20100903

Berbual depan cermin

Lepas kau bebaskan semua dia pun tinggalkan segalanya. Kau dah lali dengar kata-kata dusta. Kau dah biasa tengok muka tak bersalah. Cover baik punya. Lakonan semata-mata. Hati masih degil nak percaya walaupun logik akal tak mungkin dapat terima.

Perlu ke rasa marah sekarang? Mungkin penat. Sedikit kesal. Kau di tuduh itu ini. Dia buat kau rasa macam kau perempuan paling jahat dalam dunia dan sekali kau toleh, rupanya perangai dia lagilah… tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sometimes, kalau someone tu very protective over something, defensive, nak mengongkong sana sini, it means dia yang ada buat something behind your back. Sahih ke tidak statement ni?

Kenapa kau buat macam tu? Sebab kau rasa tak adil kalau dia boleh kawal setiap pergerakan kau sampai satu group presentation dengan siapa pun kena bagitau… tapi handphone dia tak pernah simpan dialled calls. Jarang sekali message nak lekat. Mesti dia delete sebelum jumpa. Kau keluar malam lepak mamak sampai pukul 3AM kena marah. Dia overnight dengan kawan-kawan pergi celebrate new year pergi party Quicksilver, kau tak ada hak nak cakap apa-apa.

Dia memang tak adil. Dulu kau rasa engkau lah yang jahat. Bila kau baca benda-benda lama, baru kau tahu siapa dia yang sebenar. Mentang-mentang kau duduk asrama, dia senang-senang menggatal dengan orang lain kat luar. Terkedu.

 

Lie to me – Ne-Yo

Love the way you lie – Eminem feat. Rihanna

Impossible - Shontelle

 

p/s: Minggu yang stress. Jasad di sini. Hati di JB. Apa khabar baju-baju raya sekalian? Cantikkah anda? Jadi ke seperti apa yang aku inginkan? Harap-harap begitulah.

Post a Comment