20101003

buang masa sekejap

banyak benda nak cakap, nak marah, nak maki tapi abaikan saja. malu memang malu, sakit hati memang sakit hati, rasa tak puas hati pun ada tapi nak buat macam mana. kalau dah perangai macam bagus, macam bagus lah juga akhirnya. tak boleh nak ubah dah.

hari ni kerja aku tidur memanjang. esok start menggila dengan assignment balik, insyaAllah. balik dari meeting semalam gigih melantak series. curi masa sekejap. release tension kononnya. kesimpulan?

Glee 2x02 OK lah. suka brittany s. pearce joget I’m A slave 4 U. suka juga rachel nyanyi The Only Exception walaupun aku rasa facial expression dia gila over. nak buat macam mana kann. kalau bukan over, bukan rachel berry.

Gossip Girl 4x03 menarik. nak tengok sampai bila chuck boleh jadi baik dan bersopan-santun. and si juliet tu. apa motif dia sebenarnya? itu yang kita nak tahu. dan agak suka bila serena and blair dah berbaik. tapi boleh ke baik macam tu lama-lama?

Brothers & Sisters 5x01 agak mengecewakan. walaupun ramai tak suka rebecca dengan justin, aku suka kot! ni nak bercerai pulak dah. huhu. and tak suka tengok holly yang baru yang hilang ingatan ni! tak suka tommy macam dah kabut semacam. aku perasan almost semua character dah semakin berisi lagi-lagi si tommy. stress sangat agaknya lepas accident a year ago.

Grey’s Anatomy 7x01 superb! tak pernah mengecewakan. OK mungkin agak bias sebab ni memang all-time favourite kan. haha. episod ni reminded me of finale season 2 sebab masa tu christina yang nak kahwin dengan preston burke, dekat church and majlis secara besar-besaran tapi last-last burke cabut lari. this time, christina yang dengan owen hunt kahwin dekat rumah meredith grey and buat kecil-kecilan ja. tak sampai 30 orang rasanya masa tu. oh. tak sabar nak tengok next episode :)

oisy. terima kasih lah kepada tetamu-ukm3 yang laju sangat-sangat dalam Dewan Kuliah. satu jam, dua episode siap. terbaik! :D

Post a Comment