20100925

Watsons and other things

watsons membership card
Sebab ada jual makeup. Sebab ada jual jajan. Sebab masa sekolah-sekolah dulu kalau fly pergi CS suka pergi Watsons main tester. Sebab lepak dalam Watsons best. Kalau sakit hati, pergi Watsons terus rasa gembira. Sebab sekarang Watsons dah ada membership card, cuma bayar RM12 for lifetime membership and loads of special offers and coupons.

Satu kekurangan Watsons, tak ada jual Hada Labo.

Saya kebosanan yang amat dekat kolej bergelumang dengan assignment. Semua kerja-kerja ni buat saya stress dan lapar.

Ada juga yang buat saya down. Misalnya, kalau kerja dengan orang yang suka underestimate orang lain. Sekali, dua kali mungkin tak sengaja. Lima kali, dia memang jahat dan kejam. Kalau most of the time, tu memang sifat dia. Tak boleh diubah. Dia tahu dia bagus dia pandang rendah semua orang.

Saya tak mampu nak jadi bagus macam awak. Everytime saya ragu, saya tanya macam mana nak baiki kelemahan saya, semua buat tak endah. Termasuklah awak. Kalau macam ni sampai bila-bila pun sama saja. Awak akan bagus sentiasa. Saya, masih di takuk yang lama. Saya kena berusaha lebih. Saya tahu. Saya akan cuba.

20100922

My Hari Raya, Pretty Much

Aku tak suka gedik-gedik. Tapi Ma cakap aku memang gedik. Nak buat macam mana?

1

DSC00640
P9100074
P9100108

20100921

OFFLINE… and then ONLINE again!

“being nice to someone you dislike doesn't mean you're a fake. it means you're mature enough to tolerate your dislike towards them.”

 

but you’re being waaaaaayyyyyyyyyy too nice. you’re a hypocrite and a liar. i love you.

 

p/s: UKM JARING is being a bitch to all vista users. FML!

 

*update 2:07PM*

thanks to Shahir Naim, problem with UKM JARING has been solved! :)

20100918

Saya akan merindui JB

Hari ini saya pergi wedding senior sekolah saya, Kak Syikin. Saya jumpa dengan Kak Enoer. Dia dah tak ingat nama saya. Sampai hati dia. Saya cubit dia kuat-kuat. Ada saya kesah tunang dia ada kat situ? Haha. Macam lah tunang dia nak marah saya sebab saya cubit dia. Kalau tunang dia marah pun, ada saya kesah?

Ada Kak Ku-el. Kak Eisya sekali. Selamat Hari Jadi Kak Eisya. oh. Ada orang yang saya kurang gemar juga. Nama dirahsiakan. Saya geli dia perasan dia hot. Bluek nak muntah. Saya nampak Kak Uniey dengan suaminya yang saya pergi wedding diaorang last cuti semester. Dia dah pregnant tapi saya tak nampak perut dia. Saya nak tengok dia pregnant macam mana tapi saya cuma nampak dia dari belakang sahaja sebab masa dia sampai saya pun dah nak balik.

Saya jumpa Amalina Zurhan juga. Mak dia kenal dengan mak Kak Syikin masa trip to Beijing. Ama makeup sangat cantik. Saya rasa pipi dia sangat gebu masa tengah salam-salam laga-laga pipi. Pipi saya daripada tak berblusher jadi berblusher. OK ini tipu sebab saya pakai blusher tadi sebenarnya. hikhik.
Semalam saya pergi CS sendiri-sendiri. Ramai sangat saya nampak budak SIGS. Yang kenal ada, yang setakat pernah nampak muka pun ada. Antaranya, Eton, Kak Saidah, Atoi (Atoi kirim salam semua), Kak Suraya, Ili Nadia.

Lepas tu saya jalan pergi Bazar JB/Pasar Karat. Saya beli bag baru dengan harga RM5. Macam biasalah saya mana pernah beli benda mahal kan. Ini bagnya:

Picture0001

Tadi saya dah pakai dah pergi wedding :)


Kalau ikutkan hati saya nak beli Converse harga RM45 tu and vintage bag harga RM40 and RM15 tu. Tapi saya takut duduk sana lama-lama seorang diri. Saya pernah nampak orang minum beer tepi jalan. Kalau orang mabuk apa-apa kan saya, macam mana? Tak sanggup.

Dari bandar saya ke rumah kemudian sambung beraya dengan Ofee dan Nuar ke rumah Azie. Best. Saya rindu sekolah.

