20100807

Sambungan.

 After dapat CD Yuna tu, dapat dua lagi bungkusan from office kolej… tapi dalam buku tempat tulis barang yang masuk semua tu ada satu ja nama aku.

Sekarang ni terjawablah salah siapa sebenarnya aku tak dapat call card registered post bulan lepas padahal barang dah lama sampai. Memang kerani buat kerja sambil lewa. Diorang buat kerja betul-betul masa nak dekat Pilihanraya Kampus ja kot. Kerja diaorang masa tu? Rekodkan nombor siri kertas mengundi student. Hampeh.

Berbalik kepada cerita barang yang dihantar ke office ni, yang aku marah tu, diaorang nak salahkan aku pula. Konon aku nak curi barang lah kan. Dia tak percaya memang lagi satu tu barang aku even dua-dua bungkusan nama sama, alamat sama. Tak reti buat kerja pastu nak blame aku. pergh! Jahat sangat ke muka aku ni? Kalau betul aku nak curi dah lama aku ambil Kotex Luxe yang ada dalam kotak surat blok 12 tu tau. Benda tu dah ada sana since bulan 3 lagi. Tak ada siapa tuntut. Dah lah colour pink. Hampir tergugat iman. Mengenangkan kalau pakai karang takut kena syphilis (maklumlah barang curi), tak jadi nak mengambilnya.

Post a Comment