Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Who am I living for?

Mungkin sebab aku dah lama tak menjenguk. Benda dah tak jadi rutin harian aku. Maka bila sekali aku buka tabir. Ada kejutan. Aku terkejut sumpah macam nak kena heart attack. Sedih. Menangis? Dalam hati. Terguris. Salah siapa? Akulah. Memandai masuk kawasan larangan.
Hari semalam adalah hari yang panjang. Kerja berlambak. Hari ni juga bakal jadi hari yang panjang. Lebih panjang daripada semalam. Buka puasa dengan ADUN Tebrau – BATAL. Buka puasa dengan kawan-kawan – BATAL. Semua kerana mu LLB.
Parah dah ni. Di text tak berjawab. Di call tak diangkat. Dikejut. Bangun. Call. Tanya lagi kenapa aku macam ni. Buat-buat bodoh. *ambil hujung lengan baju kesat air mata*
Abaikan. Mari mengimbau masa-masa bahagia Ahad lepas.
Mula-mula pergi FJ Benjamin Clearance Warehouse Sale dekat Parkroyal Hotel. (Menyesal tak beli jeans Banana Republic tu. Sumpah menyesal.)
Lepas tu pergi Sungei Wang sebab across the street ja. Masuk DAISO.
Kelakar gila. I think it means neck gel or something. Yang penting b…

Hazard

Hari ni hari yang kurang produktif. Aku message group mate aku yang seorang tu dia tak reply. Tak tau apa masalah. Tidur rasanya. Nak call, sayang credit. Kalau dulu ada 0192XXXX69. Tak berkira sangat. Ni yang 0177XXXX69 ni aku berkira sikit sebab kena topup sendiri. Tapi last-last aku call juga lah. Sampai bila nak tunggu.
Sementara aku menunggu tu aku pun buka website Skin Deep. Gatal tangan nak check tahap hazard products yang aku guna. Score dia 0-10. 0 paling bagus, 10 paling bahaya. Kalau dah number 7 tu kira bahaya lah, red zone. 3-6 yellow zone. 0-2 green zone. 1. Vaseline 100% Pure Petroleum Jelly – 3 2. Clairol Herbal Essences Break’s Over Streghtening Shampoo – 6 3. J&J Johnson’s Baby Oil – 3 4. J&J Johnson’s Baby Powder – 3 5. Revlon ColorStay Mineral Eyeshadow, Smoky Quartz 440 – 9 Favourite kot benda ni. urgh. 6. AVON glimmersticks brow definer – 2 Orang yang pernah kerja AVON mesti bangga. haha 7. The Body Shop Eye Definer – 3 8. Revlon ColorStay for Combination/…

Pembaziran di bulan Ramadan

Pernah pergi bazar lambat? Sangat lambat lagi 5 minit nak berbuka lepas tu tukang jual bagi free food?Masa dapat food free memang lah rasa bahagia. Nafsu. Tamak haloba. Perut bunyi-bunyi lapar sangat. Dah dapat free pun tak cukup-cukup. Nak lagi beli benda lain.Bila time nak menghabiskan makanan… menangis. Perut nak pecah lepas tu tertidur lepas makan, makanan tak habis. Niat nak buat sahur tapi terlajak sampai pukul 11 pagi. Damn. Membazir.Yang tak bestnya, dah sibuk online, mandi, siap-siap nak keluar dengan family semua, terlupa pula nak buang food yang tak habis tu (pasembur and cara berlauk).Balik pukul 10.30PM. Bilik bau paeng gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa.Sial betul.Lain kali nak cakap kat tukang jual:“Saya taknak barang buy 1 free 1. Kalau nak bagi free juga, saya taknak yang buy 1. Saya nak yang free 1 sahaja.”p/s: Lagi seminggu sampai JB. insyaAllah.

Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya

Dah tag almost everyone dekat Facebook. Muaahahaha :P

Perkara yang membatalkan puasa IV

Bukan yang ni.Yang ni pun bukan.Not this one. Next!Tak ada apa yang obscene kat sini.Tapi yang kat bawah ni…|||O_oDah, dah. Tak payah nak perhatikan lama-lama.Bak kata classmate aku, tengok sekali ja tak dosa. Tengok banyak kali baru dosa (Tapi dia tengok dua, tiga kali jugalah. Hampeh kan?).Eh. Eh. Buku ni best tau. Dah lah murah gila vavi. RM5 ja. Cerita tak ada yang lucah-lucah. Semua agak clean. Cover ja ala-ala pervert. Masa beli dulu tak perasan pun. Nampak warna pink, comel, ala-ala vintage terus beli.Lepas ni dapat balik kat aku, aku pasangkan baju baru lah OK?

