20101120

haru biru

aku pernah marah kawan aku. marah sebab melayan orang. baik sangat. orang suruh buat apa-apa dia buat sampai last-last menyusahkan diri sendiri. sampai sakit-sakit nak tolong orang punya pasal. sampaikan orang tu ingat dia ada feelings kat orang tu. yelah. kadang-kadang dia rasa terhutang budi. so, dia balas-balas hadiah. orang tu pula jenis yang cepat perasan. so, orang tu ter syok sendiri lah. tak tau lah kalau dalam hati kawan aku tu dia suka juga. tu belakang cerita. aku marah sebab benda tu menyusahkan dia je. kalau dia scandal-scandal tapi still happy carefree, lantak dia lah. semua dah dewasa. insyaAllah dah tahu baik buruk sesuatu benda.

aku marah sebab dia lupa member. means, dia boleh keluar semata-mata nak jumpa T bukan nama sebenar and it’s not even her boyfriend. kawan-kawan dia ajak keluar dia busy sentiasa sebab masa dia hanya untuk T. last-last T dah famous, berubah terus lupa dia. berlagak benar T tu memang kacang lupakan kulit. aku ni pula emo.

aku marah sebab kejap cakap lain kejap cakap lain. tak jujur. aku bukan nak dia bagitau aku semua benda tapi at least jangan tipu, jangan bagi harapan palsu. selalu bagi message yang buat orang sakit hati. kalau lah kan dia bagitau benda last minute how lah nak ikut plan dia? haish. tapi aku still sayang dia nonetheless. sumpah sayang.

ada masa aku marah sebab buat benda yang entah apa-apa. tapi nanti last-last aku buat benda yang sama. bila dah jadi macam tu, aku nak marah orang aku selalu fikir 10 ribu kali apa rasionalnya aku marah dia. kalau aku marah dia sebab aku sayang dia… betul-betul sayang dia, ok lah… kot??

kalau kawan kau sendiri tak boleh nak jujur dengan kau… siapa lagi? takkan kawan asyik nak puji melambung saja kan. tapi nak tegur tu ada caranya. aku ada baca somewhere, dia cakap, nak puji biar depan orang, nak tegur kena privately. jaga air muka member.

tapi kalau tegur privately tak jalan, what more can we do kan? time to be sarcastic i guess. bila dia minta simpati from third parties tu yang tak tahan. pakkal sayang.

aku rasa, in most friendships mesti ada obstacles punya. selisih faham tu perkara biasa. gigih lah nak go through semua-semua benda. kalau berjaya pertahankan friendship tu, insyaAllah kekal lama.

Post a Comment