Esok saya nak kena balik UKM. F! Saya kena hantar assignment hari Isnin (hard copy), ada presentation hari Rabu, ada viva hari Khamis, and ada banyak lagi discussions and assignments and presentations. Nak buat macam mana. Nama pun student kan? :)

Berkenaan dengan public transport; kalau saya pernah ajak awak keluar tapi sebab kena naik public transport awak tolak pelawaan saya, jangan nak touching kalau lepas ni saya tak ajak awak keluar lagi tau? Saya tak suka orang hina public transport tapi saya faham ramai orang umur sebaya saya sekarang ni dah allergic dengan public transport :)

20100917

Baby Sitters

Lebih kurang lapan tahun hidup aku diasuh oleh baby sitter. Dari duduk area Kampung Melayu…. sampailah duduk kat Taman Daya ni.

Masa kat Kampung Melayu yang aku ingat aku pernah duduk dua rumah. Ada satu rumah ni nenek. Dia mandikan aku pakai sabun basuh baju FAB sebab dulu badan aku banyak kudis main dalam longkang. Dia dah meninggal a few years ago.

Lepas tu rumah Opah, anak Opah yang jaga, Cik Norli. Last year anak bongsu dia kahwin aku pergi.
Kat Ulu Tiram tiga, empat rumah kot. Rumah yang first tu relationship macam tak berapa nak baik. Mak aku bagi susu kat orang tu untuk feed aku adik beradik, orang tu pergi bagi anak dia minum. Mak aku siap belikan lauk untuk masakkan untuk kitaorang tapi dia boleh buat untuk makan family dia. Aku, dia bagi makan kepala sotong. THANKS A LOT LAH! Sampai sekarang aku memang anti dengan kepala sotong.
Lepas tu ada sekejap dengan satu makcik ni. Yang aku paling ingat pasal dia, anak dah enam tahun pun menyusu badan lagi o_O

Next, kat rumah makcik S. Dekat ja dengan rumah aku. Dia ada dua anak perempuan. Masa tu kitaorang ada imaginary friend.

Baby sitter yang seterusya… Mak. Mak suka bela kucing. Aku selalu kena kejar kucing kat rumah dia sampai menjerit sebab dulu aku takut kucing. Anak dia yang bongsu perempuan, Kak Fara. Masa dia darjah 6 aku darjah 1. Aku pernah tolong siapkan homework dia masa dia form 2. Pasal Nobat. Dialah yang mengajar aku dengar No Doubt, BSB, N’Sync etc. Anak-anak lelaki dia (Along and Abang Man) pula suka dengar Guns n Roses. Dari duduk rumah Mak ni juga aku belajar baca komik Pedang Sitiawan, anak lelaki dia nombor 4 punya. hihi.

Bila aku pindah Taman Daya, mula-mula duduk dekat rumah Mak Anjang. Sedara mara jiran aku. Duduk sana sampai darjah 4 saja rasanya sebab jauh sikit dari rumah even satu taman.

Then, duduk kat rumah Cik Mun sampailah ke habisnya.

Minggu ni aku pergi beraya rumah Opah, Mak and Cik Mun.

Paling best pergi rumah Mak. Rasa macam rumah sendiri walaupun diaorang dah pindah rumah baru. Mak masak sedap. Dah dua tahun kot tak beraya rumah dia. Dapat duit raya banyak gila tau tiga paket Kak Fara, Abang Man dengan Mak bagi. Sekarang kucing dia ada lima ekor semua comel comel belaka. Ada seekor yang garang sangat-sangat. Nasib baik dalam sangkar kalau kat luar mesti dah kena cekau sebab kacau dia. huhu.

Oh. Yesterday was pure bliss! Especially sebab dapat siapkan Land Law individual assignment before beraya kat rumah Mak. Today? Today is another story. Rasa macam… meh leee i nak cry you a river that leads to an ocean. Hari pun hujan ni. Sesuai sangat lah tu yee.

20100914

Oscar satu!

Moments like this aku rasa macam mau berselubung bawah selimut without a care. Malas nak fikir hati perasaan. Malas nak fikir assignments. Malas nak fikir orang lain. Malas nak fikir.

Raya? What? Hari kemenangan? WHAAAAAAAAAAAAAATTT? Kalau time bulan puasa kau menyetan jangan cakap pasal hari kemenangan sangat ea.

Tau tak first day raya aku demam? Balik beraya lepas Asar. tidur sampai pukul 11.30PM, bangun mandi, tidur balik sampai esoknya. Demam tapi agak gembira. Sekarang? Sihat (kot?) walaupun agak lethargic tapi… kemurungan.

Penat psiko diri sendiri.
Tak apa tak payah kisah pasal apa yang orang pernah tipu kita. Sebab masa dapat tahu dia tipu dah tak ada apa-apa dah pun buat apa nak kisah, nak sakit hati. Membazir ja semua tu.
Cakap memang senang… but at least aku dah cuba walaupun aku fail - miserably.