You are loved!

Last Saturday berbuka puasa at Cukue’s Tok Mak’s place. Agak best ouh sebab Mummy Cukue memang terbaik dalam bab masak-memasak ni. Banyak gila juadah. Bubur lambuk, mihun Singapore (??), asam pedas ayam, sup daging dengan roti bakar, kuih-muih, etc. Juadah paling penting, benda yang paling sedap dan mengenyangkan, tak lain tak bukan, GOSSIP! Bukan senang mau jumpa even though semua around KL/Selangor area ja so… dah dapat jumpa ni… kita utilise masa baik-baik and sambung gossip from twitter, blog, and Facebook face to face. Baru syok! Sambil-sambil tu, mengimbau kenangan silam di asrama SIGS tercinta. hik hik. Nak sekolah selama-lamanya boleh tak?Lepas gossip haruslah bergambar, ye tak?
Tuan punya gambar, Diva, Ponti, Me, and Kak Bie :)Tak sabar mau jumpa lagi… gossip lagi… and tak sabar juga nak buka puasa dengan ex-schoolmates sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Taman Daya). Macam lah diaorang kenal aku lagi kan? I bukan famous pun. huhu.Dedicate benda kat atas ni untuk semua-sem…

Matang

Pendapat kita hari ni tak sama dengan pendapat kita hari esok. Apa yang kita rasa hari ni tak akan sama dengan apa yang kita rasa esok. No. Aku bukan cakap pasal cinta. Tapi ‘rasa’ secara general. Aku betul-betul berharap esok ‘rasa’ aku dah lain.
Aku baca dalam Reader’s Digest; growing old is mandatory, growing up is an option.
Maksudnya umur tak menentukan kematangan. Aku 21 tahun 9 bulan 9 hari. Masih tak matang. Masih darah muda kononnya.

Perkara yang membatalkan puasa III

Di sebuah tempat yang tak berapa nak crowded…P: Eh! (tersentuh tangan L). Batal puasa.L: Alamak. Macam mana ni? Yok lunch.OK Bangang ni banyak kerja sangat kan macam ni lah jadinya.Second year dah sukaaaaaaaaaaa sangat ber honeymoon tak pernah nak prepare tutorial question unless dah di assign kan. Main-main kan. Naik third year dah ala-ala first year balik. Tergagau-gagau buat tutorial. Tapi dulu ada 3 je subject law. Now ada 7. GILA.hurm hurm.Banyak pula gossip baru. Tak taulah kenapa. Padahal before tu nampak orang tu baik ja. Hati tulus ikhlas sangat kan. Tiba bulan puasa tersingkap tabir suci, terserlah kelongkangan mulut si fulanah binti fulan tersebut. Marah memang marah oi tapi marah dia dapat apa? Membazir kan. Kalau dah memang dia nak hidup macam tu, biarkan. Lifestyle dia kan tu. Siapa kita nak komen. Aku harap aku tak kacau dia, dia tak kacau lah hidup aku. Aku dengar dia petik nama aku lagi sekali memang lah. Memang lah aku simbah asid ja muka dia yang cantik sangat tu.hi…

MOFEW 2010

Calling all online-shoppers out there! MOFEW jom! Banyak blogshop yang famous buka booth macam Lush Serindipity, Swagdolls and Ugly Duckling Closet. TRIVIA: Lush Serendipity ramai dah complain customer service dia kurengg tapi barang dia baik punya! Bag semua cantik-cantik and material bagus. Swagdolls pula owners dia adalah owner kepada Like-Seriously. Like-Seriously dah tutup dah aku pernah dapat baju satu from there memang best. Diana Rikasari is one of Ugly Duckling Closet’s customer :) Fitting rooms are provided so boleh lah try dulu kan before beli :) Aku beli lip balm Carmex saja from Supermodel’s Closet sebab memang dah lama nak. Beli offline murah sikit kan maka dah jumpa, terus beli :) Tak banyak barang vintage tapi kalau dresses and bags and accessories tu memang berlambak-lambak. Vintage-like earrings pun banyak. Belts pun ada jual paling murah RM10 lah tapi cunn! Oh tak kisahlah. Last week dah beli 9 helai baju kat PUSANIKA. 3 RM10 siapa tak nak? Kalau kauorang taknak tak ap…

Perkara yang membatalkan puasa II

Bertanya adikku kepada bapaku“Abah, tengok wayang batal puasa tak?”erk! HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHKenapa sengal sangat? Dah lah aku call kau sibuk nak letak. Kurang asam punya adik.Perasaan yang sangat rare - aku rindu family aku macam nak nangis.

