20100729

BINGIT

Bangun pagi baru sedar fail pink tak ada. Mana dia? Tak ketahuan. Cepat-cepat ke fakulti. Kot-kot tertinggal kat foyer… Malangnya tak ada. Tanya librarian, tanya kerani… tak ada. Apa nak buat? Tunggu juniors keluar dari dewan kuliah. Harap-harap ada kat sana. Muka dah gelabah tak ingat. Memang cuak. Mana nak cari course outlines, notes, and soalan tutorial/PBL lagi? Habis duit kalau nak fotostat baru.

Penantian berbaloi, Alhamdulillah. Fail pink selamat dalam dewan kuliah. Dijumpai dalam keadaan dah dibuka. Nasib baik tak ada apa yang censored dalam tu. Setakat nota cinta. Apa lah sangat. Tak bikin kontroversi pun :)

-

Menyampah dengan budak yang langgar kereta member. Dahlah penipu. Cakap ada lesen tapi sebenarnya tak ada. Muka berlagak. Kira untung lah dia deal dengan member tu. Kalau orang lain, tak ada senang-senang nak lepas. Harus dilayan tanpa belas kasihan.

-

Ada seorang perempuan psiko yang tak berhati perut berdekatan dengan bilik kediaman. Tugas sebenar, jaga kebajikan pelajar. Realitinya, menyusahkan semua orang. Yang betul aku tak bangkang, sokong 70%… cukuplah tu kan memandangkan hati dia macam batu. Mana pergi belas kasihan? Senang ja cakap buat itu, buat ini. Cuba dia kat tempat kita-kita yang insan biasa ni… Mesti dia pun nak protes juga. Mesti dia tak puas hati dengan perangai berlagak sombong tu. Ahh. Pergi mampos muka kau.

-

Sakit kepala melayan tutorial. Bukan semua. Adalah satu subjek yang buat belajar tak se’fun’ dulu. Baru dapat tahu ada satu tutor ni kalau jawapan salah, markah kena tolak. What the f? Dari mula memang aku tak faham metodologi pengajaran dia. Tutorial bukan untuk perbincangan mendalam ke? Kalau salah sila betulkan. Tak nak bagi marks kalau jawapan tak selaras skema jawapan… fine lah. Tapi tolak markah? Seriously? Tension woi!

-

Sekarang baru minggu ke-3. Kepala dah rasa nak pecah. Nafsu shopping/meliar masih membuak-buak tapi tak dapat nak dizahirkan. Kalau keluar pun… mood sekali-sekala melayang ke timbunan buku dan kertas-kertas di bilik. Apakah? Hati memang langsung tak ada masa nak tenang.

-

Semester ni sangat merisaukan. Kepada yang suka memuji melambung-lambung, harap stop. Bukan tak hargai… Bukan tak syukur. Tapi takut jatuh. Takut buat kamu kecewa.

Buat kawan-kawan seperjuangan… TABAHLAH!

Post a Comment