20100710

semakin hampir

Lepas band comp, kitaorang pergi Redbox. Lepas tu pergi CS (bosan asyik pergi CS ja), jalan sampai patah kaki  nak tengok movie duit dah habis karaoke. Ingat nak makan kat J.Co tapi doughnut yang aku nak tak ada pula masa tu. damn. Nak jalan jauh-jauh kaki sakit. Terpaksalah lepak dekat Hard Rock teman Ca makan.

Naik ja bas aku terasa macam kena ketuk kat kepala. Baru perasan, hari Rabu lepas last day aku melawat bandaraya tercinta. Ouh, sedih nak tinggalkan JB for 4 months!! :(


Perasaan aku sekarang ni kan; macam time form 4 nak naik form 5, nak masuk hostel. Seram. Takut. Sebab senior yang macam haram. Senior yang brainwash kitaorang time form 2. Tapi last-last masuk hostel lagi. Kena brainwash lagi.


Memang agak bosan duduk rumah lama-lama tapi tak ada feel nak naik semester.
Rasa tak ready lagi nak menghadapi tahun baru, subjek baru, lecturer baru. Kalau boleh, biar second year ja tak payah naik third year. Tapi nak habis study. Nak dapat degree. Macam mana ek?
Ikut jadual dekat smpweb.ukm.my, Selasa memang penat. Rabu satu kelas ja. Khamis dua kelas. Belum masuk kelas optional paper. Tak termasuk 7 tutorials.

Nak complain lebih-lebih pun segan sebab tak ambil Diploma Syariah Law and Practice (DSLP). Tak dapat bayangkan life budak DSLP. Aku memang tak mampu lah nak ke kelas hari minggu. So, kepada budak-budak DSLP sekalian, I salute you! Kauorang memang hebat.

Whatever pun, good luck untuk semua. Hopefully this year will be better than the last one.


Post a Comment