Perkara yang membatalkan puasa

Bila cakap pasal puasa memang ada satu benda yang aku tak boleh lupa. Rasanya masa tu aku form 2.Adalah seorang member aku ni. Dia pergi tanya kat ustaz…“Ustaz, kalau kentut batal puasa tak?”WTF?HAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHA!Masa form 5, sembahyang tarawih dekat Masjid As-Syakirin Saujana. On the way ke masjid dari hostel main mercun. Ada sekali mercun roket tu dah pacak tak nak naik. Meletup kat tepi kaki Chuefa ja. Nasib baik tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Dah kahwin dah budak tu. Dah sampai masjid lepak-lepak dulu. Ada yang rajin buat sampai 20 rakaat. Yang biasa-biasa ja buat 8 rakaat. Yang pemalas gila nak mampos buat 4 rakaat (memang kurang asam) lepas tu sambung lagi 4 rakaat kat gerai nasi lemak seberang SIGS (R).Bila dah habis 8 rakaat, ramai yang balik. Orang yang duduk dekat gerai nasi lemak pun menyusul. Konon-konon cukup 8 lah tu. Padahal dok melantak roti john bagai. Siap sembunyikan plastik nasi lemak bawah telekung. Al-maklumlah. Kawan-kawan ramai yang…

The Big F&N Fun Fest – Street Party

Venue: Jalan Bukit Bintang Pengacara: Dennis and Awal
Persembahan pertama: Liyana Fizi, Yuna, Tilu. Tiga perempuan cantik dan berbakat. Sambil-sambil makan Mc’D kita enjoy. Kat sepanjang jalan ada graffiti wall, cheerleaders, B-boys. Ada dapat customized t-shirt free dengan pembelian dua botol minuman F&N (RM3), free F&N canned drinks all day long, picture wall, stall games and ballons... Balloons dilepaskan after the first human smiley in Malaysia was formed. Continue dengan performance… most of the Showdown 2010’s contestants (Famous Crew, Wakaka, Floor Fever, etc.) ++ SSK (Aku Tak Famous Lagi), Shazet (beatbox), marching band.
Pukul 8PM sambung balik performance… Najwa …lepas Najwa ada Pesawat, Bittersweet and last sekali Hujan tapi tak ada gambar sebab battery camera dah empty :( Mula-mula plan nak balik pukul 9.30PM tapi habis pukul 10PM. Gigih berlari kesana-sini takut-takut tertinggal train. Tapi sampai monorail KL Sentral sempat singgah tengok baju bundle. Sampai KL S…

Sambungan.

After dapat CD Yuna tu, dapat dua lagi bungkusan from office kolej… tapi dalam buku tempat tulis barang yang masuk semua tu ada satu ja nama aku.
Sekarang ni terjawablah salah siapa sebenarnya aku tak dapat call card registered post bulan lepas padahal barang dah lama sampai. Memang kerani buat kerja sambil lewa. Diorang buat kerja betul-betul masa nak dekat Pilihanraya Kampus ja kot. Kerja diaorang masa tu? Rekodkan nombor siri kertas mengundi student. Hampeh.
Berbalik kepada cerita barang yang dihantar ke office ni, yang aku marah tu, diaorang nak salahkan aku pula. Konon aku nak curi barang lah kan. Dia tak percaya memang lagi satu tu barang aku even dua-dua bungkusan nama sama, alamat sama. Tak reti buat kerja pastu nak blame aku. pergh! Jahat sangat ke muka aku ni? Kalau betul aku nak curi dah lama aku ambil Kotex Luxe yang ada dalam kotak surat blok 12 tu tau. Benda tu dah ada sana since bulan 3 lagi. Tak ada siapa tuntut. Dah lah colour pink. Hampir tergugat iman. Mengenangka…

Susah dulu. Senang later.

