20100917

Baby Sitters

Lebih kurang lapan tahun hidup aku diasuh oleh baby sitter. Dari duduk area Kampung Melayu…. sampailah duduk kat Taman Daya ni.

Masa kat Kampung Melayu yang aku ingat aku pernah duduk dua rumah. Ada satu rumah ni nenek. Dia mandikan aku pakai sabun basuh baju FAB sebab dulu badan aku banyak kudis main dalam longkang. Dia dah meninggal a few years ago.

Lepas tu rumah Opah, anak Opah yang jaga, Cik Norli. Last year anak bongsu dia kahwin aku pergi.
Kat Ulu Tiram tiga, empat rumah kot. Rumah yang first tu relationship macam tak berapa nak baik. Mak aku bagi susu kat orang tu untuk feed aku adik beradik, orang tu pergi bagi anak dia minum. Mak aku siap belikan lauk untuk masakkan untuk kitaorang tapi dia boleh buat untuk makan family dia. Aku, dia bagi makan kepala sotong. THANKS A LOT LAH! Sampai sekarang aku memang anti dengan kepala sotong.
Lepas tu ada sekejap dengan satu makcik ni. Yang aku paling ingat pasal dia, anak dah enam tahun pun menyusu badan lagi o_O

Next, kat rumah makcik S. Dekat ja dengan rumah aku. Dia ada dua anak perempuan. Masa tu kitaorang ada imaginary friend.

Baby sitter yang seterusya… Mak. Mak suka bela kucing. Aku selalu kena kejar kucing kat rumah dia sampai menjerit sebab dulu aku takut kucing. Anak dia yang bongsu perempuan, Kak Fara. Masa dia darjah 6 aku darjah 1. Aku pernah tolong siapkan homework dia masa dia form 2. Pasal Nobat. Dialah yang mengajar aku dengar No Doubt, BSB, N’Sync etc. Anak-anak lelaki dia (Along and Abang Man) pula suka dengar Guns n Roses. Dari duduk rumah Mak ni juga aku belajar baca komik Pedang Sitiawan, anak lelaki dia nombor 4 punya. hihi.

Bila aku pindah Taman Daya, mula-mula duduk dekat rumah Mak Anjang. Sedara mara jiran aku. Duduk sana sampai darjah 4 saja rasanya sebab jauh sikit dari rumah even satu taman.

Then, duduk kat rumah Cik Mun sampailah ke habisnya.

Minggu ni aku pergi beraya rumah Opah, Mak and Cik Mun.

Paling best pergi rumah Mak. Rasa macam rumah sendiri walaupun diaorang dah pindah rumah baru. Mak masak sedap. Dah dua tahun kot tak beraya rumah dia. Dapat duit raya banyak gila tau tiga paket Kak Fara, Abang Man dengan Mak bagi. Sekarang kucing dia ada lima ekor semua comel comel belaka. Ada seekor yang garang sangat-sangat. Nasib baik dalam sangkar kalau kat luar mesti dah kena cekau sebab kacau dia. huhu.

Oh. Yesterday was pure bliss! Especially sebab dapat siapkan Land Law individual assignment before beraya kat rumah Mak. Today? Today is another story. Rasa macam… meh leee i nak cry you a river that leads to an ocean. Hari pun hujan ni. Sesuai sangat lah tu yee.
Post a Comment