy.

taknak yang buttercream. taknak yang design tak cantik, yang tulisan buruk. taknak yang decorate entah apa-apa. tak sesuai langsung. aku taknak yang macam makcik-makcik.

taknak yang selekeh, dapur bersepah. aku taknak yang bila aku dapat benda alah tu tiba-tiba ada benda terbang-terbang dalam kotak. and then bila nak keluarkan benda terbang-terbang tu tiba-tiba ada semut kat dalam kotak. aku bukan saja-saja je nak buat assumption bukan-bukan, perangai macam drama queen. ni true story!! dan yang paling penting sekali aku taknak yang tak sedap.

so i asked around. ada yang cadangkan fairy cupcakes. diorang buat cupcakes for event JOHO hari tu. oklah kot kan. so, aku pun text the owner. sekali full 13-20 November dah tak amek order :(

penyelamat aku: Google. after jumpa blogs jual cake/cupcakes ni aku e-mel lah a few yang berkenan di mata and hati nak minta quotation… last-last one lady replied. phewww!

hasilnya…
cupcakes johor bahru softball wsbakery

cupcakes johor bahru softball wsbakery 
Chocolate cupcakes with chocolate ganache topping. ada banyak lagi topping/cake lain. 

Sedap. decorate pun best. service bagus. hantar on time. owner dia pun baik, cantik dan kemas *haha tiba-tiba tak ada kena mengena tapi sebab dia cantik aku rasa masa amek tu macam tak risau sangat lah cupcakes tu tak sedap. gila superficial!!!!!*

semua ok except one lah. helmet sofbol tu silap hahahaha dia pergi buat helmet american football pulak dah. HAHAHAHAHHAHA. 

harga semua boleh tengok dekat blog Kak Wan (the owner), Cupcakes, Cakes & Muffin. dari nama blog pun dah tau dia ada jual cake and muffin juga. kalau korang rasa best korang boleh lah order :)
Post a Comment