20101006

Yesterday at 11.55pm

Zahidah hantar message kat facebook pasal rahsia bulan kelahiran.
part bulan november, yang aku setuju:
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
tak ada siapa faham aku. aku pun tak faham aku.
  • daya firasat yang sangat halus dan tinggi
selalunya instinct aku betul.
  • sifat yang berahsia
tapi most things aku still bagitau kat bestfriend aku. macam tak tenteram kalau simpan lama-lama.
  • pandai mencungkil dan mencari rahsia
masa sekolah orang gelar aku reporter SIGS/CNN. now aku dah pencen.
  • banyak berfikir
kadang-kadang terlalu banyak. unnecessary things pun nak fikir. buat serabut kepala otak!
  • kurang bercakap tetapi mesra
kurang bercakap dengan strangers. mesra dengan orang yang dah kenal sahaja!

  • terlalu degil dan keras hati
suka hati aku ah nak degil. hahaha.
  • tak suka marah kecuali digugat
jangan provoke aku! kalau orang nak dengki aku sometimes aku diam. tapi kalau aku buat kerja tapi orang cakap aku tak buat kerja memang aku marah!
  • mudah ambil berat terhadap orang lain
mudah juga untuk tidak ambil berat bila aku rasa orang tu dah mula menyampahkan aku (read: buat aku rasa menyampah kat dia).

  • tidak hargai pujian
more to… tak suka dipuji.
  • kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
tak boleh blah tapi betul… kot? hikhik
  • romantik
hahahahahahahahahha
  • tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
hati aku tak tetap. belum jumpa orang yang betul. sat lagi mak ofee nak pergi haji aku memang nak minta tolong doa macam-macam. bagi tenang sikit hidup.
  • suka duduk dirumah
terperap dalam bilik.
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi

ni kalau kita lihat dari segi main game kat Facebook memang betul dan tepat sekali! haha
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
lagi satu gelaran aku masa sekolah, EMO! sorry ea. masih mencuba nak control emotions aku.
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
dah ramai dah cakap so, setuju je lah.

dan yang paling aku tak setuju:
  • badan yang tough
BAHAHAHAHHA! tough pulak kan badan aku ni!

actually i’m waiting for an email. sekarang memang lengang. bila email tu dah sampai, sampai malam lah dok depan laptop edit assignment. stress!
Post a Comment