20100831

Who am I living for?

Mungkin sebab aku dah lama tak menjenguk. Benda dah tak jadi rutin harian aku. Maka bila sekali aku buka tabir. Ada kejutan. Aku terkejut sumpah macam nak kena heart attack. Sedih. Menangis? Dalam hati. Terguris. Salah siapa? Akulah. Memandai masuk kawasan larangan.

Hari semalam adalah hari yang panjang. Kerja berlambak. Hari ni juga bakal jadi hari yang panjang. Lebih panjang daripada semalam. Buka puasa dengan ADUN Tebrau – BATAL. Buka puasa dengan kawan-kawan – BATAL. Semua kerana mu LLB.

Parah dah ni. Di text tak berjawab. Di call tak diangkat. Dikejut. Bangun. Call. Tanya lagi kenapa aku macam ni. Buat-buat bodoh. *ambil hujung lengan baju kesat air mata*

Abaikan. Mari mengimbau masa-masa bahagia Ahad lepas.

Mula-mula pergi FJ Benjamin Clearance Warehouse Sale dekat Parkroyal Hotel. (Menyesal tak beli jeans Banana Republic tu. Sumpah menyesal.)

Lepas tu pergi Sungei Wang sebab across the street ja. Masuk DAISO.
DSC00016DSC00018
Kelakar gila. I think it means neck gel or something. Yang penting bukan throat lah. Imagine nak letak gel dekat tekak. How ea?

The second picture pun kelakar. Ellefar Peeling Gel. Macam Ginvera Marble Gel dia punya function. At DAISO everything RM5 kan so i bought it (sangat tak ada kerja). Product review boleh baca kat sini. Nampak nama-nama chemicals tu teringat pula nak google hazard level. Nanti lah.

Jalan punya jalan, baru pukul 2PM. Buka puasa lagi 5 jam 22 minit. So, pergi tengok movie. Nak tengok Step Up 3D tapi dah full so, we settled for The Expandables. Gila tak best cerita tu. Poyo ja. Masa bunuh-bunuh orang kerat tangan kerat kepala tembak sampai meletup badan tu memang cool habis lah. Tapi story line sampingan dia macam *blergh*. Tidur lagi bagus.

DSC00022 shawl – The Art Scarf
shirt – bundle
belt –
My Budget Corner
skinny & flats – Cotton On
handbag – online
accessories – F.O.S

Keluar sekejap dari Times Square selepas teman Ca shopping seluar and cari handbag raya. Tak jumpa ok. Sedih :( Kenapa lah aku ni cerewet sangat… Tak tau sempat ke tak nak beli online.

And then pergi beli sushi murah dekat Cold Storage sebab ngada-ngada teringin nak makan. Dah tak larat nak jalan, we decided to iftar at Vivo.

Penat ouh! Duduk sana dalam 3 jam jugalah. Banyak sangat order food kot. Sushi lagi. NAFSU semata-mata. Tapi habis juga makan, Alhamdulillah :)


p/s: Ya, muka tambah bulat. Peningkatan berat badan tak bermakna peningkatan tahap kegembiraan.
Post a Comment