I’ve been agonizing for days sebab barang yang di order tak sampai-sampai. Mengenangkan barang tu lagi. Mengenangkan duit yang dibayar lagi. Siap menangis takut barang kena curi dengan posmen.Call 1 300 300 300.Dia suruh ambil sendiri barang dekat Pusat Serahan Mel Bandar Baru Bangi. arghh! Tension. Pergi hari Khamis. Sampai pukul 4.59PM. Ingatkan tutup pukul 5PM. Rupanya tutup 4.30PM. I down!Tadi pergi lagi sebab kelas habis awal. Sampai sana dah nak dekat pukul 12PM. Selamat tutup pukul 1PM. Tapi tunggu lama dalam gudang tu. Agak in awe juga lah. Rasa macam budak kecil dikelilingi oleh pakcik-pakcik tua. Terus teringat masa kecil-kecil dulu ikut abah pergi post office macam jakun nak main gam buat tampal stamp yang rolling rolling tu. weeeeeee. BEST. Tapi tempat tadi sangat besar, banyak sangat-sangat rak, old-school gila, rasa macam heaven-nya tempat ni… rasa macam… lepas grad nak kerja kat Pos Malaysia. hahaha.Long story short. Bila dah check dalam rekod, rupa-rupanya barang tu da…

ICE ROOM @ Bandar Baru Bangi

ANNOUNCEMENT: FAKULTI UNDANG-UNDANG dengan kerjasama PERUNDANG akan menganjurkan klinik guaman secara percuma sepanjang PESTA KONVO UKM pada 4 - 9 OGOS 2010 bertempat di DEWAN GEMILANG. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat undang-undang oleh peguam, anda boleh melawat gerai bernombor 39 dan 40 di DEWAN GEMILANG bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Terima Kasih. ***
Ahad lepas, first time makan kat Ice Room. Before this tahu pun dari twitt Kak Bie. Pergi dengan Nana, Zahidah, Suraya, Ofee and Uncle Roy.
Banyak kot diaorang order. Aku yang tak order apa-apa ni pun boleh jadi kenyang habiskan food diaorang :DDDD
Budak UM kesayangan. Hikhik.
New t-shirt. Old purse.
Soya Milk with Pearl Sago
Passion Fruit and Mango Snow Ice
Japanese Teriyaki Eel with Rice
Chicken Bolognese Spaghetti
Spaghetti and Mushroom Cream Sauce
Uncle Roy tengah makan Prawn Noodle (kot??).
Durian Pancake
Tropical Mixed Fruit Snow Ice
Not in Picture:-

Mango Pomelo Snow Ice *Kegemaran!! Lepas ma…

VAIN!

Alone… at Secret Recipe Metro Point Kajang    *Got homework inside the bag. HAHA. Bawa tapi tak buat*

Black Pepper Lamb Pie
*LOVE*

Chicken Lasagne
*I prefer Coffee Bean’s/Pizza Hut’s lasagne*

Banana Chocolate Milkshake
*YUMMY!!*

Eyeliners
*A growing collection*

New stuff
*Skinny Jeans – Shawl (souvenir from Suraya) – Eyeshadow – Eyeliners*
*** Congratulations to Ca on winning 3rd place in both tournaments. You earned the shirt!
Don’t forget about our agreement OK! *More free stuff for me :D*
***
Congratulations SIGS Band - 2nd Runner Ups for Marching Band World Competition (Kota Iskandar, Nusajaya) and Street Parade (Dataran Bandaraya).

Ironi

Masa second year sangat rajin pergi BookXcess beli novel baru. Semenjak dah berjaya kumpul semua buku Ben Elton, tak berapa nak teruja ke sana. Banyak lagi buku yang dah beli tak dibaca.Ada satu peristiwa yang buat aku teringat kat buku yang aku terjumpa dekat BookXcess, The Big Book of Irony. Buku tu pasal ironi dalam kehidupan. Aku sempatlah  baca one chapter pasal advertisement: Bila kita beli sesuatu produk , kita actually membayar syarikat pengeluar produk tu untuk mengiklankan produk mereka. Contohnya Nike. Rasanya, semua produk keluaran Nike ada letak logo dia. So, bila kita guna beg Nike, t-shirt Nike, kasut Nike, etc. mestilah orang nampak kita guna Nike kan? Kalau barang yang kita guna tu memang cantik haruslah orang yang nampak tu nak beli juga kan? Kiranya, pengguna Nike ni beli barang Nike and unconsciously tolong promote Nike.Pasal perkara ironi yang berlaku hari ni: ada satu hospital swasta ni berkerjasama dengan syarikat fast food. Ironi kan? …ke aku ja yang rasa benda…