20101125

There’s a first time for everything

a list of things yang aku tak pernah buat before this but dalam masa enam bulan ni… aku buat.

1. jogging
last semester first time aku jogging. dua kali je pun. sekali masa awal semester. sekali masa akhir semester. it feels weird sebab aku dengan apa-apa pun jenis sukan/exercise memang tak ada chemistry. tapi best lah :)

2. using the washing machine consistently
before this aku memang prefer cuci guna tangan je. save duit ok. tapi last semester memang penat gila so… tak dapatlah nak cuci tangan every week. most of the time memang aku guna mesin even though kadang-kadang mesin tu macam ci. air berkarat lah. tak spin habis lah. rosak lah, apa lah. sometimes stress juga guna mesin. baik basuh manually je. release stress masa memberus baju. hehe

3. normal BMI
51kg. paling berat seumur hidup aku. but it was before Ramadan. now, dah turun to 46.7kg. faktor utama, stress exam and malas nak turun cafe during exam weeks. kat rumah ni memang makan secara over sebab nak naikkan balik. i love the fact that my love handles are gone but my derrière  went missing too and that is not good. semua seluar longgar sapu lantai. i need my 4kg back!

4. cooking dinner for my family
atas desakan family yang tak berapa nak mendesak, semalam aku merajinkan diri buka buku resipi. aku masak udang sebab aku rasa udang lagi senang nak masak compared to benda-benda lain yang ada kat dalam freezer tu (minus all the frozen fast food. takkan nak bagi parents aku makan benda-benda tu for dinner). abah cakap sedap :)

5. changing my phone number
01*79050** dah lama setia dengan aku. or maybe aku yang setia dengan dia for more than four years. tapi, last week SIM aku tiba-tiba tak function and aku malas gila nak pergi Maxis Center. last-last aku beli phone number baru. sedih… maybe later aku replace SIM number lama tu sebab before dia rosak aku baru je topup. memang kejam tau! nasib baik RM10 je. kalau RM60 memang aku maki Maxis.

that’s the end of my list. nak pergi tengok adik kot-kot dia dah bangun boleh pergi makan kat kedai seberang jalan. have a nice day people :)
Post a Comment