Aku tak tahu macam mana nak handle failure. I’m giving up now. I’m giving up on hari raya.
Buang lah aku jauh-jauh. Dia pun bakal dekat dengan engkau. Kalau kita terjumpa dan kau berdua, buat-buat tak kenal ok.


Kalau kau tak betul-betul kisah kau jangan buat-buat kisah. Hati aku bukan besi. Bukan kosong, bukan sejuk beku. Hati aku macam kertas  tisu. Mudah koyak. Macam kaca. Mudah pecah. Bila aku kata kau buang aku, kau tak mengaku. Kau buat aku kecik hati. Kau buat aku percaya lepas tu kau tipu. Sekarang aku tak tau nak percaya apa.

My illusion, my mistake.

Aku cuba jadi patung. Sekali lagi – FAIL!
*
image
1 Syawal 1431H

20100913

Cinta di hari raya

Batu Pahat panas sangat-sangat. Siapa yang study UTHM boleh datang beraya rumah my one and only nya’i. Kampung Parit Jelutong. Dekat ja kann. Pastu ada lagi empat family makcik pakcik kat kampung yang sama. Cousin duduk kat Parit sebelah. Boleh beraya semua rumah. Cakaplah kau kawan Nadhirah/Kaklong/anak Ayob. Diaorang kenal lah kot. Rumah YB Ajis (ADUN Parit Raja) pun kat situ juga. Almost every year dia buat kambing golek. Pergi lah makan free. Untung-untung boleh jumpa Jaafar Onn.

BTW, ni bukan update raya. Ni gambar before raya.

KL
DSC00412
Flash mob something entah tak tau apa.
DSC00436
FT yang sangat cool
chill out
cupcakeChic mahal tak sedap beli sebab mengada-ngada.

DSC00452 
Pepper Lunch sumpah sedap!
*
JB
JB rock city
Macam pregnant o_O
DSC00027 
Rantai favourite. Tak ingat beli kat mana tapi beli online.

20100909

Ramadan 1431 di Johor Bahru

Masa sangat singkat. Orang penting sangat ramai.
*
41327_1597683266302_1362627967_1572217_6255533_n
*Kenny Rogers – Bazar JB*
*
IMG_0014
*
IMG_0010
*Dalam bag hujung kanan tu ada S$2 sekeping and tisu PREMIER sepaket. Things found in second hand stuff… Priceless.*
*
IMG_0015
*
IMG_0012
*
Take care semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri – Syawal 1431.

20100907

Material

Sabtu lepas aku keluarkan RM500. Kononnya nak shopping habis-habisan kat KL before balik JB lah ni. Kononnya nak beli seluar idaman yang harga RM200++ tu. Kononnya nak pergi check out sale gila babi kat kedai dua puluh satu selamanya tu.

Kononnya.

Sampai kedai. Ambil baju. Letak balik atas rak. Ambil kasut. Try try. Letak balik kat tepi. Ambil seluar. Masuk fitting room. Keluar fitting room bagi balik pada promoter kedai. Ambil handbag. Posing depan cermin, letak balik kat display.

Yang aku beli? Frame cermin mata harga RM23.

Last-last habis duit untuk makan ja. Ada lagi RM400. Aku nak shopping sangat-sangat. Kenapa susah betul nak ambil baju/seluar/kasut/bag bawa pergi cashier counter and then terus bayar dengan senang hati sambil bimbit plastik bag berisi baju/seluar/kasut/bag baru?

(Rhetorical question.)

Sebab dah selalu sangat beli benda murah rasa ralat bila nak keluarkan duit beli benda mahal. Even if benda tu tak selalu…

Bila aku sampai rumah aku tengok baju adik-adik aku berkoyan-koyan. Ni yang aku nak marah ni. Budak kecik buat apa baju banyak-banyak. Hari-hari pun pakai uniform sekolah. Cukuplah tu! Hmmh :/

Tapi kan… hari kedua dekat JB, pergi Aeon Tebrau City. Boleh pulak beli seluar dua pasang, sandal sepasang and belt satu.

Esoknya buka puasa ramai-ramai dengan Nana, adik Nana, Ofee, Nuar, Cuen dekat City Square. Sambil tunggu diaorang sampai, jumpa banyak gila handbags yang aku tak nampak pun kat KL/blogshops. Paling penting sekali, ada luggage ala-ala vintage yang cunnn ouh! tapi harga cecah RM200 juga lah if medium size. Setakat besar make-up box pun dah RM69.90. Perasaan meronta-ronta gitu nak ambil satu padahal clutch idaman berjenama yang harga RM136 tak sanggup nak keluarkan duit. HAHA

Lepas buka puasa pergi Bazar JB/Pasar Karat.

