20100907

Material

Sabtu lepas aku keluarkan RM500. Kononnya nak shopping habis-habisan kat KL before balik JB lah ni. Kononnya nak beli seluar idaman yang harga RM200++ tu. Kononnya nak pergi check out sale gila babi kat kedai dua puluh satu selamanya tu.

Kononnya.

Sampai kedai. Ambil baju. Letak balik atas rak. Ambil kasut. Try try. Letak balik kat tepi. Ambil seluar. Masuk fitting room. Keluar fitting room bagi balik pada promoter kedai. Ambil handbag. Posing depan cermin, letak balik kat display.

Yang aku beli? Frame cermin mata harga RM23.

Last-last habis duit untuk makan ja. Ada lagi RM400. Aku nak shopping sangat-sangat. Kenapa susah betul nak ambil baju/seluar/kasut/bag bawa pergi cashier counter and then terus bayar dengan senang hati sambil bimbit plastik bag berisi baju/seluar/kasut/bag baru?

(Rhetorical question.)

Sebab dah selalu sangat beli benda murah rasa ralat bila nak keluarkan duit beli benda mahal. Even if benda tu tak selalu…

Bila aku sampai rumah aku tengok baju adik-adik aku berkoyan-koyan. Ni yang aku nak marah ni. Budak kecik buat apa baju banyak-banyak. Hari-hari pun pakai uniform sekolah. Cukuplah tu! Hmmh :/

Tapi kan… hari kedua dekat JB, pergi Aeon Tebrau City. Boleh pulak beli seluar dua pasang, sandal sepasang and belt satu.

Esoknya buka puasa ramai-ramai dengan Nana, adik Nana, Ofee, Nuar, Cuen dekat City Square. Sambil tunggu diaorang sampai, jumpa banyak gila handbags yang aku tak nampak pun kat KL/blogshops. Paling penting sekali, ada luggage ala-ala vintage yang cunnn ouh! tapi harga cecah RM200 juga lah if medium size. Setakat besar make-up box pun dah RM69.90. Perasaan meronta-ronta gitu nak ambil satu padahal clutch idaman berjenama yang harga RM136 tak sanggup nak keluarkan duit. HAHA

Lepas buka puasa pergi Bazar JB/Pasar Karat.

Semenjak bulan puasa makin banyak stall ke? Perubahan yang agak ketara selepas dua bulan tak berkunjung ke sana. Habis lah juga RM25 beli dua bag. Oisy. Murah tak boleh tahan. Kalau boleh nak beli lagi tiga; tak termasuk bag yang nampak kat CS. Vintage belts dia jangan cakaplah, RM5 satu. Tahan nafsu sepanjang jalan.

Sempat juga cuba-cuba kasut vintage idaman. Tulis kat tapak size 38 tapi sempit!! Damn. Kenapa kaki besar gajah ni? Macam jantan!

Unfortunately, tak sempat nak menjenguk envelope bag yang suatu masa dahulu di intai-intai. Menumpang kereta orang lah katakan. Takkan nak demand shopping lama-lama. huhu.

InsyaAllah esok masih ada.

Post a Comment