20100718

Despicable Me (3D) [2010]

**SPOILER ALERT**
Semalam, akhirnya, aku dapat juga tengok Despicable Me. Thanks kepada Ca yang sanggup beratur sikit punya panjang and tunggu sampai 6.50PM nak tengok cerita tu punya pasal. Nak buat macam mana kan. SOLD OUT semua slot pukul 2PM and 4PM.

Despicable??
‘Despicable’ bermaksud - very unpleasant and evil.
Baru tau tadi lepas cek Oxford Dictionary. hahaha
Tapi memang betullah Gru (watak utama) tu sangat kejam. 


Ada scene awal-awal dia bagi belon kat budak yang tengah nangis sebab aiskrim dia jatuh. Tak sampai 5 saat budak tu happy Gru pecahkan belon tu dengan sengaja. KEJAM!!

despicable_me39

Lepas tu, dia masuk kedai ala-ala Starbucks terus freeze semua orang yang tengah beratur depan dia sebab dia tak nak beratur.

Memang lah tersangat despicable.

Kenapa harus tengok Despicable Me?

despicable_me

Agnes yang comel… serious comel… sangat comel. Alah kauorang mesti dah tengok kecomelan dia dalam trailer masa dia cakap “It’s so fluffy, I could DIE!” Siap boleh ‘Like’ lagi ayat tu! Bak kata Ca, Agnes penyeri Despicable Me.

despicable_me41

Minions yang comel. Macam-macam dia boleh buat contohnya, glow in the dark. Macam neon glow sticks tu. Kena patahkan dulu baru bercahaya.
 despicable_me45

‘Aww moment’ masa Agnes kiss minion after minion bagi dia ‘unicorn’ yang tak serupa unicorn pun sebenarnya… and masa minions minta good night kiss from Gru… and masa Agnes bagi tiket for ballet recital kat Gru… and masa Gru bacakan bedtime story (yang dia tulis sendiri) dekat Margo, Edith, Agnes.

Apa-apa cerita pasal father-daughter(s) relationship memang best (e.g.: Papadom, Brothers&Sisters, Grey’s Anatomy – Meredith/Thatcher, Kick-Ass, etc.)

Kenapa harus tengok Despicable Me (3D)?

Despicable-Me-pic-1

Scene naik roller coaster nampak sangat real. Kalau kauorang fobia tempat tinggi (Acrophobia, Altophobia, Hypsiphobia, Hyposophobia), akan terasa sangat gayat disitu.

I rate this movie…

…4 bintang! Untuk Agnes ja dah dapat 3 bintang sebenarnya. hehe. Kalau nak diikutkan, Toy Story 3 lagi best. So, kalau belum tengok Toy Story 3 baik tengok Toy Story 3. Kalau dah tengok, tengoklah Despicable Me. Persamaan cerita dua ni? Ada patung unicorn :)
Post a Comment