20100801

Ironi

Masa second year sangat rajin pergi BookXcess beli novel baru. Semenjak dah berjaya kumpul semua buku Ben Elton, tak berapa nak teruja ke sana. Banyak lagi buku yang dah beli tak dibaca.

Ada satu peristiwa yang buat aku teringat kat buku yang aku terjumpa dekat BookXcess, The Big Book of Irony. Buku tu pasal ironi dalam kehidupan. Aku sempatlah  baca one chapter pasal advertisement:

Bila kita beli sesuatu produk , kita actually membayar syarikat pengeluar produk tu untuk mengiklankan produk mereka. Contohnya Nike. Rasanya, semua produk keluaran Nike ada letak logo dia. So, bila kita guna beg Nike, t-shirt Nike, kasut Nike, etc. mestilah orang nampak kita guna Nike kan? Kalau barang yang kita guna tu memang cantik haruslah orang yang nampak tu nak beli juga kan? Kiranya, pengguna Nike ni beli barang Nike and unconsciously tolong promote Nike.

Pasal perkara ironi yang berlaku hari ni: ada satu hospital swasta ni berkerjasama dengan syarikat fast food. Ironi kan? …ke aku ja yang rasa benda tu ironi?

Whatever lah. Yang penting after this kalau aku jumpa lagi buku tu aku tak akan ragu-ragu untuk beli. Baca review dia kat sini rasa macam buku tu best gila.

[Note to self: Bawa buku Anthropology: 101 True Love Stories hari Selasa]

 

*

Nokia tone

Abah: Hello

Me: Hello. haa. Kenapa?

Abah: Tertinggal barang-barang awak semua. Sedar time kat Kulai. Takkan nak patah balik. Haha

Me: Larh. Takpelah. Tak penting pun :)

*call ended*

Me: *Menangis dalam hati T_T*

Post a Comment