20101010

last day of raya

jumaat lepas aku memang tak ada mood. tapi aku still kena attend jamuan hari raya kat fakulti and wedding along nana dekat jalan semarak. so, aku cekalkan hati and kuatkan azam sajalah.
plannya nak datang sekejap saja sebab nak attend wedding tu. tapi kena buat something so, tak dapat lah nak blah awal-awal.

dengar cerita first year punya sketch best tapi tak dapat nak tengok. huhu. diorang tu dah lah cantik-cantik handsome-handsome tinggi-tinggi semuanya. berbakat pula tu. jadi kebanggan fakulti lah gamaknya.

by the way, jamuan best sangat-sangat. special thanks to yaya’s Atuk datang jauh-jauh dari Kluang hantar food. satay terbaik owh! dapat rasa satay ayam je tapi. the next day baru tau ada banyak lagi food but aku tak dapat rasa pun. ingatkan tak cukup tapi… entah. aku tak ada rezeki kot. masa aku nak amek tak ada benda-benda nya. hmm.


…pukul 6.30PM gerak ke Along’s wedding at jalan semarak. took us 2 hours to get there. almaklumlah jalan jam. campur dengan sesat-sesat lagi. masa nak balik UKM pun sesat kat Serdang sebab dah terlepas nak masuk susur ke Kajang. entah kat mana pun tak tau. nasib baik last-last sampai juga. huhuhu.

tak dapat nak amek gambar the newlyweds. tak ada camera. simple saja weddingnya. nikah terus sanding. satu majlis only. hantaran RM10K. baju pengantin cantik sangat! makeup pun cantik.

masa makan ternampak a familiar face, budak 21st batch. tak tahu kenapa tapi aku rasa happy nampak dia even though that day was such a disaster for me. bila tanya along, rupa-rupanya tu junior dia. tak hairan lah because he’s also in the legal field.

thanks nana sayang for inviting me. sorry sangat-sangat tak dapat datang awal. busy sangat sampai benda penting (register for viva PIL) pun lupa nak buat :/

p/s: tak gemar purple but suka pakai purple. nampak manis hahaha *perasan* dan sesungguhnya aku suka makeup aku pada hari jumaat lepas :)
Post a Comment