20101109

2004/2010

2004

kita dari dorm 7T. keluar. duduk depan tangga. tak semua kita ada. tapi ada lah juga. boleh lah daripada tak ada langsung.

cantik langit malam tu. hati aku sayu. masa tu memang sedih. bila ingat balik kenapa aku sedih masa tu, geli geli. tapi serius, sedih gila. masa tu aku tahu esok… esok bukan hari gembira.

duduk punya duduk. borak punya borak. tiba-tiba kauorang nyanyi lagu Selamat Hari Jadi. ramai tak ramai sangat lah.

main nyala lilin. teman budak SPM study. bagi bagi notes. bukan notes belajar tapi yang ada tulis Selamat Hari Jadi/Happy Birthday.

dalam banyak-banyak lilin yang plain, ada satu lilin bentuk epal. senior punya. letak atas tembok. sampai pagi dia menyala.

(bertahun juga lah baru hilang bekas lilin tu. aku tahu sebab tiga tahun lepas malam tu berlalu, aku masih kat bangunan tu dan bekas masih ada. sekarang mungkin dah hilang bawah cat baru.)

 

2010

tak semua kau kau kau ingat hari itu. tak semua. sebab tu tak semua yang ingat hari jadi aku. tak apa. korang tak ingat pun, aku still sayang korang and still akan wish birthday korang! :) terima kasih pernah buat aku happy. aku rindu.

 

*

 

more about yesterday later OK. now nak kena study for Juris and SOGA kan?

oh. what about yesterday uolls tanya? yesterday was my 22nd birthday! HAHA.  ye. aku dah dua puluh dua. rasa tua sikit and sedih nak tinggalkan 21. but i wish there’ll be lots and lots of happiness ahead. lagi-lagi dengan orang-orang yang tak pernah gagal buat aku happy.

mereka buat aku tak menyesal pilih STPM.

mereka buat aku feel blessed jadi warga FUU.

dia yang temankan aku saban minggu.

 

bye bye wish me luck for finals.

 

 

p/s: sorry tak dapat Skype. sorry! jumpa sabtu ni! :D

 

UUUK3003 JURISPRUDEN 10/11/2010 15:30 2 jam 45 min DEWAN(DECTAR) 374

UUUK4583 UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG 11/11/2010 08:30 2 jam 15 minit PSENI 40

Post a Comment