20100810

Perkara yang membatalkan puasa

Bila cakap pasal puasa memang ada satu benda yang aku tak boleh lupa. Rasanya masa tu aku form 2.

Adalah seorang member aku ni. Dia pergi tanya kat ustaz…

“Ustaz, kalau kentut batal puasa tak?”

WTF?

HAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA!

 

 

Masa form 5, sembahyang tarawih dekat Masjid As-Syakirin Saujana. On the way ke masjid dari hostel main mercun. Ada sekali mercun roket tu dah pacak tak nak naik. Meletup kat tepi kaki Chuefa ja. Nasib baik tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Dah kahwin dah budak tu.

Dah sampai masjid lepak-lepak dulu. Ada yang rajin buat sampai 20 rakaat. Yang biasa-biasa ja buat 8 rakaat. Yang pemalas gila nak mampos buat 4 rakaat (memang kurang asam) lepas tu sambung lagi 4 rakaat kat gerai nasi lemak seberang SIGS (R).

Bila dah habis 8 rakaat, ramai yang balik. Orang yang duduk dekat gerai nasi lemak pun menyusul. Konon-konon cukup 8 lah tu. Padahal dok melantak roti john bagai. Siap sembunyikan plastik nasi lemak bawah telekung. Al-maklumlah. Kawan-kawan ramai yang mengirim.

Masuk ja perkarangan hostel, dendangan lagu-lagu raya bergema. Sepasang Kurung Biru lah, Balik Kampung lah. HEAVEN! Budak-budak yang tak puasa ditugaskan pasang pelita. Memang suasana hari raya sangat.

Tapi tu dulu.

Sekarang gerai nasi lemak tu dah tak ada. Last time lalu sana dengan Kak Bie and Cukue, nampak tapak gerai tu under construction. Entah nak bina bangunan apa. Sedih. Hilang satu kenangan zaman sekolah.

Lepas 2005 pun dah tak ada orang nak pasang CD lagu raya. Tak ada orang nak pasang pelita keliling hostel.

*sigh*

Rindu lagi.

 

 

Selamat berpuasa korang.

Post a Comment