Semenjak bulan puasa makin banyak stall ke? Perubahan yang agak ketara selepas dua bulan tak berkunjung ke sana. Habis lah juga RM25 beli dua bag. Oisy. Murah tak boleh tahan. Kalau boleh nak beli lagi tiga; tak termasuk bag yang nampak kat CS. Vintage belts dia jangan cakaplah, RM5 satu. Tahan nafsu sepanjang jalan.

Sempat juga cuba-cuba kasut vintage idaman. Tulis kat tapak size 38 tapi sempit!! Damn. Kenapa kaki besar gajah ni? Macam jantan!

Unfortunately, tak sempat nak menjenguk envelope bag yang suatu masa dahulu di intai-intai. Menumpang kereta orang lah katakan. Takkan nak demand shopping lama-lama. huhu.

InsyaAllah esok masih ada.

20100906

Analyzed

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

Tak sure lah pasal interesting and pasal being a good listener. Part hiding my true self… rasanya memang pun. Macam pathetic lah pulak sebab macam I’m not being true to my friends. There’s a reason for that though which I wouldn’t reveal here.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

First and second line – betul. Ayat last tu, propa semata-mata.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

Actually, I prefer to get to know a person very well before deciding whether I will like/love him or not. Pasal tu tak best. Aku macam tak boleh nak tiba-tiba orang kenal through internet nak bercinta-cinta. Padahal cousin aku anak dah dua kahwin dengan member chatting dia. Ada sorang member aku pun bahagia ja dengan boyfriend yang dia kenal through online social networking. Aku memang tak boleh lah. Nak kena aku jumpa orang tu baru boleh develop feelings kot. Gedik ja kan. haha. Padahal orang yang dah kenal aku semua taknak kat aku. Major loser.

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

That’s why aku akan sentiasa koyak sebab I may think that he’s the right person for me but he’s not lepas tu aku dah terjatuh gedebuk (DEBUK! haha) tiba-tiba tak ada siapa nak tolong aku bangun kan. pergh! Koyak sial.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

Education is important but I don’t want to study hard. Penat.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

Entahlah. Tak fikir lagi pasal career.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

Betul sangat. I’ll try (to be courageous) :(

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Statement yang agak pathetic… but true. Tapi tak adalah pasal dress up sebenarnya. More to pasal perangai aku. Aku jadi gelabah gila kalau orang spread rumours pasal aku. Benda tu aku tak buat padahal. Tak pasal-pasal tercemar imej.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve

Mature ke? Honest? Maybe… Good advice? Sometimes… In a dilemma? Memang selalu.

*

Personality test.

20100903

Berbual depan cermin

Lepas kau bebaskan semua dia pun tinggalkan segalanya. Kau dah lali dengar kata-kata dusta. Kau dah biasa tengok muka tak bersalah. Cover baik punya. Lakonan semata-mata. Hati masih degil nak percaya walaupun logik akal tak mungkin dapat terima.

Perlu ke rasa marah sekarang? Mungkin penat. Sedikit kesal. Kau di tuduh itu ini. Dia buat kau rasa macam kau perempuan paling jahat dalam dunia dan sekali kau toleh, rupanya perangai dia lagilah… tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sometimes, kalau someone tu very protective over something, defensive, nak mengongkong sana sini, it means dia yang ada buat something behind your back. Sahih ke tidak statement ni?

Kenapa kau buat macam tu? Sebab kau rasa tak adil kalau dia boleh kawal setiap pergerakan kau sampai satu group presentation dengan siapa pun kena bagitau… tapi handphone dia tak pernah simpan dialled calls. Jarang sekali message nak lekat. Mesti dia delete sebelum jumpa. Kau keluar malam lepak mamak sampai pukul 3AM kena marah. Dia overnight dengan kawan-kawan pergi celebrate new year pergi party Quicksilver, kau tak ada hak nak cakap apa-apa.

Dia memang tak adil. Dulu kau rasa engkau lah yang jahat. Bila kau baca benda-benda lama, baru kau tahu siapa dia yang sebenar. Mentang-mentang kau duduk asrama, dia senang-senang menggatal dengan orang lain kat luar. Terkedu.

 

Lie to me – Ne-Yo

Love the way you lie – Eminem feat. Rihanna

Impossible - Shontelle

 

p/s: Minggu yang stress. Jasad di sini. Hati di JB. Apa khabar baju-baju raya sekalian? Cantikkah anda? Jadi ke seperti apa yang aku inginkan? Harap-harap begitulah.