20100918

Saya akan merindui JB

Hari ini saya pergi wedding senior sekolah saya, Kak Syikin. Saya jumpa dengan Kak Enoer. Dia dah tak ingat nama saya. Sampai hati dia. Saya cubit dia kuat-kuat. Ada saya kesah tunang dia ada kat situ? Haha. Macam lah tunang dia nak marah saya sebab saya cubit dia. Kalau tunang dia marah pun, ada saya kesah?

Ada Kak Ku-el. Kak Eisya sekali. Selamat Hari Jadi Kak Eisya. oh. Ada orang yang saya kurang gemar juga. Nama dirahsiakan. Saya geli dia perasan dia hot. Bluek nak muntah. Saya nampak Kak Uniey dengan suaminya yang saya pergi wedding diaorang last cuti semester. Dia dah pregnant tapi saya tak nampak perut dia. Saya nak tengok dia pregnant macam mana tapi saya cuma nampak dia dari belakang sahaja sebab masa dia sampai saya pun dah nak balik.

Saya jumpa Amalina Zurhan juga. Mak dia kenal dengan mak Kak Syikin masa trip to Beijing. Ama makeup sangat cantik. Saya rasa pipi dia sangat gebu masa tengah salam-salam laga-laga pipi. Pipi saya daripada tak berblusher jadi berblusher. OK ini tipu sebab saya pakai blusher tadi sebenarnya. hikhik.
Semalam saya pergi CS sendiri-sendiri. Ramai sangat saya nampak budak SIGS. Yang kenal ada, yang setakat pernah nampak muka pun ada. Antaranya, Eton, Kak Saidah, Atoi (Atoi kirim salam semua), Kak Suraya, Ili Nadia.

Lepas tu saya jalan pergi Bazar JB/Pasar Karat. Saya beli bag baru dengan harga RM5. Macam biasalah saya mana pernah beli benda mahal kan. Ini bagnya:

Picture0001

Tadi saya dah pakai dah pergi wedding :)


Kalau ikutkan hati saya nak beli Converse harga RM45 tu and vintage bag harga RM40 and RM15 tu. Tapi saya takut duduk sana lama-lama seorang diri. Saya pernah nampak orang minum beer tepi jalan. Kalau orang mabuk apa-apa kan saya, macam mana? Tak sanggup.

Dari bandar saya ke rumah kemudian sambung beraya dengan Ofee dan Nuar ke rumah Azie. Best. Saya rindu sekolah.

Esok saya nak kena balik UKM. F! Saya kena hantar assignment hari Isnin (hard copy), ada presentation hari Rabu, ada viva hari Khamis, and ada banyak lagi discussions and assignments and presentations. Nak buat macam mana. Nama pun student kan? :)

Berkenaan dengan public transport; kalau saya pernah ajak awak keluar tapi sebab kena naik public transport awak tolak pelawaan saya, jangan nak touching kalau lepas ni saya tak ajak awak keluar lagi tau? Saya tak suka orang hina public transport tapi saya faham ramai orang umur sebaya saya sekarang ni dah allergic dengan public transport :)
Post a Comment